Man Utd Dikatakan Terkejut Dengan Pandangan Ten Hag Tentang Kelab Ketika Sesi Temu Duga

Erik Ten Hag memberi pandangan yang jujur dan pedas tentang Manchester United dengan beliau dikatakan seolah-olah menemu duga Man Utd ketika hari beliau ditemu duga oleh kelab dari England itu.

Sumber dalaman kelab mendedahkan yang pengurus dari Ajax itu seolah-olah menemu duga kelab pada hari yang mana beliau yang sepatutnya ditemu duga.

Ten Hag ketika ini dikatakan calon kegemaran untuk dilantik sebagai pengurus terbaru Manchester United yang mana beliau akan diumumkan secara rasmi pada penghujung musim ini nanti.

Beliau dikatakan sudah bersetuju untuk menerima tawaran dari setan merah, dengan pihak kelab sendiri turut sudah menetapkan pendirian mereka untuk memilih Ten Hag sebagai pengurus tetap yang baru.

Pengurus Ajax itu merupakan individu pertama yang ditemu duga oleh Manchester United pada bulan lalu, selepas beliau diletakkan dalam senarai pendek bersama Mauricio Pochettino dan Luis Enrique.

Sesi temu duga itu dikatakan berjalan dengan sempurna dan kerana itulah pihak kelab memilih untuk melantik beliau sebagai pengurus yang baharu.

Namun pandangan jujurnya tentang sesi temu duga itu memberi pandangan yang berbeza dan menunjukkan yang Man Utd tak betul-betul menemu duga beliau.

Menurut sumber laporan dari media UK, pengurus dari Belanda itu telah bercakap dengan pengarah teknikal, Darren Fletcher dan Football director kelab, John Murtough.

Beliau juga dikatakan langsung tak berselindung ketika bercakap tentang masalah yang berlaku di Manchester United pada ketika ini.

Ten Hag dikatakan sudah mendedahkan tentang masalah berkait recruitment dan scouting kelab yang mana hal itu langsung tak menjadi masalah ketika bersama Ajax.

Kedua-dua wakil dari kem Manchester United itu dikatakan pulang dari Amsterdam dalam keadaan terkejut selepas mendengar pandangan jujur dari pengurus berusia 52 tahun itu.

“Ia seolah-olah Manchester United yang ditemu duga oleh Ten Hag berbanding dia yang ditemu duga oleh Manchester United.”

Jelas salah satu sumber dalaman kelab.

Bekas pengurus Bayern Munich II itu dikatakan tidak mahu untuk mengawal sepenuhnya situasi di Old Trafford, namun beliau telah menekankan yang hal belakang tabir perlu di ubah.

Tidak mengejutkan sama sekali untuk melihat calon pengurus kelab itu memberikan pandangan yang jujur tentang situasi yang sedang berlaku di Old Trafford pada ketika ini.

Hal ini kerana Ten Hag sememangnya terkenal sebagai seorang pengurus yang mahukan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna.

Ten Hag juga dikatakan mahu rumput di padang memiliki panjang 2 millimeter, atau sekitar itu dan beliau menegaskan yang beliau mahukan segalanya dalam keadaan sempurna di matanya.

Ten Hag perlu harmonikan bilik persalinan

Perkara pertama yang Ten Hag perlu lakukan andai beliau benar-benar dilantik menjadi pengurus Manchester United nanti adalah mengharmonikan suasana bilik persalinan.

Situasi di bilik persalinan setan merah pada ketika ini jelas sekali sangat huru-hara dengan para pemain hidup berpuak-puak.

Salah faham antara pemain juga masih berlaku dan masalah paling besar pada ketika ini, pemain dan pengurus juga tidak sehaluan.

Bukan hanya pemain dan pengurus, bahkan ejen pemain turut tak pandai menjaga mulut, dengan semua rahsia dalaman kelab didedahkan kepada media.

Ten Hag sepertinya perlu menyelesaikan masalah itu terlebih dahulu sebelum memikirkan untuk memperbaiki prestasi skuad.

Setan merah pada musim ini jelas sekali tidak melalui musim yang sempurna dengan mereka kini sudah secara rasminya akan mengakhiri kempen musim ini dengan tidak memenangi apa-apa.

Selepas tersingkir dari saingan Carabao Cup, Man Utd kemudiannya tersingkir dari saingan FA Cup dan Champions League baru-baru ini.

Mereka juga sepertinya sangat mustahil untuk menjuarai saingan Premier League dengan skuad setan merah kini sedang bergelut untuk merebut kedudukan empat teratas sebelum berakhirnya kempen musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Erik Ten Hag Tidak Boleh Terima Perangai Kurang Ajar Ronaldo Balik Awal