Pasukan paling hebat di bumi Malaysia ini, JDT yang menguasai bola sepak Malaysia hampir sedekad terus membuktikan kehebatan apabila mencatatkan kemenangan penuh bergaya.
Beberapa hari lalu disaingan Liga Super JDT telah menewaskan Sarawak United dengan jaringan 6 gol tanpa belas yang memberi isyarat awal kejuaraan kesembilan berturut-turut akan menjadi milik mereka.
Hari INI kau datang riang tersenyum buat ku senang, JDT mencatatkan kemenangan lebih besar apabila membelasah BRM FC 10 gol tanpa belas disaingan pusingan pertama Piala FA.
JDT menukar 10 pemain kesebelasan utama ketika menang ke atas Sarawak United dan hanya Fernando Forestieri sahaja kekal untuk perlawanan menentang BRM FC.
Pasukan Bola Sepak Budak Rumah Murah Kuala Kangsar atau BRM FC merupakan pasukan yang beraksi di Liga M3 telah diwujudkan pada tahun 2008 dan didaftarkan secara rasmi di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada tahun 2019.
BRM FC juga diperkasakan oleh beberapa orang pemain liga Super seperti Azmeer Yusoff selaku ketua pasukan, Fitri Omar dan juga Ahmad Fakri Saarani.
Di atas kertas nyata BRM FC bukan tandingan JDT walaupun melakukan 10 pertukaran dan itulah yang dibuktikan oleh JDT di atas padang yang basah.
Sangat lancar permainan JDT walaupun kebasahan dan berada dihadapan seawal minit ke-2 selepas Fernando Forestieri melakukan flick hasil umpanan Safawi Rasid.
Pada minit ke-7 Safiq Rahim yang kembali ke memperkuatkan skuad Harimau Malaya menggandakan kedudukan selepas menolak masuk bola muntah percubaaan Safawi Rasid.
Kemudian pada minit ke-19 Safawi Rasid akhirnya berjaya mencetak nama selaku penjaring untuk terus melebarkan kedudukan.
Import baru JDT, Fernando Forestieri nyata tajam apabila melengkapkan hatrik pada separuh masa pertama dengan dua gol lagi pada minit ke-24 dan penalti pada minit ke-43.
Separuh masa pertama JDT selesa di depan dengan lima gol dan menambah lagi lima gol pada separuh masa kedua.
Mauricio. Moussa Sidibe, Daryl Sham, Mohamadou Sumareh dan Danial Amier Norhisham melengkapkan kemenangan 10 JDT untuk mara ke pusingan kedua.