Jadikan Kekalahan 7-0 Sebagai Motivasi, Ten Hag Laung Amaran: “Kami Datang Ke Anfield Untuk Menang”

Erik Ten Hag menyatakan bahawa pasukannya bersemangat untuk bertemu Liverpool di Anfield, sama seperti biasa. Dan mereka bukan datang ke Anfield hanya untuk suka suka, mereka ada misi serius kali ini.

Ten Hag akui Anfield tempat yang sukar untuk dikunjungi. Namun menurutnya, mana mana pemain berkelas dunia akan mengharapkan perlawanan seperti ini dalam karier mereka. Kerana ianya sangat mencabar.

Ten Hag menegaskan dengan tegas menerusi laman rasmi Man United: “Saya rasa semua orang tahu yang kami sentiasa sangat bersemangat setiap kali berkunjung ke Anfield. Tenpat yang hebat untuk dikunjungi dan kamu tahu ianya akan menjadi perlawanan yang sukar.”

“Saya rasa kunjungan seperti ini adalah impian setiap pemain berkelas dunia, untuk berdepan cabaran seperti ini. Kamu harus melihat ke hadapan, dan sudah tentu, kami ada memori [tentang kekalahan 7-0 musim lalu], namun kamu harus mengambil manfaat daripadnya, dengan belajar daripadanya dan pada Ahad kita boleh membuktikannya.”

Ditanya tentang tekanan yang dia hadapi ketika ini, sama ada dia risau dengan jawatannya akan bergantung kepada perlawanan ini, Erik Ten Hag menegaskan dia tidak risau langsung.

Malah dia sempat melaung amaran kepada Liverpool bahawa dia dan skuadnya datang ke Anfield untuk menang.

“Saya tak risau langsung tentang itu. Saya cuma fikir untuk menang. Saya nak menang dengan pasukan saya dan terus berkembang dalam haluan yang tepat. Kamu berada di dalam projek. Musim lalu, kami benar benar di landasan yang tepat, namun projek yang kita ada hari ini tidak setanding dengan standard yang kami jangkakan.”

“Namun kami masih berada dalam projek yang sama, cuma ada sedikit kemunduran, namun kami masih boleh melakukan apa sahaja untuk menang musim ini. Dari segi jangka panjang, sudah tentunya, masa depan Man United adalah sangat baik.”

“Jika kamu lihat berapa ramai pemain hebat yang kami ada dalam skuad ini, berapa ramai pemain muda yang kami ada di dalam pasukan ini. Kami benar benar ada potensi yang sangat tinggi untuk bermain di tahap tertiggi di dunia. Namun kami harus membangunkannya.”

“Saya yakin apabila masalah kecederaan kami selesai nanti, kami akan bermain lebih baik.”

Bercakap tentang beberapa pemainnya yang dilanda kecederaan, Ten Hag mengesahkan Harry Maguire dan Martial tidak akan dapat beraksi dalam perlawanan ini.

Namun berita baiknya, The Next Ronaldo, iaitu Marcus Rashford sudah bersedia untuk mengepalai jentera serangan Setan Merah di Anfield.

Bruno Fernandes digantung untuk perlawanan ini. Dan ini mungkin hari di mana Rashford akan menjadi ketua pasukan untuk United di Anfield.

Dikenali dengan gaya permainan yang pantas dan bertenaga, Marcus Rashford akan menjadi ancaman utama Liverpool.

BACA:  "Sibuk Kejayaan Kelab Lain"- Man Utd Padam Tweet Lepas Kena Hentam Dengan Penyokong Sendiri