Keane Pernah Buat Mak Cik Kantin Manchester Menangis Hanya Kerana….

Roy Keane pernah buat mak cik kantin Manchester United menangis teresak-esak hanya kerana di dapor mereka kehabisan mentega.

Bekas ketua pasukan Manchester United itu sangat terkenal dengan sikapnya yang sentiasa mahukan yang terbaik di atas padang.

Baik ketika menjadi pemain, mahupun pengurus, Keane sememangnya seorang yang teliti dan mahukan yang terbaik dan atas alasan sama juga beliau sangat tegas serta lantang ketika bertugas sebagai pundit pada ketika ini.

Beliau sangat teliti dari segala segi yang ada terutama dari segi pemakanan beliau sendiri, dan menurut bekas rakan sepasukannya, Luke Steele, Keane pernah membuatkan salah seorang mak cik kantin di United menangis teresak-esak pada satu ketika dahulu.

Ada satu ketika, kantin di United kehabisan mentega dan Keane tak dapat menikmati roti bakar beliau dengan kenikmatan kerana mentega habis.

Kalau ikut pemahaman Keane, beliau menyalahkan mak cik kantin tersebut kerana tak terfikir untuk beli dulu dulu sebelum mentega itu betul-betul habis.

Steele ketika kariernya di Old Trafford, beliau langsung tak pernah tampil dalam mana-mana perlawanan kompetetif untuk kelab.

Beliau juga merupakan satu-satunya saksi hidup yang menyaksikan hal tersebut dan beliaulah yang membuat dakwaan bahawa mak cik kantin tersebut menangis teresak-esak.

“Saya berada di kantin pada satu hari tu dan ada seorang wanita yang bekerja di kantin.”

Jelas Steele kepada Under The Cosh podcast.

“Ini adalah salah satu contoh untuk saya gambarkan dia dan yang ada di fikiran saya.”

“Dia macam, ‘Adakah kita masih mempunyai mentega?’ dan perempuan tu jawab, ‘Oh tak, kita dah habis stock, saya baru oder lagi.”

“Jawapan Roy selepas itu, ‘Apa kamu maksudkan dah habis stock hari ini atau kamu baru oder hari ini?’ perempuan tu jawab, ‘Kita memang dah habis tapi jangan risau Roy.”

“Dia terus mempersoalkan hal itu dan dia tak faham mengapa perempuan itu langsung fikir untuk oder sebelum habis, jadi bila dah habis stock baru dah sedia.”

“Saya dengar dan hanya kami tiga orang sahaja yang ada di kantin. Roy kemudian pergi, dia langsung tak mencarut tapi cara dia pandang perempuan itu dengan renungan dia dengan nada suara dia sebenarnya masih menghantui saya sehingga hari ini.”

“Gadis itu menangis teresak-esak, dia langsung tak jangka yang mentega akan habis pada hari itu. Itulah Roy, dia memang sentiasa mahukan yang terbaik untuk kelab.”

“Ia nampak situasi yang kecil dan tak ada apa-apa tapi itulah dia.”

“Satu lagi isu tentang Keane betul-betul marah yang saya masih teringat sampai sekarang adalah ketika dia main kuiz ketika sesi bonding skuad United.”

“Nampaknya semua orang sedang menikmati detik itu kecuali Keane.”

Terdesak mahukan kemenangan, Keane menuduh John, pengendali kuiz tersebut telah menukar soalan dan percaya semua soalan itu telah diatur untuk memastikan Sir Alex Ferguson menang.

“Kamu dah atur kan? Kamu tahu kamu memang perlu menipu.”

Jelas Keane penuh rasa marah.

Nampak tak macam mana Keane punya teliti dalam semua hal dan macam mana dia nak menang dalam semua benda.

Jangan kata mak cik kantin, pak cik bagi kuiz pun kena maki dengan Keane disebabkan oleh mentaliti yang dia ada.

Atas alasan sama juga beliau tak henti-henti meratib menghentam Harry Maguire sejak beliau mula jadi pundit hinggalah ke hari ini.

Bukan kerana beliau benci ketua pasukan kesayangan ramai itu, tapi hanya kerana beliau mahukan kapten marvel bawa United ke jalan yang betul.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Carragher Hentam Neville Dan Keane Yang Tegar 'Menjilat' Ole