Tanggal 12 Disember 2015 Selangor turun menentang Kedah pada perlawanan akhir Piala Malaysia.
Selangor berjaya meraih kejuaraan ke-33 apabila menumbangkan skuad Hijau Kuning dibawah bimbingan Tan Cheng Hoe.
The Red Giant menang 2-0, kedua-dua gol itu dijaringkan oleh Hazwan Bakri.
Setahun kemudian, 2 pasukan ini bertemu lagi di pentas sama tetapi giliran Kedah pula meraih kejuaraan apabila menang melalui penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1.
Hazwan pasti akan mengenang 2 perlawanan ini sepanjang hidupnya. Dia sekali lagi mejaringkan gol di final ke-2 bersama Selangor.
Namanya pantas muncul di bibir peminat tanah air. Dia dinobatkan sebagai pemain paling bernilai (MVP) dan menarik minat gergasi tanah air, JDT.
JDT menebus baki kontrak Hazwan dengan nilai lebih RM 600,000. Terdapat laporan akhbar mengatakan nilai pembelian itu mencecah hampir RM 1 juta.
Musim pertama dia disana, Hazwan hampir melakukan sesuatu yang sukar dicatatkan oleh pemain lain.
JDT mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Hazwan berpeluang menjadi pemain pertama menjaringkan gol -perlawanan akhir- 3 kali berturut-turut.
Benjamin Mora mengenepikan Mohamed Ghaddar walaupun pemain ini bermain dalam 2 perlawanan separuh akhir ketika menewaskan Perak dengan agregat 4-1.
Hazwan digandingkan dengan Gonzalo Cabrerra dan Gabriel Guerra, bermain selama 90 minit. JDT berjaya menewaskan Kedah namun Hazwan gagal memanjangkan momen luar biasanya.
Walaupun bagaimanapun, pencapaiannya bermain di final 3 kali berturut-turut menyamai dengan majoriti pemain Kedah.
Ini disebabkan Kedah merupakan finalis Piala Malaysia 2015, 2016 dan 2017. Cuma Hazwan meraih medal kejuaraan 2 kali dan 2 kali memahat nama sebagai penjaring.
- 2015: Selangor 2-0 Kedah
- 2016: Kedah 1-1 Selangor (6-5)
- 2017: JDT 2-0 Kedah
Potensi pemain ini sudah dilihat sejak usiannya belum mencapai 21 tahun.
Muncul di kancah tertinggi melalui pasukan Kuala Lumpur, Hazwan merekod 8 jaringan (2011).
Ia merupakan angka yang cemerlang bagi seorang penyerang yang pada ketika itu baru berusia 20 tahun, lebih-lebih bermain di Liga Super.
Musim seterusnya dia diserap masuk ke skuad pembangunan Harimau Muda yang diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pemain kelahiran Labuan ini dijadikan sebagai penyerang utama ketika skuad itu beraksi di Liga Singapura pada musim 2012.
Dia mebuat 20 kemuculan dan menjaringkan 8 gol, membantu pasukan menamatkan kempen di tempat ke-4 dengan 13 kemenangan dari 24 perlawanan.
Setahun kemudian dia menyertai Selangor.
Selama 3 musim disana Hazwan bermain 66 kali dalam semua pertandingan domestik dan menjaringkan 22 gol.
3 gol tersebut berlaku dalam 2 perlawanan akhir Piala Malaysia.
Musim pertamanya di JDT segala-galanya nampak berjalan lancar. Dia tampil 26 kali, mencetak 6 gol. Situasi itu masih lagi baik pada musim ke-2 apabila tampil sebanyak 31 kali tetapi dia hanya menjaring 2 gol.
Angka itu tidak cukup baik bagi seorang penyerang yang sedang berada di puncak karier.
Selepas itu -musim 2019- segalanya tidak lagi memihak kepadanya. Dia muncul 6 kali, hanya sekali berada dalam kesebelasan utama.
Kini pemain ini bakal berusia 29 tahun.
Adakah dia masih berpeluang mengulangi pencapaian terbaik yang pernah dilakukan pada tahun 2015?
Kali terakhir dia menjaringkan gol adalah pada 10 Ogos 2018.
Angka- angka diatas hanya diambil dalam saingan tempatan seperti Liga, Piala FA dan Piala Malaysia.
Sepanjang berada di JDT, Hazwan bermain 17 kali di pertandingan kelab Asia dan mengumpul 5 jaringan.
Statistik penampilan Hazwan Bakri 2010 hingga 2020 dalam saingan domestik.
- 2010: Kuala Lumpur, 27 penampilan (4 gol)
- 2011: Kuala Lumpur, xxx (8 gol)
- 2012: –
- 2013: Harimau Muda, 20 penampilan (8 gol)
- 2014: Selangor, 17 penampilan (3 gol)
- 2015: Selangor, 33 penampilan (12 gol)
- 2016: Selangor, 16 penampilan (7 gol)
- 2017: JDT, 26 penampilan (6 gol)
- 2018: JDT, 31 penampilan (2 gol)
- 2019: JDT, 6 penampilan
- 2020: JDT 1 penampilan