Perlawanan Liga Super saban tahun, minggu dan hari yang ditunggu-tunggu sudah pasti melibatkan pasukan JDT, itulah lumrah menjadi pasukan yang hebat.
Lawan yang menentang JDT pasti akan bermain 200 peratus dari prestasi asal untuk memberi tentangan sesengit yang boleh.
Keputusan seri dan berjaya mencuri mata dari pasukan yang hebat seperti JDT sudah mampu membanggakan dan membuatkan pasukan lawan mendabik dada.
Kemampuan pasukan liga super yang lain mencuri mata sudah pasti akan memberi kemeriahan dan kehangat lantaran dominasi JDT sejak 7 tahun yang lalu.
Sejak beberapa musim yang apabila liga memasuki pertengahan musim, JDT hanya perlu menghitung minggu sahaja untuk dinobatkan sebagai juara yang sah.
Perak FC yang agak bergelut musim ini selepas perginya Mehmet Durokovic mula menunukkan taring sebenar mereka ketika berdepan JDT.
Perak FC terlebih dahulu mendahului JDT FC pada separuh masa pertama dengan gol pembukaan pada minit ke-33.
Kejutan berterusan apabila Perak FC berjaya menggandakan kedudukan 2-0 hasil jaringan Guilherme De Paula sekali lagi pada minit ke-58.
Ketika ramai mula bersuka ria, Akhyar Rashid masuk pada minit ke-69 menggantikan Mohamadou Sumareh.
Pada minit ke-74, hanya 5 minit Akhyar Rashid merapatkan jurang kepada 2-1.
JDT menyamakan kedudukan melalui Leandro Velazquez hasil sepakan penalti pada minit ke-90+3 untuk mengikat kedudukan.
Ternyata kebangkitan JDT bangkit mengikat dengan jaringan minit akhir mengecewakan ramai dan mengoyakkan jiwa-jiwa para haters.
Kekalahan Terengganu FC kepada Sabah masih mengekalkan lagi JDT sebagai pendahulu Liga Super dengan 11 mata.