Manchester United & Ajax Capai Kesepakatan €100 Juta Untuk Perpindahan Antony

Wartawan pakar perpindahan Belanda, Mike Veirwij dan Gerjan Hamstelaar juga mengesahkan bahawa Ajax telah menjual Antony, dan sudah tentunya kelab yang membeli itu adalah Manchester United.

Hamstelaar tampil dengan kemaskini menyatakan bahawa Antony sudah dijual. Dan seorang lagi sumber pakar perpindahan, Fabrizio Romano turut mengesahkan perkara itu.

Laporan itu dikuatkan lagi dengan laporan daripada pakar perpindahan Inggeris, David Ornstein.

Sementara itu Mike Veirwij yang merupakan pakar perpindahan Liga Belanda menyatakan bahawa United akhirnya menuruti permintaan harga oleh Ajax iaitu €100 juta.

Namun tidak dapat dipastikan berapakah bayaran asas yang dibuat kerana pakej itu sekali dengan bonus.

Antony merupakan pemain yang diletakkan sebagai senarai bukan untuk dijual. Lebih lebih lagi pemain itu menyatakan bahawa dia sedia untuk kekal di Ajax sebelum ini demi UCL.

Namun Man United tiba tiba menguatkan pemburuan ke atas pemain itu, menjadikannya sebagai senarai keutamaan.

Ianya telah mengubah pendirian Antony. Yang diketahui, menjadi pemain luar biasa selepas dilatih oleh Erik Ten Hag.

Manchester United sebelum ini melancarkan 3 bidaan ke atas Antony dengan angka mencecah €90 juta. Namun kesemuanya ditolak oleh Ajax.

Pengurus Ajax, Schreuder turut menyatakan dia mahu Antony kekal sambil mengingatkan bahawa, hanya orang gila sahaja yang sanggup menukar bola sepak UCL dengan UEL.

Namun Schreuder harus akui bahawa nama Manchester United itu sangat gah untuk menarik mana mana pemain Ajax menyertai mereka.

Antony pada awalnya bukan senarai keutamaan Ten Hag. Namun kegagalan mendapatkan penyerang no.9 membuatkan Ten Hag terdesak mahukan pemain itu. Dan beliau sedia bergantung kepada Marcus Rashford sebagai back up untuk Cristiano Ronaldo dan Antony Martial untuk posisi no.9.

Antony pemain sayap kanan. Dia pastinya pemain yang sangat faham kehendak taktikal Ten Hag. Selain daripada faktor gagal mendapatkan no.9, kegagalan mendapatkan De Jong juga menjadi sebab Ten Hag semakin tinggi keinginan mahukan Antony, kerana pemain itu kunci kepada sistem taktikalnya di Ajax.

Antony sebelum ini sudah mendesak kelab menjualnya. Dan menyatakan bahawa, dia kecewa dengan cara Ajax mengendalikan situasinya. Antony berkata begitu secara terbuka kepada Fabruzio Romano.

Antony pernah mogok selama 3 hari berturut turut tak mahu turun berlatih kerana mahu bermain untuk Manchester United. Dia memberitahu rakannya bahawa dia sudah lama obses dengan Liga Perdana Inggeris.

Kehadiran Antony pastinya akan menambahkan lagi sengat pasukan Manchester United yang kini tampil semakin digeruni selepas mencatatkan 2 kemenangan berturut turut dalam Liga Perdana Inggeris.

BACA:  Sancho Hampir Singkir Man Utd Daripada Champions League Musim Hadapan