Harry Kane Penyerang Paling Hebat Dalam Sejarah 28 Tahun England

Kejayaan England mara ke separuh akhir merupakan satu penacapaian terbaik mereka sejak 1990.

England gagal memenangi sebarang perlawanan di pusingan kalah mati Piala Dunia sejak 2006 dan menamatkan rentetan kekalahan itu dengan menewaskan Colombia.

Piala Dunia 2006 – Peringkat Kumpulan
EURO 2008 – Gagal layak.
Piala Dunia 2010 – Pusingan ke-2
EURO 2012 – Kalah sepakan penalti kepada Itali
Piala Dunia 2014 – Peringkat Kumpulan
EURO 2016 – Pusingan ke-2 tewas kepada Iceland

Melihat kepada sejarah pembabitan pasukan ini sejak 1990, siapakah penyerang yang paling hebat di pentas kejohanan utama untuk England?

Ini adalah senarai lengkap kronologi penyerang pasukan ini sejak 1990 sehingga 2018.

Gary Lineker

Tiga penyerang yang dibawa untuk kempen Piala Dunia 1990. Gary Lineker sebagai penyerang utama dibantu Peter Beardsley. England mara ke peringkat separuh akhir sebelum tewas kepada Jerman dalam penentuan sepakan penalti.

  1. Gary Lineker, 29 (Tottenham Hotspur) 533 minit- 4 jaringan
  2. Peter Beardsley, 29 (Liverpool) 209 Minit
  3. Steve Bull, 25 (Wolveshampton Wanderers) 135 minit

Lineker sekali menjadi penyerang utama di Piala Eropah 1992. 3 penyerang baharu menyertai beliau. Beardsley dan Bull tidak lagi mendapat panggilan skuad kebangsaan.

Gary Lineker yang dikatakan lagenda penyerang England

Kesemua 4 penyerang gagal menjaringkan sebarang gol. England tersingkir seawal peringkat kumpulan. Lineker bersara selepas kejohanan ini.

  1. Gary Lineker, 31 (Tottenham Hotspur) 242 minit
  2. Alan Smith, 29 (Arsenal) 118 minit
  3. Alan Shearer, 21 (Southampton) 90 minit
  4. Nigel Clough, 26 (Nothingham Forest)

Alan Shearer

England gagal melayakan diri diri ke Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat selepas cemerlang dalam kempen Piala Dunia 1990 sehingga mara ke separuh akhir.

Alan Shearer mengetuai jentera serangan untuk kempen Piala Eropah 1996. Teddy Sheringham dan Les Ferdinand menjadi pilihan untuk dipasangkan dengan beliau. Pemain muda Robbie Fowler menjadi pilihan terakhir.

Alan Shearer mengetuai Piala Eropah 1996, 2000 dan Piala Dunia 1998. Mencatat 9 gol dari 13 kemunculan.

Shearer menyamai catatan Lineker dengan menjaringkan 4 gol dalam 1 edisi. Pasukan ini mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Jerman dalam penentuan sepakan penalti.

  1. Alan Shearer, 25 (Blackburn Rovers) 506 minit- 4 jaringan
  2. Teddy Sheringham, 30 (Tottenham Hotspur) 466 minit- 2 jaringan
  3. Robbie Fowler, 21 (Liverpool)- 28 minit
  4. Les Ferdinand, 31 (Tottenham Hotspur)

Robbie Fowler tersisih dalam pertandingan Piala Dunia 1998. England menampilkan penyerang termuda dalam sejarah sejak 1990, Michael Owen.

Beliau berjaya menempatkan diri menjadi penyerang pilihan ke-2 dihadapan Sheringham dan Ferdinand.

Michael Owen

Michael Owen berjaya mencatat nama sebanyak 2 kali sebagai penjaring gol dan menjadi penjaring gol paling muda Enggeris di kejohanan tertinggi itu.

  1. Alan Shearer, 27 (Newcastle United) 360 minit- 2 jaringan
  2. Michael Owen, 18 (Liverpool) 203 minit- 2 jaringan
  3. Teddy Sheringham, 32 (Manchester United) 157 minit
  4. Les Ferdinand, 31 (Tottenham Hotspur)

Shearer membuat kemunculan pentas antarabangsa yang terakhirnya di Piala Eropah 2000. Pada edisi ini England terkandas di peringkat kumpulan. Trio penyerang muda dari Liverpool bersama Kevin Phillip menyertai Shearer dalam kejohanan itu. Walaupun dengan membawa 5 penyerang, hanya 1 jaringan yang berhasil dijaringkan oleh kumpulan penyerang ini.

  1. Alan Shearer, 29 (Newcastle United) 270 minit- 1 jaringan
  2. Michael Owen, 20 (Liverpool) 173 minit
  3. Emily Heskey, 22 (Liverpool) 68 minit
  4. Robbie Fowler, 25 (Liverpool)
  5. Kevin Phillips, 26 (Sunderland)
Michael Owen hanya mencatat 5 gol dari 18 kemunculannya di pentas Piala Dunia 1998, 2002, 2006 dan Piala Eropah 2000, 2004.

Edisi pertama Owen sebagai penyerang utama, Piala Dunia 2002. Fowler dan Sheringham dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan. Darius Vassell menjadi penyerang ke-3 berusia 21 dipanggil untuk kali pertama selepas Shearer dan Fowler.

  1. Michael Owen, 22 (Liverpool) 382 minit- 2 jaringan
  2. Emily Heskey, 24 (Liverpool) 282 minit- 1 jaringan
  3. Darius Vessell, 21 (Aston Villa)- 85 minit
  4. Teddy Sheringham, 36 (Tottenham Hotspur)- 67 minit
  5. Robbie Fowler, 27 (Leeds United)

Owen dan Heskey membuat kemunculan ke-4 dan ke-3 dalam kejohanan utama bersama England. Rooney memecah rekod umur penyerang paling muda dalam skuad kebangsaan iaitu 17 tahun. Memecahkan rekod umur Owen.

Wayne Rooney

Rooney menggantikan Sheringham yang bersara dan berjaya mengepikan Fowler yang tidak memberi apa-apa impak bersama pasukan negaranya. Rooney lebih mengejutkan, walaupun cuma di kejohanan ke-2 terbesar, beliau mencatat lebih banyak jaringan daripada penyerang utama pasukan.

  1. Michael Owen, 24 (Liverpool) 351 minit- 1 jaringan
  2. Wayne Rooney, 18 (Everton) 258 minit- 4 jaringan
  3. Darius Vassell, 23 (Aston Villa) 150 minit
  4. Emily Heskey, 26 (Birmingham City) 14 minit
Wayne Rooney penyerang paling banyak membuat penampilan di kejohanan utama tetapi hanya menjaringkan 5 gol dari 19 kemunculan

Kesinambungan penyerang pasukan ini agak kritikal pada Piala Dunia 2006. Rooney dilihat masih terlalu muda, Owen mengalami penurunan prestasi agak awal akibat kecederaan dan Theo Walcott hanya seorang pemain muda yang tidak mempuyai banyak pengalaman di peringkat tertinggi. Menjadikan England tidak terlalu kuat di bahagian ini pada edisi tersebut.

Kemaraan England ke suku akhir di Piala Dunia 2006 banyak dibantu melalui jaringan pemain tengah. Hanya Peter Crouch yang menjaring gol tunggal dari kumpulan pemain penyerang.

  1. Wayne Rooney, 20 (Manchester United) 253 minit
  2. Peter Crouch, 25 (Liverpool) 331 minit- 1 jaringan
  3. Michael Owen, 26 (Newcastle United) 118 minit
  4. Theo Walcott, 17 (Arsenal)

Dan akhirnya England gagal layak ke Piala Eropah 2008

Rooney memimpin jentera serangan pada Piala dunia 2010. Owen tidak lagi dipanggil.

  1. Wayne Rooney, 24 (Manchester Utd) 342 minit
  2. Jermaine Defoe, 27 (Tottenham) 173 minit- 1 jaringan
  3. Emily Heskey, 32 (Aston Villa) 176 minit
  4. Peter Crouch, 29 (Tottenham) 17 minit

Rooney mengetuai serangan England untuk kali ke-2 di Piala Eropah 2012. Kemaraannya cuma di peringkat  suku akhir dengan 4 jaringan terhasil dari 5 penyerang yang dibawa.

  1. Wayne Rooney, 26 (Manchester Utd) 207 minit- 1 jaringan
  2. Danny Welbeck, 21 (Manchester Utd) 320 minit- 1 jaringan
  3. Andy Carroll, 23 (Liverpool) 158 minit- 1 jaringan
  4. Theo Walcott, 23 (Arsenal) 109 minit- 1 jaringan
  5. Jermaine Defoe, 29 (Tottenham) 13 minit

Rooney tidak pernah berjaya mengulangi jumlah jaringannya pada 2004. Ketika England terkandas di Piala Dunia 2014 di peringkat kumpulan, pasukan ini sudah mempunyai 6 edisi kejohanan utama tanpa penyerang yang mampu menjaringkan lebih dari 1 gol.

  1. Daniel Sturrigde, 24 (Liverpool) 260 minit- 1 jaringan
  2. Wayne Rooney, 28 (Manchester Utd) 194 minit- 1 jaringan
  3. Danny Welbeck, 23 (Manchester Utd) 132 minit
  4. Rickie Lambert, 32 (Southampton)

Harry Kane

Pada Piala Eropah 2016 munculnya Harry Kane, Jamie Vardy dan Rashford. Rashford menjadi pemain ke-4 Enggeris yang berjaya memecah masuk ke dalam skuad kebangsaan sebelum umur 20 tahun bersama Owen, Rooney dan Walcott

  1. Harry Kane, 22 (Tottenham) 240 minit-6 jaringan
  2. Daniel Sturidge, 26 (Liverpool) 210 minit- 1 jaringan
  3. Jamie Vardy, 29 (Leicester City) 255 minit- 1 jaringan
  4. Marcus Rashford, 18 (Manchester United)

Pada kempen Piala Dunia kali ini, England muncul dengan penyerang yang mampu menjaringkan lebih banyak gol. Kali terakhir yang dilakukan ialah pada 2004.

Harry Kane sudah mencatat 6 gol dengan hanya 7 penampilan di Piala Eropah 2014 dan Piala Dunia 2018

Apa yang dilakukan Kane sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh hampir 23 penyerang England yang dipanggil sejak 28 tahun lepas. Jika England mampu membuat kemaraan sehingga ke peringkat separuh akhir, pencapaian Kane mungkin mengambil masa yang lama untuk dipecahkan oleh penyerang enggeris yang lain di masa hadapan.

Adakah Kane mampu lakukannya untuk menjadi penjaring terbanyak dan kapten England di Piala Dunia yang membawa pasukan ini ke peringkat separuh akhir selepas Lineker lakukannya kali terakhir pada 1990?

BACA:  Son Dakwa Harry Kane Adalah Pemain Terbaik Dunia Ketika Ini