Inilah Wajah Cristiano Ronaldo Dan Lionel Messi Pada Tahun 2042

Seorang artis telah menggunakan Artificial Intelligent (AI) atau kecerdasan buatan untuk meramalkan bagaimana wajah Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi pada tahun 2042.

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi telah bersaing sesama mereka serta menghiburkan dunia bola sepak dengan kemampuan mereka di atas padang selama hampir dua dekad.

Sungguh beruntung dapat melihat aksi kedua-dua pemain ini dari zaman remaja sehingga hampir ke penghujung karier selepas kita hanya dapat mendengar cerita kehebatan Pele dan Diego Maradona sebelum ini.

Cristiano Ronaldo hampir ke penamat kerjaya dan akan berusia 38 tahun pada Februari dan Lionel Messi pula sudah mencecah 35 tahun dan masih lagi bergetah.

Lionel Messi tidak pernah menyatakan apa yang akan dilakukannya selepas bersara sebagai pemain, manakala Cristiano Ronaldo pernah memberi bayangan bahawa dia tidak akan menolak kebarangkalian untuk menjadi pengurus.

Seorang artis yang bernama Alper Yesiltas telah menggunakan Artificial Intelligent (AI) untuk menunjukkan kepada orang ramai bagaimana rupa Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo pada tahun 2042.

Pada tahun 2042, Cristiano Ronaldo akan berusia 56 tahun dan Lionel Messi pula akan berusia 54 tahun dan sudah pastilah tiada perubahan besar kecuali pertambahan kedutan.

“Piala Dunia 2042. Kurang daripada sehari sebelum perlawanan akhir, jurulatih kedua-dua pasukan finalis berada di sini untuk menjawab soalan anda. Di sini anda pergi.”

Alper Yesiltas telah menggambarkan bahawa LioneL Messi dan Cristiano Ronaldo pada tahun 2042 sudah bergelar pengurus dan berada di sidang media untuk perlawanan akhir Piala Dunia 2042.

Messi kelihatan telah mencukur bersih janggutnya, manakala rambut kedua-dua legenda mula menjadi kelabu yang diliputi uban adalah perkara semulajadi pada usia itu.

Gambar ini merupakan projek dari Alper Yesiltas yang berasaskan Artificial Intelligent (AI) yang dipanggil “Young Age(d)” yang dilakukan bagi meramalkan rupa manusia untuk beberapa dekad yang mendatang.

“Di sebalik projek ini terdapat persoalan. Apakah rupa beberapa orang muda yang kita kenali beberapa dekad dari sekarang?” Jelas Alper Yesiltas.

Alper Yesiltas pernah menghabiskan masa selama 12 tahun dari 2005 sehingga 2017 bagi merakam gambar sebuah tingkap setiap tahun tanpa gagal sehinggalah pemilik itu mencabutnya untuk menukar tingkap baru.

Selain menjadi artis, Alper Yesiltas yang tinggal di Istanbul, Turki merupakan seorang peguam dan juga jurugambar yang merakam suasana dan memerangkap memori selama 15 tahun.

Hasil kerjanya dan gambarnya telah disunting di seluruh dunia, diletakkan di dalam buku, majalah, pameran, laman web dan Alper Yesiltas pernah mendapat anugerah dalam beberapa pertandingan fotografi.

Selain Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, Alper Yesiltas juga telah menggunakan Artificial Intelligent (AI) untuk menggambarkan wajah Dua Lipam Robert Batman Pattinson, Ryan Gosling, Michael Jackson, Emma Stone dan ramai lagi.

Walaupun kelihatannya Messi dan Ronaldo agak lebih tua berbanding usianya pada 2042 tapi hasilnya jauh lebih baik dari ramalan wajah David Beckham yang dilakukan oleh majalah FourFourTwo pada 1998.

Seorang pengguna Twitter bernama Ian Walker telah membelek majalah lama FourFourTwo keluaran tahun 1998 yang dibeli dari jualan bonet kereta.

Terkejut beruk beliau mungkin tersembur air liur lalu terkeluar hingus apabila melihat ramalan lakaran wajah David Beckham pada tahun 2020 yang seperti langit dan bumi.

“Membelek majalah lama FourFourTwo keluaran 1998. Inilah wajah lakaran imej yang dapat mereka bayangkan pada tahun 2020.”

Sangat dahsyat lakaran wajah Beckham ini dengan kepala botak dihadapan dan kehilangan beberapa batang gigi. Kejam. Kau banding la muka Beckham sekarang dengan jangkaan majalah ini. Umur baru 44 tahun kot pada 2020. Macam setan.

Sebelum Cristiano Ronaldo menjadi idola para gadis yang tidak meminati bola, Beckham terlebih dahulu mendonia dan pernah dinobatkan sebagai ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi yang Masih Hidup’ oleh People Magazine pada 2015.

BACA:  Bagaimana Ronaldo Raih Bonus Sehingga RM4.7 Juta Dalam Satu Perlawanan?