Kemenangan Bergaya Manchester United Dengan Gol Minit Akhir Garnacho

Manchester United kembali ke landasan kebenaran apabila berjaya mencatatkan kemenangan penuh bergaya ke atas Fulham hasil gol minit akhir jaringan pemain muda sensasi Alejandro Garnacho.

Skuad bimbingan Erik Ten Hag itu mempamerkan aksi tidak bergigi ketika menentang Aston Villa dalam perlawanan debut buat Unai Emery.

Kekalahan itu menamatkan rentetan 9 perlawanan tanpa kalah Setan Merah yang mencatatkan 7 kemenangan dengan enam perlawanan tanpa bolos.

Victor Lindelof kembali bergandingan bersama Lisandro Martinez dan kapten Marvel, Harry Maguire diletakkan diposisi yang sepatutnya iaitu bangku simpanan.

Kelibat Cristiano Ronaldo langsung tiada dalam perlawanan ini di mana Anthony Elanga, Marcus Rashford bermain di jentera hadapan.

Fulham kehilangan penyerang harapan mereka yang cedera, Aleksandar Mitrovic tetapi masih membuat permulaan cemerlang di Craven Cottage, dengan penyelamatan awal penjaga gol United David De Gea menafikan Carlos Vinicius.

Manchester United memecah kebuntuan apabila Anthony Martial melepaskan Fernandes, yang bolanya melintasi gawang gol membuatkan Eriksen yang tidak dikawal dengan mudah melakukan jaringan.

Eriksen telah meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-14 di Craven Cottage dengan gol pertamanya untuk United.

Fulham menikmati banyak penguasaan dan tekanan tetapi mereka gagal untuk mengubahnya menjadi gol hampir dihukum apabila Martial menanduk bola melepasi palang, ketika menyambut hantaran lintang Luke Shaw.

Eriksen juga berpeluang menjadikan kedudukan 2-0 sebelum separuh masa tetapi merembat tersasar sedikit tersasar.

Penjaga gol Fulham Leno mengekalkan kedudukan 1-0 pada awal separuh masa kedua apabila menafikan Anthony Elanga dalam satu lawan satu, sebelum Antonee Robinson dan Tim Ream bergabung untuk menghalang Marcus Rashford menjaringkan gol hasil tindakan susulan.

Setelah melepaskan peluang tersebut, United diikat semula pada minit ke-61 oleh bekas pemain mereka, Daniel James yang banyak mendatangkan masalah dan ancaman.

Larian pantas Willian ke arah kiri disokong dengan baik oleh Tom Cairney yang melakukan overlap, dengan hantarannya menemui James untuk gol penyamaan. James meraikan golnya dengan ala kadar tanda menghormati kelab lamanya.

Fulham telah melakukan segalanya untuk memperoleh satu mata dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris sebelum rehat Piala Dunia. Namun ternyata ianya masih belum cukup.

Selepas berhempas pulas mencari gol kedua, Man United akhirnya mendapat gol tersebut menerusi pemain remaja sensasi Argentina, Alejandro Garnacho.

Gandingan hantaran satu-dua Garnacho dengan Christian Eriksen, dalam tiga minit terakhir masa tambahan, membolehkan pemain berusia 18 tahun itu meluru masuk ke dalam kotak penalti sebelum menghasilkan penyudah yang hebat menewaskan Bernd Leno,

Lebih menarik apabila Garnacho meraikan gol tersebut dengan meniru keraian gol Lionel Messi dengan gaya menyidai baju.

Bruno Fernandes telah menghamburkan pujian melangit buat Garnacho selepas perlawanan:

“Dia sangat berbakat. Ditambah dengan kadar kerjanya bersama-sama dengan bakat membuat perbezaan besar dengan kami dari bangku simpanan”

“Kami sangat gembira untuknya dan tahu dia boleh memberikan kami gol, bantuan gol dan membuktikan kegembiraannya untuk bola sepak.”

United kekal di tempat kelima tetapi kemenangan ini bermakna mereka kembali tiga mata di belakang Tottenham di tangga keempat manakala Fulham di tempat kesembilan – kekal di kedudukan tersebut.

Kesebelasan Utama Fulham: Leno, Decordova-Reid, Ream, Diop, Robinson, Palhinha, Cairney, Andreas, Wilson, Vinicius, Willian.

Pemain Simpanan: Rodák, Tosin, Duffy, Chalobah, James, Onomah, Mbabu, Harris, Sekularac

Kesebelasan Utama Man United: De Gea, Lindelof, Martinez, Malacia, Shaw, Fernandes, Eriksen, Casemiro, Elanga, Martial, Rashford.

Pemain Simpanan: Bishop, Dubravka, Maguire, Fred, McTominay, Van de Beek, Iqbal, Garnacho

BACA:  Pengadil Dan VAR Bantu United Rompak Kemenangan Atalanta