Kes Merasuah Dan Serangan Harry Maguire Akan Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi Greece

Pemain pertahanan Manchester United Harry Maguire akan dibicarakan di mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan, tiga tahun selepas insiden membabitkan pemain itu di Mykonos, Greece.

Tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan adalah pada 7 Februari tahun hadapan.

Dalam perbicaraan tersebut Maguire akan berhadapan tiga tuduhan iaitu cubaan mendatangkan kecederaan, bertindak agresif ketika cuba ditahan pihak berkuasa, selain cubaan merasuah pegawai bertugas yang melakukan tangkapan.

Pemain antarabangsa England itu ditahan ketika percutian bersama-sama keluarga di Mykonos pada Ogos 2020 di mana mahkamah di Syros menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama 21 bulan dan 1o hari.

Maguire kemudiannya melakukan rayuan dan memaksa hukuman tersebut digugurkan. Tetapi ia juga bermaksud pendakwaan secara automatik akan dibawa ke mahmamah tinggi.

Perbicaraan pertama sebelum ini terpaksa ditangguhkan disebabkan keadaan pandemik pada ketika itu sebelum dijadualkan semula pada Jun 2023.

Pasukan perundangan yang mewakili pemain itu bagaimanapun mendesak tarikh tersebut untuk dianjak ke hadapan, dan akhirnya diputuskan untuk dibicarakan pada tahun hadapan.

Pemain berusia 30 tahun itu dijangka tidak akan menghadiri perbicaraan. Dan walaupun didapati bersalah sekali pun, Maguire tidak akan menerima hukuman seberat yang diberikan sebelum ini.

Berita perbicaraan kes Mykonos Maguire ini tiba tatkala masa depan pemain itu di Old Trafford sedang hangat dibicarakan setelah beliau bukan lagi pemain pilihan utama pasukan kendalian Erik ten Hag.

Maguire kini turut dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab, antaranya Tottenham, Aston Villa dan juga West Ham.

Dalam kejadian tersebut, ketua pasukan paling agung dalam sejarah peradaban dunia, Manchester United dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa Greece kerana menyerang pihak polis selepas terlibat dalam satu pergaduhan.

Pemain pertahanan dunia itu telah bergaduh dengan pelancong daripada British diluar sebuah bar di MyKonos, sebuah pulau di Greece dan pergaduhan itu telah disedari oleh pihak polis.

Tiga orang ditahan termasuk Maguire kerana telah melawan pihak polis secara lisan dan fizikal selepas pihak polis cuba masuk campur dalam pergaduhan itu.

Berita ini telah tersebar dengan jayanya melalui akhbar tempatan Greece protothema dengan kejadian yang terjadi pada pagi Jumaat itu.

Dalam kenyataan pihak polis kepada ESPN, polis mengesahkan bahawa Maguire telah ditahan dan juga telah memaki hamun dan memukul pihak berkuasa.

Maguire telah menjadi pemain pertahanan termahal dunia selepas dibeli oleh Manchester United daripada Leicester City dengan harga £80 juta

BACA:  Premier League 2019/20: Crystal Palace 0-2 Manchester United