Lucas Digne Dan Matty Cash Dizalimi Oleh Penyokong Everton Di Goodison Park

Bintang Aston Villa, Lucas Digne kena lempar dengan botol oleh para penyokong Everton ketika beliau kembali ke Goodison Park untuk bertemu bekas kelabnya malam semalam.

Digne menyertai Aston Villa dengan yuran perpindahan bernilai £25 juta selepas khidmat beliau tidak lagi diperlukan oleh bekas pengurus Everton, Rafael Benitez.

Ketika beliau kembali ke Goodison Park sebagai pemain pasukan lawan, para penyokong seolah-olah melepas geram dengan melempar botol ke arahnya ketika beliau sedang meraikan gol jaringan Emi Buendia.

Matty Cash turut sama terkena botol yang dilempar oleh para penyokong Everton itu dengan kedua-dua mereka dilihat terbaring sambil memegang kepala masing-masing seolah menahan kesakitan.

Video: Digne dan Cash rebah akibat terkena botol yang dilempar oleh para peminat di Goodison Park.

Kebanyakan peminat di media sosial meragui Cash dan Digne dengan mereka menganggap botol itu sebenarnya langsung tidak mengenai kepala mereka.

Walau bagaimanapun, sikap penyokong tersebut melempar botol ke arah pemain saja sudah dianggap tak patut dan boleh memberi ancaman kepada pemain.

Mujur saja kedua-dua mereka mampu untuk bangun dan kembali meneruskan permainan seperti biasa, namun insiden tersebut tetap boleh dianggap memalukan untuk kem Everton.

Menurut sumber laporan dari Andy Hunter dari The Guardian, penyokong yang melempar botol ke arah kedua-dua Digne dan Cash itu telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

Digne yang teruk kena boo sepanjang perlawanan tersebut berjaya mencatatkan satu assists yang sungguh menakjubkan untuk gol yang dijaringkan oleh Emi Buendia.

Selain Digne, pengurus Aston Villa, Steven Gerrard turut menerima nasib yang sama, namun legenda Liverpool itu bijak menganjing semula penyokong Everton secara halus.

Gerrard Menganjing penyokong Everton di Goodison Park

Para peminat terhibur melihat reaksi Steven Gerrard menyepak bola di tengah padang selepas tamat aksi kemenangan Aston Villa bertemu Everton malam semalam.

Skuad kendalian Steven Gerrard itu berjaya mengutip tiga mata penting di Goodison Park malam semalam, dengan Emi Buendia muncul sebagai penjaring gol kemenangan untuk Aston Villa.

Sangat jelas dan pasti, pengurus berusia 41 tahun itu akan menerima sambutan dingin dari para penyokong, memandangkan beliau terkenal sebagai legenda Liverpool.

Walau bagaimanapun, Steven Gerrard jelas sekali mampu beradaptasi dengan keadaan di Goodison Park, dan beliau turut tenang melayan suasana riuh rendah memaki hamun beliau sepanjang perlawanan.

Pada rehat separuh masa, Steven Gerrard sempat bermain mata dengan para penyokong Everton ketika beliau berjalan masuk ke bilik persalinan, dan ketika kembali ke tempat duduknya.

Tidak cukup dengan menganjing secara halus, Steven Gerrard kemudiannya meneruskan mood riang beliau selepas tamat perlawanan tersebut.

Sambil jalan, beliau menyepak bola yang ada di tengah padang, dan kemudian beliau menyatakan ‘masih ada lagi’ kepada kamera yang merakamnya.

“Stevie G memang suka mengusik cara halus seperti ini. Dia jelas sekali bakal jadi pengganti Mourinho di masa hadapan.”

“Bayangkan kalau dia tergelincir waktu dia sepak bola tu.”

“Mesti lagi menarik kalau Lampard kembali ke saingan Premier League, kita perlu bagi Gerrard seteru. Dia walau baru kembali ke Premier League tapi sudah boleh dianggap sangat berjaya sekarang.”

“Adakah Gerrard nak cakap cara dia sepak bola tu lagi bagus dari pemain Everton? Walau seluruh stadium bising, tapi dia masih boleh bergembira tendang bola di tengah padang.”

“Luar biasa, lagi dia dikecam, lagi dia bergembira di situ. Villa dah buat keputusan tepat melantik dia sebagai pengurus.”

Villa berjaya mendaki ke kedudukan pertengahan dalam carta saingan Premier League pada ketika ini, selepas kejayaan mereka menewaskan Everton.

Keputusan itu jelas sekali mengukuhkan lagi kecemerlangan Gerrard mengendalikan Aston Villa sejak dari awal beliau dilantik mengendalikan kelab.

Bercakap selepas kejayaan menewaskan Everton 1-0, pengurus Aston Villa itu telah menyatakan bahawa:

“Jika mereka mahukan peperangan dan jika mereka mahu bertarung, kami semua akan bersatu berikan segalanya dan kami bersedia untuk bermain corak permainan seperti itu.”

​”Ia adalah sangat penting ketika 15 ke 20 minit pertama yang mana kami menunjukkan kepada penyokong di sini jika Everton mahukan peperangan, kami bersiap sedia mahu berperang dan kami sudah bersedia untuk bermain corak permainan seperti itu.”

Tambah Steven Gerrard lagi.

“Ada cara berbeza-beza untuk menang dalam perlawanan bola sepak, dan sudah tentu, akan ada cara terbaik untuk bermain dalam permainan seperti ini dengan gaya dan kawalan, tapi untuk datang ke Goodison hari ini, kami sedar yang kami perlu tunjukkan sesuatu yang berbeza.”

“John McGinn berjuang habis-habisan. Kami kehilangan dia minggu lalu bertemu United dan, untuk dapat dia hari ini, ia menunjukkan bagaimana pentingnya dia untuk Villa.”

“John McGinn sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.”

Sumber: GMS

BACA:  Penyokong Liverpool Merajuk, Benitez Bukan Lagi Lagenda Kelab