Kenapa Pemain Chelsea Cium Kasut Tuchel Ketika Raikan Kemenangan?

Mata tajam para warga maya telah mengesan sesuatu yang aneh ketika para pemain Chelsea meraikan kejayaan Eropah mereka buat kali kedua dalam tempoh 9 tahun.

Para pemain Chelsea dilihat cuba mencium dan menyentuh kasut yang dipakai oleh pengurus mereka, Thomas Tuchel dan perilaku ini amat pelik.

Adakah Thomas Tuchel telah membawa tradisi baru meraikan kejayaan untuk pasukan Chelsea? Mencium, menyentuh dan menepuk-nepuk kasut.

Olivier Giroud, Kurt Zouma, Edouard Mendy serta beberapa orang pemain lain kelihatan bersungguh-sungguh memegang dan menepuk-nepuk kasut Thomas Tuchel.

Jaringan tunggal Kai Havertz yang berjaya menggelecek Ederson Moraes hasil hantaran lolos Mason Mount sudah cukup untuk Chelsea meraih kemenangan.

Dalam bilik persalinan pula kasut Tuchel terus menjadi pujaan dan Tuchel telah membuka kasutnya dan mengangkat kasut itu seperti mengangkat trofi.

Ketika masuk ke bilik persalinan Tuchel telah dirakam menggoncang dan menyembur minuman kepada para pemain usai masuk ke bilik persalinan.

Kemudian Tuchel telah membuka sebelah kasutnya dan diletakkan ditengah-tengah, para pemain Chelsea terus bersorak sambil menepuk-nepuk kasut tersebut.

Sebelah lagi kasut dibuka oleh Tuchel dan terus dijulang seperti trofi kejuaraan sambil diiringi oleh pemain Chelsea yang bersorak riang.

Tidak tamat disini keraian kasut Thomas Tuchel oleh pemain Chelsea, minuman keras telah dituang ke dalam kasut tersebut.

Dengan selambanya Marcos Alonso telah mengangkat kasut yang diisi dengan minuman keras lalu meminumnya tanpa rasa geli dan kembang tekak.

Kau bayangkan la kasut Tuchel pakai dah berapa jam. Mesti padu pergi dia. Dah sanitasi dengan alkohol semua kuman dah mati.

Ritual yang aneh tanda pelik ini telah menimbulkan tanda tanya adakah Tuchel dan pemain Chelsea telah terkena sumpahan bomoh Afrika seperti Pep Guardiola?

Thomas Tuchel kemudian mendedahkan dalam satu temuramah post-match bahawa kasut tersebut hadian pemberian Presiden PSG kepada beliau pada tahun lalu.

Tuchel menjelaskan bahawa beliau telah berjanji ketika berada di PSG lagi beliau akan memakai hadiah itu dalam perlawanan akhir Champions League menentang Bayern Munich.

Walaubagaimanapun Tuchel telah terlupa memakai kasut tersebut dalam perlawanan akhir dan akhirnya PSG tewas tipis 1-0 kepada Bayern Munich.

Tanpa disangka-sangka Tuchel telah dipecat PSG dan telah dilantik Chelsea sebagai pengurus menggantikan Frank Lampard, ajaibnya Tuchel sekali lagi ke final.

Maka Tuchel pun menunaikan janji yang dibuat dan memakai sepatu itu diperlawanan akhir bersama Chelsea.

Sunggguh beruntung Tuchel yang hanya perlu menunggu kurang setahun untuk mara ke final Champions League untuk menunaikan janji kasutnya itu.

β€œAku dapat kasut ni masa kat Paris dan aku telah berjanji aku akan pakai kasut ni apabila kami berjaya mara ke perlawanan akhir Champions League.”

β€œKasut ini merupakan hadiah pemberian presiden PSG dan aku berjanji dengan staf akan pakai kasut ini di final.”

β€œTapi aku tak pakai masa tu dan kami kalah. Aku pakai hari ini dan kami muncul juara.”

Kasut bertuah pemberian presiden PSG dipakai Tuchel ketika muncul juara bersama Chelsea, mesti pedih hulu hati presiden PSG baca berita ni.

Manchester City: Ederson, Walker, Dias, Stones, Zinchenko, Gundogan, De Bruyne, Bernardo, Mahrez, Sterling, Foden.

Subs: Steffen, Carson, Ake, Jesus, Aguero, Laporte, Rodrigo, Torres, Mendy, Fernandinho, Cancelo, Garcia.

Chelsea: Mendy, James, Thiago Silva, Rudiger, Azpilicueta, Kante, Jorginho, Chilwell, Mount, Havertz, Werner.

Subs: Arrizabalaga, Alonso, Christensen, Pulisic, Caballero, Zouma, Kovacic, Giroud, Hudson-Odoi, Ziyech, Gilmour, Emerson Palmieri.

Referee: Antonio Miguel Mateu Lahoz (Valencia).

BACA:Β  Manchester United Disarankan Agar Berusaha Dapatkan Thomas Tuchel