Liga Super 2022: Sarawak United 0-4 JDT

Tanpa jurulatih mereka, Benjamin Mora yang secara rasmi telah mengundurkan diri dari Johor Darul Ta’zim atas alasan peribadi, JDT meneruskan saingan Liga Super mereka menentang Sarawak United.

Tiada masa untuk JDT berkabung dan bermurung berita yang mendukacitakan ini apabila dengan mudah membenam Sarawak United untuk terus mengutip 3 mata penuh di Stadium Negeri Sarawak.

JDT memulakan permainan dengan penuh garang seperti biasa dengan melancarkan serangan bertali arus namun segala tekanan berjaya diserap pemain Sarawak.

Hazwan Bakri yang lama menghilang dari aksi kompetitif dan membuat kemunculan dalam beberapa perlawanan lalu telah membuka tirai jaringan pada minit ke-13.

Gol berpunca dari lontaran ke dalam pantas dari Corbin Ong kepada Hazwan Bakri yang terus disusuli dengan satu penyudah yang tenang.

Ayam tambatan JDT,Bérgson Gustavo Silveira da Silva terus mempamerkan ketajaman apabila menggandakan kedudukan pada tujuh minit selepas gol pertama.

Sepakan penjuru Leandro ditanduk tipis oleh Adam Norazlin dan bola sampai kepada Bérgson Gustavo Silveira da Silva ditiang tanpa dikawal dengan satu tolakan mudah.

Gol yang ke-14 daripada Bérgson Gustavo Silveira da Silva musim ini.

Tiada tambahan gol sehingga tamat separuh masa pertama dengan JDT yang menguasai 70 peratus perlawanan melakukan 6 percubaan dengan 5 percubaan tepat berbanding Sarawak yang melakukan hanya satu percubaan.

Pada minit ke-52 perlawanan terpaksa dihentikan selepas Stuart Wark mengalami kecederaan apabila berlaga dengan Bérgson Gustavo Silveira da Silva.

Perlawanan diteruskan selepas Stuart Wark menerima rawatan dan meneruskan permainan dengan kepala berbalut.

Kecederaan demi kecederaan terjadi menyaksikan beberapa kali perlawanan dihentikan dan merencatkan kesedapan permainan JDT yang mahu mencari gol tambahan.

Berbaki 10 minit permainan, Syahmi Safari menjaringkan gol ketiga dengan mendada kemas hantaran jauh cantik Fernando Forestieri sebelum melakukan percubaaan.

Sebelum tamat perlawanan, JDT mendapat sepakan penalti dan tiada masalah untuk Fernando Forestieri untuk terus menjarakkan kedudukan dengan satu lagi kemenangan penuh bergaya.

Kemenangan ini terus mengukuhkan kedudukan JDT ditangga teratas Liga Super untuk kemenangan ke-10 dengan 32 mata selepas 12 perlawanan.

JDT terus Unggul Tanpa Benjamin Mora

Kurang 24 jam desas-desus menyatakan bahawa Benjamin Mora bakal meninggalkan gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) maka secara rasminya kini Mora sah meninggalkan JDT.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui saluran media rasminya telah mengumumkan berita ini telah berterima kasih atas jasa bakti pengendali dari Mexico itu.

Pemergian Benjamin Mora dari JDT adalah atas urusan peribadi dan kelab handalan dari selatan itu sentiasa membuka pintu untuk Mora kembali pada masa akan datang.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan terima kasih kepada Benjamin Mora atas khidmat baktinya.

Benjamin telah meminta untuk membenarkan beliau pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan dan JDT telah menghormati permintaan tersebut dan akan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk beliau kembali pada masa akan datang.

Benjamin merupakan jurulatih JDT yang paling berjaya dengan empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.

Benjamin telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugasan sebagai jurulatih JDT sejak 2017, dan memenangi 102 perlawanan.

Terima kasih, Benjamin. Anda akan selamanya menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT. Jumpa lagi.”

—-

“Johor Darul Ta’zim FC (JDT) would like to thank Benjamin Mora for his services.

Benjamin had requested JDT to allow him to return to Mexico due to unavoidable personal matters, and JDT respects the request and will always leave the door open for a return in the future.

Benjamin has been the most successful JDT coach with four Malaysia Super League titles, four Charity Cups, one Malaysia Cup and leading JDT to the AFC Champions League knockout rounds this year.

Benjamin has taken charge of 148 games over two stints as JDT coach since 2017, winning 102 games.

Thank you, Benjamin. You’ll forever be part of the JDT Family. See you again.”

Untuk rekod, Benjamin Mora telah mengendalikan JDT sejak tahun 2017 untuk 148 perlawanan dengan mencatatkan 102 kemenangan.

Benjamin Mora juga te;ah membawa empat kejuaraan Liga Super, satu Piala Malaysia dan empat Piala Sumbangsih dan kejayaan terbesar adala membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga juara-juara AFC.

Pengumuman oleh JDT itu sebenarnya bukan perkara yang mengejutkan. Malah khabar angin sejak kebelakangan ini mengatakan Mora sudah meninggalkan kelab itu selepas beliau tidak bersama pasukan dalam dua perlawanan Liga Super dan Piala FA sebelum ini.

Mora mulai tidak bersama pemain ketika perlawanan ketika JDT berhadapan Penang FC di saingan Liga Super dan kemudiannya Melaka United dalam perlawanan suku akhir Piala FA pada Sabtu lalu.

Perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam bahawa salah sebuah kelab Liga Super sedang mempertimbangkan untuk menamatkan kontrak seorang jurulatih turut menimbulkan spekulasi Mora sebenarnya bakal meninggalkan JDT.

Mora dianggap sebagai jurulatih paling cemerlang di saingan Liga Super pada musim ini dengan rekod dan ratio kemenangan tertinggi berbanding rakan sejawatnya yang lain.

Sejak dilantik menjadi pengendali gergasi bola sepak selatan tanah air itu, Mora telah berjaya meraih tiga kejuaraan Liga Super Malaysia pada 2019, 2020 dan 2021, satu kejuaraan Piala Malaysia pada 2019, dan dua trofi Piala Sumbangsih pada 2020 dan 2021.

Sudah pasti peminat menantikan siapa pengganti Mora yang semestinya akan membawa JDT pergi lebih jauh dan lebih menggerunkan selepas ini.

BACA:  JDT Juara Piala FA 2022