Jawapan Thomas Tuchel Ketika Beliau Dikaitkan Dengan Manchester United

Thomas Tuchel tampil menjawab persoalan tentang rumours yang mengaitkan beliau dengan tawaran sebagai pengurus terbaru Manchester United.

Pada ketika Chelsea sedang dilanda musibah, ramai pihak yang mengaitkan Thomas Tuchel dengan Manchester United.

Setan merah bahkan digesa untuk berusaha mendapatkan Thomas Tuchel memandangkan mereka juga pada ketika ini sedang sangat terdesak mencari pengurus tetap.

Manchester United juga dikatakan sedang memantau perkembangan Thomas Tuchel di Stamford Bridge dan menyenaraikan nama pengurus berusia 48 tahun itu dalam senarai pendek lima calon pengurus tetap yang mahu mereka dapatkan.

Walau bagaimanapun, pengurus dari Jerman itu telah menolak spekulasi yang mengaitkan beliau dengan Manchester United, dengan menegaskan yang beliau komited bersama Chelsea.

Ketika ditanya tentang spekulasi yang mengaitkan beliau dengan Manchester United, Tuchel menjawab:

“Tak ada reaksi langsung. Adakah kamu rasa saya sudah kurang komited untuk kelab atau kurang terlibat dengan kelab dalam situasi saya?”

“Saya rasa langsung tak, saya suka berada di sini dan saya suka berkhidmat untuk Chelsea.”

“Kelab ini ada segalanya yang saya perlukan untuk bahagia dan kerana itulah tak ada keperluan dan kami ada banyak alasan untuk kekal bersama pada ketika ini dan itulah apa kami lakukan.”

Thomas Tuchel menggantikan Frank Lampard sebagai pengurus Chelsea pada musim lalu, dan beliau dengan segera berjaya membantu The Blues menjuarai saingan Champions League.

Walau bagaimanapun, masa depan beliau pada ketika ini sedikit diragukan dek kerana kesukaran yang dihadapi oleh pihak kelab selepas segala assets Roman Abramovich termasuk Chelsea FC telah dibekukan oleh kerajaan UK.

Jamie Carragher mendesak Man United supaya memulakan langkah untuk mendapatkan bekas pengurus Borussia Dortmund dan Paris Saint Germain itu.

Walau bagaimanapun, Gary Neville sendiri boleh merasakan yang Tuchel akan kekal bersama Chelsea walau masa depan kelab agak kelam pada ketika ini.

“Saya fikir Thomas akan kekal.”

Jelas Neville. ​

“Dengan Chelsea, kita dah tengok laporan sejak 24 jam lalu, mereka akan dapat seorang lagi billionaire lain, jadi mereka tidak akan lemah dari segi sudut pandangan kewangan.”

“Jika dia selesai di sana, dia dah ada skuad yang bagus, dia capai kejayaan, saya tak rasa dia perlu pergi jika ada pemilik baru datang. Dan jelas sekali selepas semua sekatan dibebaskan, dia akan dapat sokongan untuk mulakan projek baru.”

“Saya rasa ketika pemilik baru datang ke kelab bola sepak, ia adalah detik yang sangat mengujakan untuk seorang pengurus kerana dia akan exploit mereka dengan mendesak agar pemilik perlu laburkan duit kepada skuad dan pemilik baru tentu akan bagi dana.”

“Itulah perkara pertama peminat nak tengok mereka lakukan, adakah mereka akan menyokong kelab atau sekadar untuk urusan perniagaan. Saya rasa apa mereka lakukan pada musim panas, jadi mereka mungkin akan dapat lagi £150 ke £200 juta dari pemilik baru.”

Melihat bagaimana Thomas Tuchel mengendalikan Chelsea pada ketika ini termasuk menjawab pelbagai soalan dari media, jelas sekali beliau benar-benar menyayangi kelab.

Tidak mengejutkan juga andai beliau bakal menjadi pengurus kesayangan peminat dan legenda terhebat di hati peminat selepas apa yang beliau tunjukkan pada ketika ini.

Manchester United mungkin boleh mencuba nasib sekali lagi pada musim panas nanti, seandainya masalah di Stamford Bridge masih belum dapat diselesaikan.

Namun andai mereka sudah berjaya memiliki pengurus baru, maka jelas sekali agak mustahil untuk Thomas Tuchel berminat ke Old Trafford.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kenapa Pemain Chelsea Cium Kasut Tuchel Ketika Raikan Kemenangan?