Jawapan Pedas Ronaldo Kepada Peminat Yang Mengkritik Pakaian Anaknya

Cristiano Ronaldo tampil menghentam semula para peminat yang mengkritik anaknya kerana memakai baju Nike dan Stoking Adidas.

Cristiano Jr dilihat bergambar bersama neneknya dan Ibu kepada Ronaldo, Maria Dolores yang kemudiannya berkongsi gambar tersebut di laman instagram miliknya.

Jelas sekali dari 2.6 juta pengikut di laman instagram miliknya itu, kebanyakan darinya merupakan peminat setia Cristiano Ronaldo.

Kerana itu jugalah rata-rata dari mereka sangat teliti dengan pelbagai hal, termasuklah dengan pemakaian anak kepada Cristiano Ronaldo yang ada dalam gambar tersebut.

Kebanyakan komen pada gambar tersebut jelas sekali komen berbentuk kritikan yang diberikan kepada anak Cristiano Ronaldo.

Pemain dari skuad akademi United yang kini berusia 11 tahun itu dilihat memakai hoodie Nike, seluar pendek, stoking Adidas dan selipar Adidas.

Ramai yang meninggalkan komen dengan mempertikaikan pemakaian beliau dan mengkritik beliau memakai kedua-dua jenama sekaligus.

Tambahan pula, memandangkan Ronaldo merupakan duta utama Nike, maka tidak hairanlah mengapa pemilihan jenama pakaian anaknya menjadi topik perbincangan masyarakat media sosial.

Melihat terlalu banyak komen negatif, Cristiano Ronaldo akhirnya memutuskan untuk meninggalkan komen pada muat naik ibunya itu.

Satu komen pedas dari beliau sebenarnya sudah cukup untuk menutup mulut para pengkritiknya.

“Dia pakai apa dia nak pakai, bukan apa kamu mahu.”

Pada tahun 2016 yang lalu, Cristiano Ronaldo telah menandatangani kontrak tajaan bernilai $1 billion bersama syarikat gergasi sukan itu.

Cristiano Ronaldo juga kerap memuat naik status mempromosikan jenama Nike di laman media sosial miliknya.

Musim suram Cristiano Ronaldo di Old Trafford

Cristiano Ronaldo merupakan pemain harapan Manchester United sejak dari awal beliau ditandatangani pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Walau ramai yang mengkritik dan menganggap beliau sebagai beban kelab, namun harus diakui yang Ronaldo merupakan nadi penting dalam sistem serangan setan merah.

Musim ini jelas sekali bukan musim yang baik untuk Manchester United dan Cristiano Ronaldo sendiri dengan setan merah sudah sah tidak akan memenangi apa-apa Piala untuk tahun kelima berturut-turut.

Setan merah sudah tersingkir dari saingan FA Cup dan Champions League dan mereka juga terlalu jauh berada di belakang Manchester City dalam carta saingan Premier League.

Jelas sekali agak mustahil untuk Man Utd memenangi gelaran liga musim ini, dengan mereka pada ketika ini sedang dalam usaha untuk mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas.

Manchester United juga sepertinya sudah menemui pengurus tetap yang baru dengan mereka dilaporkan sudah bersetuju untuk melantik Erik Ten Hag sebagai pengurus kelab yang baharu.

Kedua-dua Man Utd dan Ten Hag sendiri dilaporkan sudah bersetuju untuk bekerjasama sama dengan pengurus Ajax itu akan meninggalkan kelab pada penghujung musim ini untuk ke Old Trafford.

Para peminat jelas sekali sangat gembira dengan keputusan pihak kelab untuk melantik Ten Hag sebagai pengurus kelab dan jelas sekali mereka sangat berharap pengurus Ajax itu akan mampu membawa United untuk kembali menjadi pasukan yang digeruni.

Kedua-dua pihak kini hanya menunggu masa untuk membuat pengumuman rasmi namun Ten Hag dilaporkan sudah pasti akan ke Old Trafford pada musim panas ini.

Dengan kehadiran pengurus yang hebat, jelas sekali para peminat sangat berharap agar Cristiano Ronaldo kembali mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.

Ronaldo diharapkan akan terus menjadi mesin pencetak gol utama skuad dan peminat juga berharap akan mampu melihat beliau mencipta sejarah di pentas bola sepak Inggeris.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ronaldo Palau Neville Ketika Live dan Carragher Galak Membahan