Harry Maguire Ditawarkan Kontrak Baru Yang Sungguh Luar Biasa Menakjubkan

Harry Maguire bakal menjadi penerima gaji ketiga tertinggi Manchester United seandainya beliau bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Ketua pasukan Manchester United yang kini berusia 28 tahun itu tiba di Old Trafford pada tahun 2019 yang lalu, dengan yuran perpindahan memecah rekod bernilai £80 juta dari Leicester City.

Maguire yang juga merupakan pertahanan termahal dalam dunia bola sepak, telah dilantik menjadi ketua pasukan pada tahun 2020, selepas Ashley Young melengkapkan perpindahannya ke Inter Milan.

Bekas bintang Leicester City itu ketika ini menerima gaji bernilai £190,000 seminggu dengan kontrak semasa beliau akan tamat pada 2025 nanti.

Ole Gunnar Solskjaer sendiri sangat menghargai kepimpinan Maguire di Old Trafford dan berharap agar bintang England itu terus kekal bersama skuadnya.

Beliau juga berusaha mencari gandingan terbaik untuk Maguire, dengan menandatangani Raphael Varane dari Real Madrid pada musim panas baru-baru ini.

Sudah tentu, beliau akan sangat berharap Maguire dan Varane akan mampu membina gandingan sempurna dan membantu United memenangi pelbagai kejuaraan.

Menurut laporan terbaru dari media UK, United sedang mempersiapkan tawaran bernilai £300,000 untuk Maguire tandatangani.

Seandainya Harry Maguire menandatangani kontrak baru bernilai £300,000 seminggu, ia akan meletakkan beliau di kedudukan ketiga dibelakang David De Gea dan Cristiano Ronaldo sebagai penerima gaji tertinggi kelab.

Kontrak baru itu juga bakal memastikan Harry Maguire akan terus kekal di Old Trafford sehingga 2026 nanti.

Kepulangan semula Cristiano Ronaldo ke bumi Old Trafford telah meletakkan beliau di kedudukan pertama dalam senarai penerima gaji tertinggi di Old Trafford.

Beliau bahkan turut menerima gaji yang tertinggi dalam saingan Premier League berbanding kesemua pemain lain.

Mengikut data dari Spotrac, berikut merupakan senarai 50 pemain yang menerima gaji tertinggi dalam saingan Premier League musim ini:

1) Cristiano Ronaldo, Man United, £510,000

2) Kevin De Bruyne, Man City, £400,000

3) David De Gea, Man United, £375,000

4) Jadon Sancho, Man United, £350,000

5) Raphael Varane, Man United, 340,000

6) Romelu Lukaku, Chelsea, £325,000

7) Jack Grealish, Man City, £300,000

8) Raheem Sterling, Man City, £300,000

9) N’Golo Kante, Chelsea, £290,000

10) Paul Pogba, Man United, £290,000

11) Timo Werner, Chelsea, £270,000

12) Pierre-Emerick Aubameyang, Arsenal, £250,00

13) John Stones, Manchester City, £250,000

14) Edinson Cavani, Manchester United, £250,000

15) Anthony Martial, Manchester United, £250,000

16) Virgil Van Dijk, Liverpool, £220,000

17) Thomas Partey, Arsenal, £200,000

18) Thiago Alcantara, Liverpool, £200,000

19) Mohamed Salah, Liverpool, £200,000

20) Marcus Rashford, Manchester United, £200,000

21) Harry Kane, Spurs, £200,000

22) Tanguy Ndombele, Spurs, £200,000

23) Saul Niguez, Chelsea, £198,269

24) Ben Chilwell, Chelsea, £190,000

25) Harry Maguire, Man United, £189,904

26) Alexandre Lacazette, Arsenal, £182,063

27) Trent Alexander-Arnold, Liverpool, £180,000

28) Roberto Firmino, Liverpool, £180,000

29) Fabinho, Liverpool, £180,000

30) Bruno Fernandes, Man United, £180,000

31) Juan Mata, Man United, £160,000

32) Kepa Arrizabalaga, Chelsea, £150,000

33) Cesar Azpilicueta, Chelsea, £150,000

34) Kai Havertz, Chelsea, £150,000

35) Mateo Kovacic, Chelsea, £150,000

36) Christian Pulisic, Chelsea, £150,000

37) Alisson Becker, Liverpool, £150,000

38) Fernandinho, Man City, £150,000

39) Bernardo Silva, Man City, £150,000

40) Luke Shaw, Man United, £150,000

41) Nicholas Pepe, Arsenal, £140,000

42) Jamie Vardy, Leicester City, £140,000

43) Jordan Henderson, Liverpool, £140,000

44) James Milner, Liverpool, £140,000

45) Ilkay Gundogan, Man City, £140,000

46) Heung Min-Son, Spurs, £140,000

47) Wilfried Zaha, Crystal Palace, £130,000

48) Kasper Schmeichel, Leicester City, £130,000

49) Rodri, Man City, £121,154

50) Ben White, Arsenal, £120,000

Harry Maguire terpaksa diketepikan dari skuad kebangsaan England dalam aksi kelayakan Piala Dunia kerana beliau ketika ini sedang dibelenggu masalah kecederaan.

Bercakap selepas tamat aksi seri 1-1 United bertemu Everton di Old Trafford, Solskjaer mengakui yang beliau tidak yakin tarikh paling awal untuk melihat Maguire kembali beraksi.

“Kita akan lihat, masih ada dua minggu menjelang perlawanan seterusnya, jadi kita berharap dia akan pulih, tapi kita pun masih belum tahu.”

Jelasnya kepada beIN Sports.

United pada ketika ini berada di kedudukan keempat dalam carta liga, dengan mereka hanya ketinggalan dua mata sahaja di belakang pendahulu, Chelsea.

Setan merah akan kembali memulakan saingan liga musim ini pada 16 Oktober nanti dengan mereka akan berkunjung ke King Power Stadium untuk beraksi bertemu Leicester City.

Sumber: SPORTbible

BACA:  [Video] Temuramah Penuh Tawadhu' Dari Solskjaer Selepas United Singkirkan PSG