Laman Web Manchester United Tergendala Selepas Pengumuman Kepulangan Ronaldo

Impian para penyokong Manchester United akhirnya menjadi kenyataan selepas pemain emas mereka, Cristiano Ronaldo, telah sah kembali ke kelab tersebut menerusi satu pengumuman di laman web rasmi kelab tersebut.

Ronaldo secara rasminya telah menandatangani kontrak selama tiga tahun, sehingga 2024 dan jika tiada aral melintang, usianya pada tahun tersebut bakal mencecah 39 tahun selepas United berjaya memintas City dalam merebut khidmat pemain ini.

Kelab tersebut dikhabarkan telah membayar Juventus sebanyak ยฃ12.8 juta dengan ยฃ6.8 juta sebagai tambahan.

Kepulangan Ronaldo ke Old Trafford ini boleh diibaratkan bagaikan kepulangan seorang anak ke pangkuan keluarga selepas 12 tahun merantau ke tempat orang.

Menariknya, sebaik sahaja pengumuman kembalinya Ronaldo ke kelab ini, laman web kelab tersebut telah tergendala selama lebih satu jam! Ini tidak pelik kerana kelab tersebut mempunyai ratusan juta peminat di seluruh dunia dan sebaik sahaja pengumuman tersebut dilakukan di laman sosial rasmi kelab, para penyokong telah berpusu-pusu menyerbu laman web kelab untuk pengesahan.

Pengumuman di laman sosial dilakukan pada pukul 12 tengah malam waktu Malaysia, dan sebagai peminat baru Manchester United, admin The Sukan telah cuba membuka lawan web kelab tersebut, tetapi gagal.

Berita tentang kepulangan Ronaldo telah hanya mula tersebar di internet hanya beberapa jam sebelum perpindahan sebenar berlaku kerana sebelumnya, pemain ini dikatakan sangat hampir untuk menyarung jersi seteru jiran pasukan Syaithon Merah tersebut.

Dalam satu sidang media bersama wartawan di Turin, pengurus Juventus Max Allegri telah mengesahkan bahawa pemain tersebut tidak akan kekal bersama kelab gergasi Serie A itu pada musim ini dan tidak akan diturunkan untuk perlawanan menentang Empoli pada hari Sabtu ini.

Pada hari yang sama, pengurus United Ole Gunnar Solskjaer memberitahu para wartawan dalam sidang medianya bahawa jika Ronaldo berhasrat untuk keluar dari kelab Serie A itu, โ€˜dia tahu kami ada di siniโ€™.

Spekulasi perpindahan Ronaldo ini bermula sejak tamat saingan Serie A musim lalu lagi di mana pemain itu dilihat telah mengeluarkan kesemua koleksi kereta mewahnya dari Turin.

Dalam video tersebut, sekumpulan lelaki terdiri daripada tiga orang telah dilih sibuk memindahkan kereta mewah Ronaldo ke dalam lori kontena untuk pada jam tiga pagi waktu Itali.

Kereta mewah telah dimuatkan ke dalam lori syarikat pengangkutan Rodo Cargo yang terkenal sebagai syarikat perpidahan barang terkenal di Portugal dan berpengkalan di Lisbon โ€“ Bandar di mana Ronaldo memulakan kariernya.

Secara totalnya, Ronaldo telah menjaringan 101 gol buat kelab Turin tersebut dalam 134 perlawanan dalam tempoh tiga tahun.

Sebaik sahaja dia disahkan menyertai Juventus suatu ketika dahulu, jersi yang mempunyai nama pemain ini telah dijual sebanyak 500,000 helai dalam tempoh 24 jam!

Dengan pasukan United mempunyai penyokong yang lebih ramai daripada Juventus, jumlah 500,000 itu mungkin akan diatasi dengan mudah sebaik sahaja pengumuman rasmi nombor yang akan dipakai oleh kapten Portugal ini.

Lagi pula,ย Ronaldo Effect sudah dapat dilihat sebagai sahaja pengumuman semalam dibuat.

Ciapan di laman rasmi kelab tentang kepulangan Ronaldo telah disukai sebanyak 7 juta kali โ€“ paling tinggi dalam rekod Twitter kelab tersebut. Bukan itu sahaja, pengumuman yang sama di akaun rasmi Instagram kelab pula telah menerima sebanyak 11 juta likes โ€“ juga paling tinggi dalam rekod laman sosial kelab tersebut.

Malahan, jumlah pengikut baru di Instagram United telah meningkat daripada 42.5 juta kepada 45 juta dalam masa 12 jam. Itu belum kira lagi nilai saham kelab naik 8 peratus dalam tempoh tidak sampai satu jam.

Dari segi komersial, United telah berjaya mendapat hasil segera di sebalik kepulangan ini.

Dari segi aksi atas padang, kita tunggu tengok macam mana Ole merencana kelab ni pula.

BACA:ย  Netizen Tergamam Ronaldo Meraikan Gol Dengan Sujud Syukur