Kerana membuat perangai, Kylian Mbappe kini dilaporkan telah kehilangan sokongan di bilik persalinan dan rakan sepasukannya yang menjadi penyokong kuatnya kini hanya tinggal 4 orang sahaja.
Majoriti rakan pemain PSG kini terasa hati dan marah dengan sikap ego pemain muda berusia 23 tahun itu kerana meletakkan dan merasakan dirinya lebih besar berbanding kelab.
Kebanyakkan pemain bola sepak profesional bermain demi lencana kelab di dada dan walaupun ada yang bermain kerana wang tetapi tetap mengutamakan mengutamakan kelab demi kejayaan. Dengan kejayaan boleh mendatangkan kekayaan.
Saga keegoan yang semakin meninggi dalam diri Kylian Mbappe bermula selepas menandatangani kontrak baharu bersama kelab gergasi Ligue 1 itu pada musim panas lalu walaupun sudah sebelah kaki untuk menyertai Real Madrid.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian baharu, Mbappe dipercayai menerima kuasa yang lebih besar daripada pemain lain, termasuk suara dalam membuat keputusan kelab.
Pemberian kuasa melebihi seorang pemain ini menjadikan Mbappe mempunyai kuasa seperti seorang pemilik sehinggakan tidak lagi menghormati pengurus.
Mbappe dikatakan mampu membuat keputusan untuk memecat dan melantik individu yang dimahukannya, selepas Mbappe mengikat kontrak baharu secara kebetulannya pengurus sukan ketika itu, Leonardo dipecat.
Sehari sebelum pemecatan Leanordo, ESPN melaporkan dengan U Turn dilakukan Mbappe dari menyertai Real Madrid, PSG sedia memecat Leonarda dan melantik Luis Campos.
With @KMbappe now likely to stay on at @PSG_English, it looks like sporting director Leonardo could be on his way out given the uneasy relationship between the two.https://t.co/sCFLAWWbcy
— ESPN Asia (@ESPNAsia) May 22, 2022
Umum sedia maklum bahawa Mbappe tidak suka dengan Leonardo. Dan kedua-dua mereka dikatakan seringkali tak sehaluan.
Dan itulah yang terjadi, malah Mbappe juga dilaporkan membuat gerakan untuk membuang Neymar dari PSG namun tiada kelab mampu untuk membiayai gaji Neymar dan pemain Brazil itu terus kekal.
Kemudian di awal musim, Kylian Mbappe terlibat pula dalam insiden perebutan penalti bersama Neymar dan mencetuskan suasana tidak harmoni namun situasi itu telah ditangani dengan baik.
Neymar dan Lionel Messi menjadi nadi penting PSG sejak awal musim dan sedikit menenggelamkan Mbappe dan kemuncaknya ketika menentang Reims.
Mbappe telah mengkritik taktikal Christope Galtier di Instagram namun telah memadamnya dan selepas sekadar seri menentang Reims, Galtier mengibaratkan Mbappe seperti ‘anak yatim’ tanpa Neymar dan Messi.
PSG menawarkan kepada Kylian Mbappe untuk menjadi Ketua projek sukan mereka yang mana bintang Perancis itu akan memiliki kuasa besar yang digelar ‘kuasa pemilik’ dalam kelab.
Gergasi Perancis itu sepertinya sanggup melakukan apa sahaja dalam usaha mereka mahu memastikan Kylian Mbappe tidak meninggalkan kelab.
Mbappe Mahu Tinggalkan PSG Januari Ini Kerana Kecewa Pengurus Tak Dengar Cakap Dia
Namun itu semua tidak terjadi, apabila Christope Galtier sudah pasti meletakkan kepentingan pasukan melebihi Mbappe berbanding Mbappe meletakkan kepentingan sendiri melebihi pasukan.
Le Parisien mendakwa awal minggu ini bahawa Mbappe berasa ‘dikhianati’ oleh hierarki PSG dan mahu pergi seawal jendela perpindahan Januari kerana kehendaknya tidak dituruti.
Mbappe Hanya Tinggal 4 Orang Penyokong
Ketidakharmonian yang telah dicetuskan oleh Kylian Mbappe ini telah memberi kesan kepada prestasi pasukan dan ini membuatkan pemain lain mula berasa kecewa dan kekecewaan itu terus meningkat.
Pemenang Piala Dunia itu menjadi ‘tokoh terpencil’ di bilik persalinan, manakala moodnya dan emosinya berubah-ubah sepanjang hari.
Neymar adalah tokoh yang berpengaruh di bilik persalinan PSG kerana mendapat sokongan penuh dari pemain Amerika Selatan yang mula menentang Mbappe.
Ketua pasukan, Marquinhos antara penyokong Neymar bersama pemain bukan Amerika Selatan tetapi menuturkan bahasa Sepanyol.
Amid the recent news surrounding Kylian Mbappe and his future, the Frenchman has reportedly lost friends in the Paris Saint-Germain dressing room after his fallout with Neymar and frustration with Lionel Messi. #SLInt
Read more: https://t.co/qwORJKyqPs pic.twitter.com/UGl0RkztrG
— Soccer Laduma (@Soccer_Laduma) October 13, 2022
Ini bermakna satu-satunya sokongan Mbappe yang wujud ialah dari rakan sepasukan di skuad Perancis Presnel Kimpembe, Nordi Mukiele dan Hugo Ekitike serta Achraf Hakimi dari Morocco.
Ini bermakna satu-satunya pengundi luar yang menyokong dan akan memberi undi kepada Mbappe adal Achraf Hakimi.
Satu sumber telah menjelaskan situasi itu:
“Suatu hari, dia tiba di Camp des Loges, semua tersenyum, bergurau dan menyapa semua orang, dan keesokan harinya, dia tiba tanpa sepatah kata, tidak memandang sesiapa pun. Dan ia telah berlaku sejak awal musim.”
🔔 | Kylian Mbappe only has four supporters in PSG dressing room after causing 'huge divide' https://t.co/5FRNNpIuR0
— SPORTbible News (@SportBibleNews) October 13, 2022
Penerbitan Sepanyol, Marca menyatakan PSG akan menolak untuk membenarkan perpindahan ke Real Madrid, yang telah memberi isyarat kepada banyak pasukan terkemuka di seluruh Eropah.
Antara yang berminat ialah duo Liga Perdana, Chelsea dan Liverpool. Chelsea dikatakan turut berminat selepas gagal mendapatkan Ronaldo. Liverpool telah lama meminati Mbappe.
Mereka pernah bercakap dengan Mbappe ketika dia di Monaco pada 2017, sebelum Mbappe akhirnya memutuskan untuk menyertai PSG.
Kylian Mbappé losing allies in the PSG dressing room – the situation. (L'Éq)https://t.co/iB9uQwLQKV
— Get French Football News (@GFFN) October 13, 2022
Mbappe memberitahu Daily Telegraph pada Mei:
“Kami bercakap sedikit, tetapi tidak terlalu banyak. Kami bercakap sedikit.
“Saya bercakap dengan Liverpool kerana ia adalah kelab kegemaran ibu saya, ibu saya suka Liverpool. Saya tidak tahu mengapa, anda perlu bertanya kepadanya!
“Ia kelab yang bagus dan kami bertemu mereka lima tahun lalu. Ketika saya di Monaco, saya bertemu mereka. Ia adalah kelab besar.”
Dengan gaji besar yang diterima kini bersama PSG adalah mustahil untuk kelab lain membayar gajinya yang pasti membabitkan yuran perpindahan yang pecah kepala.