Manchester United Tamatkan Perjanjian Dengan TeamViewer, Penaja Baharu Dicari

Manchester United telah mengumumkan penamatan kontrak perjanjian penajaan bersama syarikat teknologi global dari Jerman, TeamViewer dan kini penaja baharu yang akan terpampang di dada jersi mula dicari.

Buat masa ini, TeamViewer akan kekal di hadapan baju United sehingga penaja baharu ditemui dan penamatan kontrak ini adalah atas persetujuan bersama yang telah dicapai.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab itu, berkata:

“Selepas tempoh kolaboratif, perbincangan peribadi sejak beberapa bulan lalu, Manchester United dan TeamViewer AG telah mencapai perjanjian yang saling menguntungkan di mana Manchester United akan mempunyai pilihan untuk membeli balik hak ke atas tajaan depan baju kelab.

“Setelah bersetuju dengan perkongsiannya dengan TeamViewer pada kemuncak pandemik Covid-19, Manchester United akan mengambil peluang untuk memulakan proses jualan tertumpu untuk rakan kongsi depan baju baharu dalam pasaran yang normal.

“Sebaik sahaja rakan kongsi depan baju baharu dipilih dan mengambil alih peranan ini, TeamViewer akan meneruskan sebagai ahli dihargai suite rakan kongsi global Manchester United, menyediakan Manchester United dengan penyelesaian sambungan jauh, sehingga tamat tempoh kontrak asal pada 2026.

“Sejak Julai 2021, TeamViewer telah mendapat manfaat daripada pendedahan global yang tiada tandingannya sebagai rakan kongsi baju yang paling banyak diperkatakan dalam bola sepak dunia, berikutan pelancaran paling ketara untuk rakan kongsi kelab bola sepak dalam era digital.

“Komitmen kewangan TeamViewer kepada Manchester United kekal tidak berubah manakala mereka kekal sebagai rakan kongsi baju kelab, selepas itu komitmen kewangan mereka akan mencerminkan status mereka sebagai rakan kongsi global. Tiada pengumuman lanjut akan dibuat sehingga Manchester United telah memilih rakan kongsi baharu untuk menggantikan mereka pada bahagian hadapan baju ikoniknya.”

TeamViewer Taja Manchester United

Pada 19 Mac 2021 Manchester United telah mengumumkan mereka telah memeterai perjanjian penajaan baru yang bernilai RM1.338 Bilion bersamaan dengan £235 juta dengan sebuah syarikat teknologi global, TeamViewer.

Perjanjian penajaan diikat selama lima tahu dan akan bermula pada musim 2021/22 dan TeamViewer akan menjadi penaja utama dengan terpampangnya jenama meraka di dada jersi Manchester United.

Dengan nilain tajaan daripada TeamViewer yang berjumlah £235 juta untuk tempoh lima tahun, Manchester United akan menikmati £47 juta atau RM267.76 juta setahun.

TeamViewer merupakan syarikat teknologi yang berpengkalan di Jerman dan telah menjadi salah satu syarikat tekonologi yang paling pantas berkembang di Eropah selepas dilancarkan pada 2015.

Untuk rekod TeamViewer merupakan satu perisian yang telah di pasang pada lebih dari 2.5 bilion peranti dan mempunyai 600,000 pelanggan dan beroperasi hampir ke seluruh dunia.

TeamViewer merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan akses kawalan jarak jauh untuk penyelenggaraan komputer dan peranti.

Perisian TeamViewer juga adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran untuk penggunaan bukan komersil walaupun dilesenkan.

TeamViewer Tidak Teruskan Tajaan

Pada Ogos 2022, TeamViewer telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan meneruskan tajaan ke atas Manchester United apabila kontrak mereka tamat pada tahun 2026.

Selepas tamat semusim penajaan mereka yang kurang dari 18 bulan selepas pengumuman perjanjian, TeamViewer telah membuat keputusan untuk menarik diri apabila tamat kontrak.

Firma teknologi itu itu telah kehilangan empat perlima daripada nilai sahamnya sejak bersetuju dengan perjanjian itu dengan Manchester United bagi menggantikan Chevrolet.

Kos perjanjian itu, dipenuhi dengan keraguan pada pasaran saham Jerman pada masa itu, telah dipersalahkan sebagai salah satu sebab utama saham syarikat merudum.

Faktor lain yang membawa kepada kejatuhan harga saham TeamViewer termasuklah perang di Ukraine dan kemerosotan dalam sektor teknologi selepas wabak.

Sebagai satu langkah awal untuk menaikkan saham syarikat TeamViewar telah mengeluarkan kenyataan:

“Kesedaran antarabangsa mengenai jenama itu jelas meningkat tahun lepas melalui perkongsian (dengan United). Namun begitu, syarikat telah memutuskan untuk mengkaji semula strategi pemasaran jangka panjangnya berdasarkan persekitaran makro-ekonomi semasa.”

Harga saham syarikat itu jatuh lapan peratus apabila ia menerbitkan ramalan kewangan terbarunya tetapi pulih sebanyak lima peratus selepas diumumkan bahawa perjanjian United akan berakhir pada 2026.

Kini dengan pengumuman penamatan kontrak bersama Manchester United mungkin akan melonjakkan kembali saham syarikat teknologi global itu.

BACA:  Mourinho: Pengadil Sepatutnya Berikan Kami Penalti