Pneyerang sensasi masa kini, Harry Kane ibarat kereta dan juga kenderaan pelbagai guna (MPV) apabila telah merangkul anugerah kasut emas (golden boot) dan juga playmaker.
Anugerah kasut emas atau golden boot diberikan kepada penjaring terbanyak liga manakal anugerah playmaker diberikan kepada pemain paling banyak melakukan bantuan gol atau assist.
Bagi musim ini di Premier League, Harry Kane telah menggondol kedua-dua anugerah tersebut, dia menjaring dia juga yang membantu. Complete forwards idaman dunia.
King Kane 👑 pic.twitter.com/oKkTu7AZZH
— Premier League (@premierleague) May 24, 2021
Harry Kane menjadi pemain pertama memenangi kedua-dua anugerah ini dalam tempoh 22 tahun dan pemain kedus dalam sejarah Premier League.
Pemain pertama menjadi penjaring dan assist terbanyak adalah Andrew Cole pada musim 1993/94 ketika bersama Newcastle.
Sesungguhnya amat jarang untuk pemain penyerang merangkul kedua-dua anugerah ini terutama mencipta bantuan gol terbanyak.
With 23 goals and 14 assists, Harry Kane has recorded his best ever #PL season for goal involvements (37)#LEITOT pic.twitter.com/pUgk8zJpNr
— Premier League (@premierleague) May 24, 2021
Harry Kane telah menjaringkan 23 gol musim mengatasi Mohamed Salah dengan kelebihan satu jaringan. Pada perlawanan hari terakhir, Kane dan Salah terikat dengan jumlah jaringan yang sama.
Namun jaringan melalui satu voli rendah menewaskan Kasper Schmeichel menjadi jaringan pemisah antara Kane dan Salah dalam perebutan kasut emas.
Gol tersenut merupakan gol yang ke-15 Kane jaringkan menentang Leicester City dalam 12 perlawanan Premier League.
MAY 📆
🤩 Kane became just the second player to finish the season with both the outright most goals and assists in the #PL since Andy Cole in 1993/94
👶 Greenwood’s goal against Aston Villa saw him become the highest-scoring teenager for Man Utd in PL history (16) pic.twitter.com/7zKzXSfzQe
— Premier League (@premierleague) May 24, 2021
Harry Kane telah memenangi anugerah kasut emas buat kali ketiga dan menjadi pemain ketiga selepas pencetus sulung untuk Premier League Hall of Fame iaitu Alan Shearer dan Thierry Henry.
Kevin De Bryune berwajah keanak-anakan yang tidak berperasaan banyak terlepas perlawanan pada awal musim mengejar rapat Harry Kane yang mencipta 14 assist bagi anugerah playmaker sehingga hari terakhir.
Pemain yang menjadi nadi bahagian tengah Manchester City itu mahu mengejar anugerah playmaker buat kali ketiga dalam empat musim, namun itu tidak kesampaian.
2️⃣3️⃣ goals
1️⃣4️⃣ assists@HKane with his @CocaCola_GB Golden Boot and Playmaker awards 👏 pic.twitter.com/HLkAbgpdrG— Premier League (@premierleague) May 23, 2021
Manchester City menewaskan Everton 5-0 namun satu sahaja assist dilakukan Kevin de Brune dan meletakkan beliau di belakang Kane dengan kurang satu assist.
Bruno Fernandes juga mengekor rapat Harry Kane dengan hanya kurang satu assist sebelum perlawanan terakhir bermula, namun Bruni Fernandes direhatkan oleh Ole Gunnar Solskjaer.