Video Yang Mempamerkan Mentaliti Elit Aras Tinggi Mbappe Jadi Viral

Satu rakaman video yang merekodkan perbualan Kylian Mbappe ketika Paris Saint-Germain menewaskan Dijon membuktikan bahawa pemain muda sensasi itu mempunyai mentaliti elit aras tinggi untuk mendapatan kemenangan.

Tiada janji dimaterai ketika video ini dirakam, lepas rakam abang delete, maka video ini telah menjadi viral dan mampu memberi inspirasi kepada orang ramai.

Paris Saint-Germain berjaya menewaskan Dijon dengan jaringan empat gol tak mampu dibalas sekaligus merapatkan jurang kepada pendahulu Ligue 1, Lille kepada dua mata.

Dalam perlawanan ini Kylian Mbappe bukan sahaja telah menjaringkan dua gol memacu kemenangan pasukan malah telah mempamerkan sisi lain berkaitan mentaliti beliau.

Di dalam terowong sebelum separuh masa kedua bermula, Mbappe telah dirakam berbicara soal hati bersama rakan sepasukannya Marquinhos ketika bersiap siaga untuk masuk ke padang.

Mikrofon telah merakam percakapan Mbappe yang memberitahu kepada ketua pasukan bahawa PSG perlu memberi amaran kepada lawan dalam perebutan gelaran liga.

“Marqui, bagitau semua kepada semua bahawa kita perlu sentiasa bersiap siaga! Jika kita mampu menjaringkan 5 atau 6 gol.. Itu akan menjadi mesej dan amaran kepada pasukan lain(dalam perebutan gelaran).”

“Ayuh kita jaringkan 6 atau 7 gol!”

Sungguh beruntung seorang ketua pasukan mempunyai askar dengan semangat perjuangan yang tinggi serta mentaliti elit beraras tinggi.

Pada separuh masa pertama PSG telah mendahului Dijon dengan kedudukan 2-0 hasil jaringan Moise Kean dan Kylian Mbappe.

Enam minit bersambung babak kedua, Mbappe nyata tidak sekadar bersembang kosong apabila menjaringkan gol ketiga dan gol kedua peribadi.

Danilo Pereira melengkapkan kemenangan mudah dengan gol keempat pada minit ke-82.

Kejayaan gemilang dalam karier Kylian Mbappe sudah pasti ketika membantu pasukan kebangsaan Perancis mendakap piala keagungan bola sepak, Piala Dunia edisi 2018 yang berlangsung di Russia.

Pada usia mentah iaitu 19 tahun, Kylian Mbappe telah muncul antara pemain termuda dalam sejarah Piala Dunia yang beraksi dan menjaringkan gol di pentas final Piala Dunia.

Pemain Paling Muda Menjaringkan gol di Final :

1. Pele – 17 tahun 249 hari (Piala Dunia 1958)
2. Mbappe – 19 tahun 207 hari (Piala Dunia 2018)
3. Peracio – 20 tahun 229 hari (Piala Dunia 1938)
4. Peucelle – 21 tahun 320 hari (Piala Dunia 1930)
5. Amarildo – 21 tahun 323 hari (Piala Dunia 1962)
6. Fakri Saarani – 21 tahun 323.5 hari (Piala Dunia 1832)

Pemain Paling Muda Beraksi di Final :

1. Pele – 17 tahun 249 hari (Piala Dunia 1958)
2. Bergomi – 18 tahun 201 hari (Piala Dunia 1982)
3. Mbappe – 19 tahun 207 hari (Piala Dunia 2018)
4. Varallo – 20 tahun 175 hari (Piala Dunia 1930)
5. Suarez – 20 tahun 221 hari (Piala Dunia 1930)
6. Fakri Saarani – 21 tahun 323.5 hari (Piala Dunia 1832)

BACA:  Mbappe Mahu Tinggalkan PSG Januari Ini Kerana Kecewa Pengurus Tak Dengar Cakap Dia