Kane Dan Grealish Saling Akui Serasi Bersama, Adakah City Destinasi Mereka?

Harry Kane dan Jack Grealish telah saling bercakap dan mengutarakan isi hati masing-masing mengenai keserasian atau ikatan kimia mereka ketika beraksi bersama.

Dua pemain ini merupakan prospek paling panas dalam jendela perpindahan kali ini, Kane dan Grealish kini sangat kuat digosipkan dengan Manchester City.

Kane dan Grealish kini bergandingan bersama dalam misi membawa balik trofi kejohanan utama ke kabinet pasukan England yang tiada penambahan sejak tahun 1966.

Harry Kane yang kini meronta-ronta untuk keluar dari Tottenham Hotspur dilihat sangat kuat akan ke Manchester City sebagai pengganti Sergio Aguero yang sudah membawa diri.

“Aku suka Jack, aku suka Jack sebagai pemain bola sepak, menakjubkan.” Ujar Kane kepada Gary Neville di saluran Youtube The Overlap.

“Sejak dari dia datang dan aku mula berlatih bersama Jack kami telah mempunyai hubungan dan keserasian sebenar.”

“Jack melihat permainan sama macam mana aku nampak dari segi bagaimana Jack membuat hantran, bagaimanan dia bergerak selalu melihat ke depan, selalu meminta bola, percaya rakan sepasukan untuk membuat sentuhan dan mampu mengendalikannya.”

Manchester City juga dilaporkan mahu mendapatkan Ketua pasukan Aston Villa, Jack Grealish dengan memecahkan rekod pemain Inggeris paling mahal dengan mas kawinnya £100 juta.

Dalam satu temuramah, Jack Grealish pula mengakui bahawa beliau suka beraksi bersama Harry Kane selepas pemain penyerang England itu menyatakan perkara yang sama.

“Aku tidak fikir sesiapa lagi yang lebih baik dalam dunia ini untuk bergandingan bersama di hadapan selain daripada Harry Kane.” Ujar Jack Grealish kepada The Guardian.

“Aku dapat rasa kami mempunyai keserasian bersama ketika latihan dan juga dalam perlawanan.”

“Aku hanya keluar ke padang untuk beri sehabis dan di padang ada empat pemain bintang Manchester City dan Empat pemain bintang Manchester United yang telah dipilih Gareth Southgate untuk skuad 26 pemain.”

Walaupun England dibarisi dengan lapan pemain bintang Manchester City dan Manchester United namun keserasian yang dijumpai Grealish adalah bersama Harry Kane.

Bekas pengurus England, Glenn Hoddle telah menghidu kemesraan Kane dan Grealish, Hoddle percaya kedua-dua pemain telah berbincang masa depan bersama.

“Aku tak fikir mereka akan bercakap di depan pengurusan tapi aku pasti mereka ada berbincang.”

“Aku masih ingat ketika aku bercakap dengan Ray Clemence semasa masih lagi bermain, cuba menyakinkan beliau supaya menyertai Spurs dari Liverpool.”

“Yeah, benda ni berhasil, aku boleh bagitau kau untuk mencipta satu silap mata.”

Pengakuan Kane dan Grealish saling mengakui keserasian bersama seolah-olah memberi bayangan akan masa depan mereka disebuah pasukan yang sama dan telah menjadi satu faktor lagi menguatkan perpindahan mereka berdua ke Manchester City.

Dalam pada itu, Harry Kane telah menyatakan bahawa pasukan England kini lebih kuat berbanding skuad Piala Dunia 2018 menjelang perlawanan pertama England menentang Croatia di Euro 2020.

Croatia merupakan pasukan yang menghampakan harapan ‘It coming home’ England apabila menewaskan Harry Kane dan rakan-rakan di separuh akhir.

Kapten Kane yang memenangi gelaran kasut emas di Rusia empat tahun lalu berkata skuad England kini lebih baik dari segi pengalaman selepas tersingkir.

Kane menjelaskan perkara ini ketika bersama Official England Podcast:

“Kami kini mungkin dalam kedudukan lebih baik. Kami kini lebih berpengalaman, pemain pula banyak terlibat dalam perlawanan besar bersama kelab.”

Walaupun bersama skuad yang lebih berpengalaman dan lebih kuat, Kane menyedari kerja kuat masih perlu dilakukan kerana pasukan lain juga bertambah baik.

BACA:  Spurs Umum Nama Rasmi Bagi Stadium Baru Yang Sudah Siap Untuk Digunakan Musim Depan