Laporte Tak Dengki Dengan Liverpool Dan Perlekeh Kemandulan Manchester United

Pertahanan kelab paling hebat di Manchester pada ketika ini, Aymeric Laporte menyatakan bahawa mereka tak perlu dengki dengan gaya permainan Liverpool dan pada masa yang sama menyatakan bahawa Manchester City kelab terbaik di Manchester ketika ini berbanding Manchester United yang terus mandul kejuaraan.

Selain itu Laporte menegaskan bahawa mereka tak perlu gentar dengan Liverpool walaupun jurang mata dikecilkan daripada 14 mata menjadi 1 mata menjelang rehat antarabangsa minggu lalu.

Laporte berkata: “City tak seharusnya gentar dengan sesiapa sahaja. Perasaan ini wujud beberapa tahun lalu. Di mana Liverpool ada 1 mata sahaja di belakang kami. Dan akhirnya kami menang liga.”

“Kami berada dalam pertarungan seperti ini sekali lagi. Ini bagus untuk penyokong dan juga peminat atas pagar.”

Ditanya, apakah perkara di Liverpool yang dia mahu angkat masuk ke City? Laporte menegaskan: “Tiada! Yilekk!”

“Bola sepak yang kami mainkan ini tiada di tempat lain di pelusuk dunia ini.”

“Kami adalah contoh bagaimana memainkan bola sepak dengan cantik, menjadi dominan di semua bahagian. Rasanya mereka [Liverpool] yang sebenarnya mahukan sebahagian daripada permainan kami ini ada dalam pasukan mereka.”

“Bagi kami, mungkin kami akan mahukan perkara seperti ini dari mereka, iaitu memanfaatkan peluang daripada kesilapan lawan dengan lebih kerap, sebab kami seringkali gagal mengambil kesempatan lebih banyak daripadanya. Tapi kami tak perlu cemburu pun dengan gaya permainan mereka.”

Seterusnya Laporte menyatakan dia faham kenapa ramai orang tak sukakan City. Ini kerana Manchester City terlalu bagus. Misalnya dalam 4 tahun terakhir, Manchester City memenangi 10 trofi sedangkan jiran mereka Manchester United pula 0 trofi dalam tempoh yang sama. Atau lebih tepat lagi 5 tahun tanpa sebarang piala.

Ditanya, adakah dia merasakan ada sesetengah pihak menantikan kejatuhan City? Laporte menjawab: “Kamu pun perasan kan? Mungkin sebab mereka dan letih dengan kami namun mereka tak rasa ianya perkara normal melihat kami sentiasa menang.”

“Jika saya tak silap, kami memenangi 11 piala dalam 4 tahun [sebenarnya 10 piala dalam 4 musim termasuk 2 perisai komuniti. Bersamaan dengan 8 piala major dalam 4 musim].”

“Benda benda macam ni yang membuatkan orang lain menyampah, macam jiran kami [Manchester United] yang tak menang apa apa dalam masa yang sama. Mereka ada ramai penyokong, berada di bandar yang sama.”

“Mesti sukar untuk mereka untuk faham [perasaan memenangi trofi setiap musim]. Namun hanya ada satu pemenang. Kalau dikirakan, mereka pun berbelanja banyak juga.”

Manchester United terus bergelut untuk memenangi trofi. Walaupun sebelum ini Bruno Fernandes sudah menempah kejuaraan UCL dan Piala FA dengan yakinnya.

Namun United tersingkir daripada kejohanan tersebut dan sudah tentunya tidak ada sekelumit harapan untuk menjadi juara EPL.

United malah tergelincir keluar daripada top 4. Memiliki skuad termahal di dunia bukan jaminan kejayaan buat Man United. Di mana mereka mencatatkan rekod perit, kemandulan piala selama 5 musim berturut turut.

Laporte kini fokus kepada usaha membantu Manchester City menamatkan musim ini dengan treble. Pada bulan ini City akan berdepan dengan Liverpool yang boleh menjadi penentu kepada kejuaraan liga.

Adakah Manchester City akan berjaya mengulangi pencapaian jiran mereka Manchester United menjadi kelab yang memenangi treble musim ini?

Selain daripada aksi liga menentang Liverpool, Man City akan bertemu Liverpool sekali lagi dalam aksi separuh akhir Piala FA.

Manchester City berada di tempat teratas Liga Perdana Inggeris ketika ini dan masih bersaing dalam Liga Juara Juara Eropah.

BACA:  Carabao Cup: Manchester City 3-2 Liverpool