Ketika De Gea Buat Kelakar Dean Henderson Pamer Aksi Masterclass

Ketika dunia mentertawakan David De Gea bersama Manchester United dengan kelakarannya yang dicipta, Dean Henderson telah mempamerkan aksi Masterclass beraras tinggi bersama pendatang baru Premier League.

Dean Henderson telah menyertai Nottingham Forest yang kembali ke liga teratas Inggeris secara pinjaman telah menjadi wira untuk meraih tiga mata pertama musim ini.

Skuad bimbingan Steve Cooper meraih kemenangan pertama mereka di Premier League selepas mengejutkan West Ham United di City Ground.

Kemenangan ini diraih hasil jaringan tunggal perlawanan dari Taiwo Awoniyi selepas menyempurnakan gol yang direncanakan oleh Jesse Lingard juga bekas pemain Manchester United.

Namun Dean Henderson jelas menjadi bintang dalam perlawanan ini dengan aksi yang sangat mengagumkan dan diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan.

Aksi bertaraf dunia Dean Henderson bermula selepas percubaan jarak jauh dari Pablo Fornals telah terkena palang dan bola melantun tepat kepada Tomas Soucek untuk tindakan susulan.

Tomas Soucek pantas melakukan sundulan ke arah gol namun Dean Henderson bingkas bangun untuk membuat satu penyelamatan penuh sensasi.

Dean Henderson bekerja keras sepanjang perlawanan menafikan segala percubaan West Ham United dan penyelamatan paling padu adalah dari sepakan penalti.

Pada minit ke-65 bola telah terkena tangan Scott McKenna dan peluang terbesar hadir buat The Hammers untuk menyamakan kedudukan.

Declan Rice menggalas tanggungjawab mengambil sepakan penalti namun Dean Henderson membuat bacaan yang tepat ke sebelah kanan untuk membuat penyelamatan yang vital.

Aksi Masterclass dari Dean Henderson dipamerkan kurang 24 jam selepas David De Gea menyajikan aksi disasterclass menyaksikan Setan Merah diaibkan Brentford 4-0.

Dean Henderson memilih untuk ke Nottingham Forest secara pinjaman tempoh panjang iaitu semusim selepas merasakan dirinya dilayan seperti seorang penjenayah di Old Trafford.

Saksikanlah kehebatan Dean Henderson vs West Ham United.

Penjaga gol England ini juga merasakan dirinya tersontot dengan janji palsu Setan Merah selepas dijanjikan tempat sebagai penjaga gol utama.

Namun penjaga gol berusia 25 tahun itu dibiarkan terkontang-kanting dengan janji palsu kerana Dean Henderson hanya menjadi penjaga gol kedua di belakang David De Gea.

Merasakan dirinya menjadi mangsa scam dengan tipu daya Setan Merah menaikkan kemarahan di hati Dean Henderson.

Bercakap kepada talkSPORT, Dean Henderson berkata:

“Untuk lebih jujur dengan kau, ini mungkin tempoh 12 bulan paling mencabar dalam karier aku. Ia sangat mencabar, sangat keras dan aku sangat gembira dapat keluar sekarang.”

“Perbicangan yang diadakan, mahukan aku bersama skuad EURO England dan bila kembali ke United aku akan jadi penjaga gol nombor 1.”

Dean Henderson dijanjikan tempat selaku penjaga gol utama namun Ole Gunnars Solskjaer masih menggunakan David De Gea untuk musim baharu.

“Aku kena Covid, malangnya tiada siapa pun yang berusaha untuk memastikan janji mereka kepada aku tercapai.”

“Aku amat kecewa kerana aku telah menolak begitu banyak tawaran pinjaman pada musim panas itu dan mereka tidak mahu lepaskan aku.”

“Untuk berada di sana dan bazirkan 12 bulan adalah satu jenayah, [mengambil kira] umur aku. aku marah.”

Henderson meninggalkan kelab itu pada awal jendela perpindahan untuk menyertai pendatang baharu Liga Perdana, Nottingham Forest secara pinjaman untuk musim ini.

Selepas setahun dengan hampir tiada masa bermain, penjaga gol yang pernah bersaing tempat menjadi no.1 England itu berminat untuk keluar secepat mungkin dan tidak menunggu untuk membincangkan perkara itu dengan Ten Hag sebelum berlepas ke City Ground.

Ketika ditanya adakah dia sudah bercakap dengan pengurus baharu, Erik Ten Hag. Dean Henderson membalas:

“Tidak, aku tidak begitu suka pengurus masuk campur dan dapat melihat aku dalam sesi latihan kerana aku tahu dia mungkin mahu aku kekal.”

“Jadi aku cuba melakukan semuanya sebelum aku pergi untuk musim ini. aku memberitahu hierarki, apa yang aku perlukan adalah untuk pergi dan bermain bola sepak.”

“Aku tidak mahu berada di sini menjadi pemain pilihan kedua. Dan ia sudah diputuskan, boleh dikira aku [memutuskan untuk] pergi sebelum pengurus masuk dan aku tidak bercakap dengannya sejak itu.”

Ten Hag mungkin mahu mengekalkan Henderson untuk melihat potensinya dan De Gea. Hal ini kerana Henderson adalah ball playing keeper yang lebih selesa dengan bola berbanding dengan De Gea.

Oleh sebab itu Henderson menyatakan dia tak mahu berjumpa Ten Hag atau berlatih depan pengurus tersebut, kerana itu akan membuatkan Ten Hag mahu dia kekal nanti lalu teruk ke Notthingham Forest.

Ini merupakan kali kelima graduan akademi itu meninggalkan Old Trafford, secara perpindahan paling menonjol sebagai pemain pinjaman adalah kejayaan selama dua musim di Sheffield United dari 2018-2020.

Henderson memainkan peranan penting dalam kejayaan kembalinya Blades ke liga teratas dan kembali ke United bersedia untuk mencabar David de Gea untuk tempat No.1.

Bukan itu sahaja, ia malah di landasan terbaik mencabar tempat Jordan Pickford sebagai penjaga gol no.1 England pada masa itu.

Menjelang penghujung musim 2020/21, dia kelihatan berjaya untuk melakukan itu selepas memulakan 10 daripada 12 perlawanan terakhir di bawah kendalian Ole Gunnar Solskaer.

Persembahan buruk De Gea dalam kekalahan final Liga Europa kepada Villarreal kemudiannya kelihatan mengukuhkan kedudukannya lebih jauh lagi ke kempen baharu.

Difahamkan bahawa Solskjaer telah memaklumkan pemain berusia 25 tahun itu bahawa dia akan menjadi pilihan utamanya pada musim lalu tetapi jangkitan wabak telah menjejaskan pramusimnya dan bermakna dia tidak dapat kembali beraksi sehingga kempen bermula.

Pada ketika itu De Gea menikmati kembali ke prestasi terbaiknya. Pemain penjaga gol Sepanyol itu mengekalkan tahap prestasinya yang tinggi sepanjang musim yang bermakna Henderson cuma mampu muncul dalam tiga penampilan sahaja.

Di England namanya sudah dipintas penjaga gol Arsenal iaitu Aaron Ramsdale untuk perebutan slot no.1 dengan Pickford.

Dibawah pengurus Interim, Ralf Rangnick, Dean Henderson gagal mendapatkan tempat walaupun falsafah bola sepak Rangnick memerlukan ball playing keeper seperti Henderson.

BACA:  Man Utd Optimis Onana Akan Ke Old Trafford Ganti De Gea