Mourinho: Pengadil Sepatutnya Berikan Kami Penalti

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho merungut dengan keputusan pengadil perlawanan, Craig Pawson yang tidak menganugerahkan penalti kepada pasukannya ketika perlawanan menentang Southampton semalam.

United hanya mampu seri 0-0 dalam pertembungan yang berlangsung di Old Trafford itu, dan mereka telah mencatatkan keputusan seri untuk 3 perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Jesse ‘Messi’ Lingard gagal bantu United raih kemenangan

Keputusan itu juga mengakibatkan United dipintas oleh Chelsea yang menang besar ke atas Stoke City dengan jaringan 5-0. Kejadian yang menimbulkan ketidakpuasan hati Mourinho adalah insiden dimana pemain pertahanan Southampton, Maya Yoshida dilihat seperti menampan bola dalam kotak penalti, tetapi pengadil tidak melihat ianya sebagai satu kesalahan.

Skuad Mourinho gagal untuk menembusi barisan pertahanan The Saints yang hanya mampu menang sekali dalam 12 perlawanan mereka sebelum ini, tetapi bekas pengurus Chelsea dan Real Madrid ini mendakwa pengadil telah menghukum mereka, termasuk pengadil-pengadil perlawanan sebelum ini.

Apabila ditanya pendapatnya mengenai kegagalan Pawson untuk memberikan pasukannya penalti, Mourinho percaya United sepatutnya menang tetapi keputusan pengadil mengubah segalanya.

Pengadil gilooooo

“Pawson adalah pengadil yang bagus, salah seorang pengadil muda paling berbakat bukan sahaja di England tetapi juga peringkat Eropah. Tetapi malam ini, keputusan buruk beliau menghukum kami.”

“Kami terlepas beberapa peluang keemasan tetapi kami tetap cuba bermain bola. Saya rasa kami berhak untuk menang perlawanan tersebut.”

“Saya kenal pemain saya, apabila saya melihat reaksi Juan Mata ketika insiden tersebut [bola terkena tangan Yoshida], saya sudah mengetahui apa yang telah berlaku tanpa ragu-ragu.”

“Pada rehat separuh masa pertama, saya melihat ulang tayang insiden tersebut. Pengadil sepatutnya memberika kami penalti, sama seperti insiden Marcus Rashford ketika perlawanan Leicester City dan Ander Herrera ketika perlawanan Manchester City.”

Pogdab

“Pengadil malam ini, Pawson tidak bernasib baik. Sama seperti persembahan pengadil perlawanan kami sebelum ini. Michael Oliver ketika menentang City, Jon Moss ketika menentang Leicester, dan hari ini Pawson pula.”

“Mereka semua adalah pengadil yang bagus dan menunjukkan persembahan yang baik. Tetapi mereka memberikan keputusan buruk yang menghukum kami.”

United kini tanpa kemenangan dalam 4 perlawanan terakhir mereka, dan bakal ditinggalkan Manchester City 16 mata dalam liga andainya City berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Crystal Palace malam ini.

BACA:  Pemain Pertahanan Man Utd Antara Yang Dianugerahkan Darjah Kebesaran Daripada Prince William Atas Sumbangan Untuk Bola Sepak