Ketika Ronaldo Terkial-Kial Mencari Kelab, Anaknya Sudah Temui Kelab Baharu

Ketika Cristiano Ronaldo masih lagi terkial-kial mencari kelab yang kena dengan kehendaknya, anaknya, Cristiano Ronaldo Jr dilaporkan telah menemui kelab baharu.

Cristiano Ronaldo Jr telah menyertai Manchester United bersama bapanya pada tahun 2021 selepas mengasah bakat di akademi bola sepak Juventus dan Real Madrid sebelum itu.

Setakat ini, pasangan bapa dan anak itu sentiasa berada di kelab yang sama pada masa yang sama, tetapi ia kelihatan akan berubah kerana CR Jr kini telah menemui kelab baharu dan berpindah ke Real Madrid.

Pemain berusia 12 tahun itu akan kembali semula ke Real Madrid, setelah menjaringkan lebih daripada 50 gol dalam 20 perlawanan untuk pelbagai peringkat umur bersama Real sebelum berlepas ke England.

Berita tentang kepulangan Cristiano Ronaldo Jr kembali ke Sepanyol didedahkan oleh seorang wartawan bernama Edu Cornago pada Selasa (27 Disember).

Perpindahan ini berlaku selepas Ronaldo kembali berlatih dengan Los Blancos sebagai tempat persinggahan, dengan beberapa khabar angin mengaitkan pemain berusia 37 tahun itu dengan kepulangan sensasi kepada juara Eropah 14 kali itu.

Beberapa bulan yang penuh kekecohan untuk Ronaldo dan terburuk dalam kariernya, setelah disingkirkan daripada Piala Dunia FIFA pada peringkat Suku Akhir bersama Portugal, yang berlaku selepas dia ditendang dari Manchester United.

Selepas mencari kelab di perpindahan Januari ini, pendahulu untuk menandatangani Ronaldo nampaknya masih kekal kelab Arab Saudi Al Nassr yang dilaporkan telah menawarkan superstar itu kontrak £173 juta setahun.

Al Nassr satu-satunya kelab di dalam dunia untuk setakat ini telah memberi tawaran kepada Ronaldo secara terbuka dengan tawaran super mewah tanpa aksi bola sepak yang di mahukan oleh Ronaldo

Sama ada Real mempunyai minat yang tulen untuk menandatangani semula bekas pemain keramat mereka masih perlu dilihat, kerana buat masa ini dia hanya berlatih dengan kelab untuk mengekalkan kecergasan dan ketajamannya.

Musim ini merupakan masa terpaling sukar buat Cristiano Ronaldo dan perkara ini juga telah diakui oleh Ronaldo sendiri, kisah-kisah luar telah menjejaskan prestasinya yang sukar untuk dikembalikan pada usianya itu.

Hanya tiga gol dalam 16 perlawanan untuk Manchester United cukup mengecewakan, tetapi pada Piala Dunia di Qatar bulan ini, penyerang Portugal itu secara mengejut digugurkan daripada kesebelasan utama untuk perlawanan Pusingan 16 negaranya dengan Switzerland.

Bagi Cristiano Ronaldo Jr, Madrid boleh menjadi rumah yang kekal, selepas beberapa tahun berpindah ke beberapa akademi untuk bersama-sama bapanya kini mereka telah membawa haluan masing-masing. Satu mencari permulaan satu menuju penamat.

Bercakap mengenai keinginan anaknya untuk mengikut jejaknya dan mahu dia menunggu beberapa tahun lagi untuk bermain bersama, Ronaldo berkata awal tahun ini:

“Anak saya memberitahu saya, ‘Ayah tunggu beberapa tahun lagi – saya mahu bermain dengan kamu.'”

“Hanya masa yang akan menentukan. Saya tidak akan sekali-kali menekannya [untuk bermain bola sepak]. Dia akan melakukan apa yang dia mahu.

Terdapat laporan juga melaporkan CR Jr tidak akan bersama akademi Real Madrid dan hanya ke Valdebebas untuk menemani bapanya berlatih sahaja.

Sebagai bapa, Ronaldo memberi kebebasan kepada anaknya memilih laluan sendiri dan tidak pernah memaksa mereka untuk menjadi pemain bola sepak.

“Juga apa yang paling saya mahukan untuk Cristianito dan orang lain ialah mereka gembira dan mereka memilih apa yang mereka mahu.”

“Saya akan menyokong dalam apa cara sekalipun.”

Selepas bersama-sama di Real Madrid, Juventus dan Manchester United, Cristiano Ronaldo dan Cristiano Ronaldo Jr tidak lagi berada dalam satu bumbung kelab yang sama.

BACA:  Penganjur Ballon d'Or Dituduh Kurang Ajar Kerana Mengaibkan Ronaldo