Permohonan maaf Cristiano Ronaldo atas insiden menghempas telefon bimbit milik penyokong Everton telah dihentam teruk oleh ibu kepada mangsa.
Ibu kepada penyokong Everton itu menegaskan yang beliau semakin beremosi selepas membaca muat naik Cristiano Ronaldo di laman media sosial miliknya.
Ronaldo tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu muat naik di laman instagram miliknya selepas beliau terlibat dengan satu insiden yang memalukan ketika tamat aksi kekalahan 1-0 setan merah di tangan Everton.
ICYMI: Merseyside police say they are reviewing CCTV footage to establish if Manchester United’s Cristiano #Ronaldo committed an offence by knocking a mobile #phone out of a supporter’s hand after his team’s 1-0 defeat at Everton.https://t.co/Wnr1DTGNnM pic.twitter.com/GCL3xqxkXV
— Al Arabiya English (@AlArabiya_Eng) April 11, 2022
Tiga mata sangat penting untuk skuad setan merah memandangkan mereka mahu memburu slot layak ke saingan Champions League pada musim hadapan.
Walau bagaimanapun, harapan setan merah terkubur sebaik Anthony Gordon meledak gol kemenangan untuk skuad Everton pada aksi babak pertama perlawanan.
Kekalahan itu jelas sekali sukar untuk diterima oleh kem United dengan Cristiano Ronaldo bersama semua rakan sepasukannya sekadar terus kembali ke bilik persalinan selepas wisel penamat dibunyikan.
Mereka bahkan langsung tak pergi ucap terima kasih kepada penyokong setan merah sendiri yang sanggup datang menyokong mereka di Goodison Park.
Tidak lama selepas tamat perlawanan tersebut, telah tular satu video di media sosial yang memperlihatkan Cristiano Ronaldo telah menghempas telefon bimbit milik salah seorang penyokong.
Cristiano Ronaldo "had enough" during dismal Man Utd display vs Evertonhttps://t.co/fvothXdWfr pic.twitter.com/dOuqKnIXlz
— Mirror Football (@MirrorFootball) April 10, 2022
Dek kerana video itu tular, maka pihak kelab segera mengambil maklum dan menjelaskan yang mereka akan menyiasat hal tersebut.
Tidak lama selepas itu, seorang wanita yang mendakwa beliau ibu kepada penyokong remaja itu memuat naik status di laman media sosial miliknya, dengan beliau dilihat menunjukkan telefon bimbit yang rosak selepas dihempas oleh Ronaldo itu.
Jika dilihat pada video awal yang tular, ia tak nampak seolah-olah Ronaldo sengaja mahu menghempas telefon bimbit tersebut dan beliau dilihat seolah-olah tak sengaja melakukan hal itu.
Walau bagaimanapun, tular pula video lain yang menunjukkan dengan jelas bagaimana Ronaldo dengan emosinya menghempas telefon bimbit tersebut ketika beliau sedang berjalan meninggalkan padang.
Beliau nampak berjalan dengan kesakitan selepas mengalami kecederaan di bahagian ketingnya dan ditambah pula dengan keputusan yang tidak memihak mereka, maka jelas sekali beliau sangat hampa.
Beliau kemudiannya dilihat menghayunkan tangannya dalam keadaan penuh amarah dan menyebabkan telefon bimbit peminat tersebut terhempas.
Clear angle
Ronaldo smashed the kids phone is pretty clear now pic.twitter.com/s1Pn24BXSU
— Hamza (@lapulgafreak) April 9, 2022
Walaupun dalam video itu tak memperlihatkan telefon bimbit itu terhempas, namun reaksi penyokong Everton yang ada di kawasan tersebut jelas sekali menunjukkan mereka terkejut dengan tindakan Ronaldo.
Cristiano Ronaldo smashed someone's phone after losing to Everton, according to fans at the ground 😳
(via @evertonhub) pic.twitter.com/a20z4Sg20F
— ESPN FC (@ESPNFC) April 9, 2022
Tidak lama selepas isu tersebut menjadi kecoh dan dibahaskan oleh ramai pihak, Cristiano Ronaldo tampil untuk mengeluarkan kenyataan dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Beliau memuat naik status di laman instagram miliknya untuk meminta maaf atas apa yang berlaku.
“Ia tak mudah untuk mengendalikan emosi di waktu yang sukar seperti apa yang kami sedang hadapi. Namun begitu, kita perlu sentiasa menghormati, bersabar dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak muda yang mencintai sukan yang indah ini.”
“Saya mahu meminta maaf atas ketelanjuran saya dan jika diizinkan, saya mahu menjemput penyokong tersebut untuk menonton perlawanan di Old Trafford sebagai tanda fair-play dan atas dasar semangat kesukanan.”
Cristiano Ronaldo wants to invite the fan on the receiving end of his outburst to a game #MUFChttps://t.co/TVmQE6fYc8
— talkSPORT (@talkSPORT) April 10, 2022
Walau bagaimanapun, permohonan maaf dari Cristiano Ronaldo itu sepertinya tidak diterima dengan baik oleh ibu kepada penyokong Everton tersebut.
Sarah Kelly, ibu kepada Jake, penyokong Everton berusia 14 tahun yang telefon bimbitnya dihempas oleh Ronaldo itu tampil menghentam permohonan maaf dari bintang Portugal itu.
Sarah turut menegaskan yang anak beliau sama sekali tidak berminat untuk bertemu dengan bintang Manchester United itu lagi di masa hadapan.
Bercakap kepada Telegraph Sport, Sarah Kelly menjelaskan bahawa:
“Permohonan maaf yang tak bersungguh-sungguh itulah yang membuatkan saya semakin marah.”
“Saya fikir, ‘Biadap sungguh bila kamu beritahu semua orang yang kamu dah minta maaf sedangkan kamu tak minta maaf lagi.’ OK, kamu perlu letakkan itu di media sosial tapi… Kamu patut minta maaf pada anak saya.”
This is after the reported incident of Ronaldo apparently smashing someone’s phone up after United’s 1-0 loss against Everton. The mother of the child had this to say on social media this afternoon.#MUFC [FB. Sarah Kelly] pic.twitter.com/etS8s4ExDg
— The United Devils (@TheUnitedDevils) April 9, 2022
“Dia (Ronaldo) ada beberapa jam untuk selesaikan hal itu. Dia patut berusaha cari cara macam mana mahu hubungi kami. Selesaikan secara peribadi, katakanlah yang dia sudah bercakap dengan kami dan keluarkan sesuatu. Saya rasa saya dah cukup gembira tentang itu.”
“Ada ramai orang sebenarnya yang mengeluarkan telefon bimbit mereka di situ. Jacob ada dalam dunia dia sendiri. Ketika mereka keluar, dia kata, ‘Mak, Ronaldo sakit, saya nak rakam dia.’ saya kemudian kata pada dia, ‘OK’.”
“Saya tak fikir apa-apa tentang itu. Dia bahkan langsung tak melihat Ronaldo. Dia hanya melihat pada apa yang Ronaldo buat pada kaki dia dan dia tak tahu apa dia buat sampailah ketika telefon dia jatuh ke bawah. Kamu boleh lihat betapa terkejutnya Jacob ketika itu.”
“Dia lihat pada saya, ‘Ya Tuhan, benda tu berlaku dengan pantas.’
“Itulah apa dia lakukan. Ia agak kasar sebenarnya. Dia tahu kanak-kanak ada di sana. Dia salam mereka ketika sebelum perlawanan bermula, tapi ketika perlawanan tamat, cerita dia jauh berbeza kerana mereka kalah. Jadi ini kan permainan, kamu tak boleh sentiasa menang.”
“Jika seseorang lakukan itu kepada kamu di jalanan, mereka akan ditangkap dan disoal siasat. Dia sendiri seorang ayah dan saya yakin jika dia seorang manusia biasa, yang bawa anak dia pergi menonton perlawanan dan hal macam itu berlaku, dia juga akan kecewa dan terkejut.”
Ketika ditanya adakah Jacob menerima tawaran dari Cristiano Ronaldo, Sarah menjawab:
Sarah Kelly and her 14-year-old autistic son Jacob Harding had just watched their first Premier League match together when Ronaldo appeared to slap Jacob’s phone to the ground as he left the pitch https://t.co/7SBDL3UwD6
— The Telegraph (@Telegraph) April 11, 2022
“Saya ada tanya dia, ‘Adakah kamu mahu pergi? Ronaldo kata kita boleh pergi ke United’. Dia jawab ‘ Tak mak, saya tak mahu berjumpa dengan dia lagi.”
“Ia sebenarnya sangat mengecewakan saya kerana Ronaldo merupakan antara alasan mengapa dia mahu pergi menonton perlawanan United.”
Sumber: SPORTbible