Ini Jawapan Erik Ten Hag Ditanya Adakah Dia Mahu Dapatkan Bellingham dan Mbappe ?

“Kau ada duit tak?” Inilah jawapan Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag apabila ditanya oleh peminat adakah dia mahu mendapatkan Jude Bellingham dan juga Kylian Mbappe.

Jude Bellingham dan Kylian Mbappe kini merupakan dua figura bola sepak yang pastinya menjadi idaman mana-mana pengurus jika berpeluang mendapatkan mereka termasuklah Erik Ten Hag.

Kedua-dua pemain ini baru berusia 19 dan 24 tahun namun telah lama mengesahkan kedudukan mereka sebagai pemain terbaik dunia dan reputasi mereka dipertingkatkan lagi dengan aski cemerlang di Piala Dunia Qatar 2022.

Jude Bellingham merupakan seorang pemain tengah berbakat besar telah bermain dalam kejohanan utama pertamanya yang cemerlang dan telah menjadi salah seorang pemain terbaik England.

Kylian Mbappe pula memenangi anugerah Kasut Emas Piala Dunia dengan lapan gol, termasuk hatrik yang menyamai rekod untuk Perancis pada perlawanan akhir menentang Argentina.

Satu rakaman telah muncul yang memaparkan Erik Ten Hag bersama peminat yang menunggunya dan ketika menurunkan tandatangan kepada peminat itu, Erik Ten Hag telah ditanya sama Manchester United mahu menandatangan Jude Bellingham atau Kylian Mbappe.

Seorang penyokong muda bertemu Erik Ten Hag, yang berada di dalam keretanya berhampiran tempat latihan kelab, dan bertanya:

“Adakah anda fikir anda akan menandatangani Jude Bellingham? Atau Mbappe?”

Peminat lain kemudian mencelah:

“Mengapa anda tidak mendapatkan kedua-duanya?”

Erik Ten Hag secara bergurau telah menjawab:

“Saya mahu, Adakah anda ada beberapa sen untuk saya?”

Peminat yang lebih tua berkata:

“Kami akan mencari beberapa sen, kawan. Anda terus melakukan apa yang anda lakukan, kami akan mencari wangnya!”

Semua peminat dan Erik Ten Hag nyata gembira dan terhibur dengan soalan dan jawapan itu. Kepercayaan mereka kepada Erik Ten Hag semakin menebal selepas bangkit dari permulaan buruk di awal musim.

Sama ada Manchester United secara realistik mampu untuk menandatangani mana-mana superstar tahun ini adalah diragui – walaupun kelab itu memperoleh penamat empat teratas dan bola sepak Liga Juara-Juara untuk musim depan.

Walaupun Red Devils kelihatan menuju ke arah yang betul di bawah Ten Hag, yang menggantikan ketua jurulatih sementara Ralf Rangnick pada musim panas, masih banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum peminat dengan yakin boleh menyatakan bahawa kelab gergasi mereka benar-benar kembali ke landasan yang betul.

Namun, peminat tidak akan berputus asa bahawa pemain seperti Jude Bellingham dan Kylian Mbappe akan masih tergoda untuk menyertai Manchester United kerana sejarah terkenal kelab dan reputasi di peringkat global.

Untuk merealisasikan perkara ini, Mancheste United perlulah menjadi pasukan regular di Champions League dan kembali meraih Piala untuk menarik minat pemain superstar.

Buat masa ini Manchester United lebih memerlukan pemain yang betul untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan pasukan sebelum menyambar mana-mana pemain superstar.

Jude Bellingham berada di bawah kontrak di Borussia Dortmund sehingga 2025 tetapi ia akan menjadi satu kejutan jika pemain tengah itu tidak berpindah pada musim panas ini.

Liverpool dan Real Madrid dilaporkan berada di hadapan barisan untuk tandatangan remaja berbakat itu dan The Reds paling kuat dikaitkan.

Kylian Mbappe pula telah menandatangani lanjutan kontrak tiga tahun dengan Paris Saint-Germain Mei lalu, memastikan dia terikat dengan juara Perancis itu sehingga 2025.

Tetapi terdapat banyak spekulasi dalam beberapa bulan kebelakangan ini menunjukkan penyerang bertaraf dunia itu tidak gembira di Parc des Princes .

Real Madrid akan menjadi destinasi paling mungkin untuk Mbappe jika dia meninggalkan PSG jika Real Madrid mampu memaafkan dengan pusingan U yang dilakukan Mbappe.

BACA:  Ten Hag Mahu Jadikan Manchester United 'Pasukan Transisi' Paling Handal Di Dunia