Kenapa Man City Sanggup Membayar £77 Juta Untuk Josko Gvardiol Dan Apa Yang Dimahukan Dari Pemain Ini

Ketika Pep Guardiola dan Manchester City memutuskan untuk membeli Ederson dari Benfica pada Jun 2017, tidak banyak yang diketahui tentang penjaga gol itu. Namun selepas melihat beberapa klip video, dengan mudah penjaga gol yang bernilai £34.7 juta itu cukup sepadan dengan tuntutan permainan Guardiola.

Passing range dan keupayaannya dalam memilih hantaran yang betul cukup jelas dan enam tahun selepas itu Ederson telah memenangi hampir kesemua trofi di sana.

Josko Gvardiol akan tiba ke Etihad dengan tanda harga £77.6 juta dan tiada siapa boleh mengatakan dengan pasti apa yang akan dimenangi oleh pemain berusia 21 tahun ini pada beberapa tahun mendatang. Namun perkara lebih penting adalah sama seperti kes Ederson, gaya permainan Gvardiol sepadan dengan corak permainan City.

Cabaran pertama yang perlu dilalui City adalah cuba menggoda RB Leipzig kerana kelab dari Austria itu tidak benar-benar mahu menjual Gvardiol kecuali dengan tawaran tinggi. Kejayaan itu akhirnya tiba pada Rabu lepas (3 Ogos) apabila mereka menerima tawaran sebanyak £77.6 juta dari City.

Gvardiol akan melengkapkan prosedur pemeriksaan perubatan pada lewat minggu ini dan akan diumumkan sebagai pemain City pada awal minggu hadapan. Gvardiol merupakan major signing kedua selepas kelab itu membeli Mateo Kovacic dengan harga pakej £30 juta dari Chelsea pada 28 Jun lepas.

Kenapa Gvardiol dan Mengapa £77 juta

Dalam pasaran posisi bek-tengah sebelah-kanan tidak ramai pemain yang  mempunyai fizikal besar tetapi atletik (mempunyai kekuatan fizikal, cergas dan aktif) seperti Gvardiol. Haaland merupakan salah satu contoh pemain yang mempunyai ciri-ciri itu dalam posisi yang berlainan.

Jangan lupa Gvardiol merupakan seorang elite passer.

Gvardiol juga mempunyai pengalaman luas bermain di Liga Juara-Juara, pemain utama skuad kebangsaan Croatia dan kesemua perkara ini dimiliki oleh seorang pemain yang baharu berusia 21 tahun.

Dua faktor lain yang menjadi penyebab keputusan Guardiola membeli Gvardiol dengan harga tinggi adalah Aymeric Laporte dijangka akan keluar dari kelab itu. Guardiola pula semakin gemar menggunakan pemain center back bermain di bahagian fullbacks melalui sistem 3241 atau 3-box-3. Sistem ini mula digunakan secara kuat pada separuh kedua musim lepas.

Gvardiol sesuai dengan permainan City, mempunyai banyak pengalaman di pentas tertinggi, masih muda, situasi Laporte dan sistem baharu Guardiola menjadi sebab kenapa City sanggup mengeluarkan duit sebanyak itu.

Senjata untuk memaksimakan Haaland

Pada musim lepas City telah memenangi treble (Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara). City muncul pasukan Inggeris kedua melakukannya selepas Manchester United (1999). Dalam kejayaan itu Guardiola telah memberi kredit kepada unit pertahanannya. Baginya ia bahagian terbaik dimiliki dalam pasukannya.

Guardiola memuji four man defense pasukannya dan dia juga memuji pemain secara individu. Terdapat perbezaan tugas dalam unit pertahanannya. John Stones mempunyai tugas yang lebih banyak dan mencabar berbanding tiga rakan pertahannya.

Stone akan more adventurous dengan bola sementara itu Ruben Dias, Nathan Ake dan Manuel Akanji lebih santai dengan bola. Stone merupakan seorang yang mempunyai kemampuan dalam bertahan tetapi dia telah berkembang di bahagian-tengah melalui sistem box midfield Guardiola.

Disini kita akan melihat bagaimana Gvardiol boleh berada dalam peranan yang lebih sukar dan mencabar itu. Ini antara sebab mengapa City dan RB Liepzig cukup menghargainya. Dia adalah gabungan pemain pertahanan tradisional dan penghantar bola berkualiti tinggi.

Dua contoh dibawah ini menunjukkan kualiti hantaran yang boleh dihasilkan oleh Gvardiol dan kenapa dia berada dalam kumpulan elite passer.

Guardiola mahu memaksimakan kemampuan Haaland yang handal membuat larian. Pada musim lepas hanya Kevin de Bruyne mampu melakukan hantaran yang boleh memecahkan larian penyerang dari Norway itu. Dengan Gvardiol City bakal mempunyai dua pemain yang mampu membantu Haaland dari kawasan padang yang berbeza.

Rumusan

Bahagian pertahan telah menjadi elemen penting untuk Guardiola dan penyokongnya kerana ia adalah bahagian paling dihargai oleh pengurus itu dalam perjalanan mereka meraih treble. Gvardiol akan menjadi satu penambahan baru dibahagian yang sudah cemerlang itu.

City tahu apa yang perlu mereka lakukan dan kawasan mana yang mahu mereka perbaiki. Di RB Leipzig Gvardiol digelar sebagai Haland di bahagian pertahanan. Mereka yang pernah berkerja dengan Gvardiol tahu pemain berusia 21 tahun ini akan terus meningkat.

Jadi tidak sukar untuk memahami mengapa City mahukannya dan percaya dia mempu meningkatkan kualiti di bahagian pertahanan. Namun terdapat banyak contoh pemain baharu yang menyertai City memerlukan sedikit masa untuk menunjukkan yang terbaik.

City akan gembira dengan pembelian ini dan Gvardiol akan diberi masa, dia tidak akan diberi tekanan terutamanya pada musim pertamanya disana.

BACA:  Peminat Bengang Man City Menang Kerana De Bruyne Menipu Diving Untuk Penalti