Man United Masih Cari Rentak, Positifnya Van De Beek Melakukan Debut Dengan Gol

Manchester United diaibkan Crystal Palace pada perlawanan pembukaan musim mereka.

Walaupun harus diakui banyak perkara yang tak kena dalam pasukan Setan Merah, tetapi kita harus melihat bola sepak itu dari sudut lebih holistik.

Harus diingat, walaupun kalah, itu bukan bermakna Palace lagi hebat daripada United. Berapa Jauh Manchester United dari Palace?

20 kejuaraan liga berbanding kosong. Man United ada stadium dengan kapasiti 75k berbanding kurang 26k milik Palace.

Jadi, perkara seperti ini harus kita ketengahkan juga. Ini 5 perkara daripada kekalahan United semalam agar kita menyambut kekalahan ini dengan lebih positif dan ilmiah.

Jangan cepat melatah!

1. Tidak ada pemain baru

Kalau melihat kepada pasaran perpindahan pemain pada hari ini, kesemua barang yang Ole mahukan dikebas orang.

Ini ditambah kelembapan Ed Woodward dalam jendela perpindahan kali ini. Walaupun Ed Woodward tidak bermain dan tidak melakukan kesilapan di atas padang, namun namanya menjadi trending semalam terutama sekali selepas United dimalukan di halaman sendiri.

Akhirnya peminat Man United hanya bercerita tentang pembelian Donny Van De Beek. Itupun nasib baik pakai kabel Van Der Sarr yang dengar kata kawtim harga murah, merisikokan kariernya kepada SPRB – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Belanda.

Man United harus menggunakan jendela perpindahan kali ini sebaiknya.

2. Belum serasi

Harus diingat, pasukan United masih mencari keserasian. Ada beberapa pemain yang masih lagi menyesuaikan diri termasuk Pogba yang musim lalu hanya bermain berapa kali dengan Bruno Fernandes.

Ada juga pemain yang baru kembali nak menyesuaikan diri dengan kehidupan di dunia luar selepas menjadi banduan. Kesemua itu perlu diambil kira.

Tak lupa juga Mason Greenwood tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama untuk memberikan ruang kepada Martial menyerasikan diri  dengan peranan center forward.

Jadi, percayakan prosesnya untuk mencari rentak di atas padang.

3. Tiada penyokong membangkitkan semangat

Old Trafford merupakan stadium yang menjadi kegerunan semua pasukan di dunia. Ini kerana sorakannya dan semangat para penyokong United.

Jadi, sangat difahami kenapa United gagal untuk menang kerana tidak ada penyokong di dalam stadium.

4. Masih awal lagi

Musim ini baru bermula. Man United baru bermain satu perlawanan. Musim lalu, Man United bangkit pada pusingan kedua, selepas mereka membeli Fernandes pada Januari.

Selepas pusingan kedua liga, Man United menunjukkan taring mereka sebenar. Tapi, musim ini United akan bangkit lebih awal. Tak perlu tunggu pusingan kedua kerana Ole kini lebih berpengalaman.

Jadi, agak naif nak mengkritik kekalahan United hanya pada perlawanan pertama. Bak kata orang, hari ini kahwin takkan terus dapat anak ye tak?

Ini semua normallah dalam bola sepak.

5. Tetap ada perkara positif

Van De Beek menjaringkan gol dalam debut beliau pada malam tadi. Jadi ini perkara yang sangat positif.

Beliau pemain yang dibawa masuk sebagai pemain gantian dan menunjukkan kualiti luar biasa dirinya.

Posisi dia dalam kotak penalti sangat baik. Lupakan kekalahan ini sebentar, kerana Van De Beek akan menjadi bakat besar untuk diraikan.

Rumusan

Itulah beberapa alasan yang boleh anda dengar pada hari ini daripada penyokong Setan Merah hari ini.

Selamat berhujung minggu.

BACA:  "Mereka Tak Peduli Tentang Saya"- Pogba Terus Menerus Hentam Man Utd