Komen Mbappe Kepada Pogba Beri Bukti Nyata Beliau Mahu Meninggalkan PSG

Kylian Mbappe telah memberi bayangan jelas yang beliau sudah pasti akan meninggalkan Paris Saint Germain pada penghujung musim ini, dengan beliau dilihat mengadu kepada Pogba tentang perasaannya di Parc des Princes.

Bintang muda terhebat dunia itu dilihat meluahkan rasa tak gembira beliau bersama Paris Saint Germain kepada Paul Pogba, ketika kedua-dua mereka sedang menjalani tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Perancis.

Masa depan Kylian Mbappe menjadi topik perbualan hangat para peminat sejak kebelakangan ini, dengan beliau semakin kuat dikaitkan bakal ke Santiago Bernabeu.

Musim lalu Real Madrid sudah berusaha untuk menandatangani Kylian Mbappe, namun usaha mereka itu berakhir dengan kegagalan.

Madrid dilaporkan telah menawarkan £189 juta kepada Real Madrid untuk mendapatkan Kylian Mbappe, namun tawaran mereka itu ditolak mentah-mentah oleh gergasi Ligue 1 itu.

Kontrak beliau bersama kelab akan tamat pada penghujung musim ini, dengan PSG masih gagal untuk memujuk Mbappe agar menandatangani kontrak baru.

Oleh yang demikian, Kylian Mbappe sudah dibenarkan untuk menandatangani pra kontrak bersama kelab asing sejak Januari lalu lagi.

Dalam usaha PSG untuk memujuk Kylian Mbappe, mereka telah menawarkan kontrak yang sungguh luar biasa menakjubkan kepada pemain penyerang itu.

Seandainya Mbappe menerima tawaran tersebut, beliau sudah tentu akan menjadi pemain bola sepak yang menerima gaji paling tinggi dalam sejarah dunia bola sepak.

Mbappe sendiri sementara itu masih belum mengesahkan soal masa depannya dengan beliau kini tampil memberi gambaran yang beliau tidak akan kekal di Parc des Princes.

Ketika sedang bersama Pogba, Mbappe telah memberi kenyataan yang sudah cukup untuk menjelaskan yang beliau akan pergi meninggalkan kelab.

Pemain midfield Manchester United itu telah bertanya kepada rakan senegaranya itu tentang bagaimana perasaannya di Paris.

Mbappe kemudiannya menjawab:

“Saya benar-benar bosan.”

Komen beliau itu sudah cukup untuk membuktikan yang Mbappe sudah benar-benar tidak ada hati untuk kekal dan beliau mahu segera meninggalkan kelab.

Seminggu lalu, Paris Saint Germain telah diaibkan oleh Real Madrid dengan mereka disingkirkan dari saingan Champions League, walau sudah dua kali mendahului skuad kendalian Carlo Ancelotti itu.

Gergasi Ligue 1 itu berjaya memenangi aksi leg pertama di pusingan 16 terbaik di Parc des Princes hasil jaringan dari Kylian Mbappe pada minit akhir dalam perlawanan tersebut.

Ketika aksi leg kedua, Kylian Mbappe sekali lagi mendahului perlawanan pada aksi babak pertama, seterusnya menjadikan aggregate mereka mendahului Real Madrid 2-0.

Walau bagaimanapun, Los Blancos berjaya melakukan comeback dengan menjaringkan tiga gol dalam perlawanan tersebut, seterusnya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dengan aggregate 3-2.

Karim Benzema berjaya mencatatkan hat-trick dalam perlawanan tersebut, dengan tiga gol jaringan beliau berjaya membuat jutaan penyokong PSG menangis.

Lionel Messi dan Neymar turut teruk kena boo dengan penyokong sendiri ketika aksi bertemu Bordeaux beberapa hari selepas itu.

Lebih memburukkan keadaan lagi, PSG baru-baru ini tewas 3-0 di tangan AS Monaco dalam saingan Ligue 1 dengan ia merupakan kekalahan keempat mereka dari enam perlawanan terakhir.

Tidak seperti pemain bintang lain di PSG, hanya Kylian Mbappe seorang sahaja yang tidak di maki oleh penyokong selepas beliau berjaya menjaringkan 26 gol untuk kelab dalam semua pertandingan musim ini.

Kylian Mbappe sebelum ini pernah mendedahkan yang beliau mahu kekal bersama kelab kerana mahu memecahkan rekod jaringan yang dicipta oleh Edinson Cavani.

Cavani berjaya menjaringkan 200 gol untuk gergasi Perancis itu, sementara Kylian Mbappe pula berada di kedudukan kedua selepas menjaringkan 158 gol.

Walau bagaimanapun juga, melihat kepada jawapan terbaru beliau kepada Paul Pogba, sepertinya Kylian Mbappe tidak akan terus kekal bersama kelab selepas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Legenda Liverpool Bertaruh Mandi Bogel 'Live' Kalau Mbappe Ke Anfield