Mbappe Sengaja Sorok Jenama Alkohol Penaja MOTM Dan Perancis Didenda

Kylian Mbappe dengan sengaja telah menyorokkan jenama minuman keras yang merupakan penaja utama untuk anugerah Man of The Match (MOTM) atau pemain terbaik perlawanan.

Pemain yang telah dipilih menjadi pemain terbaik perlawanan akan diadakan sesi fotografi di mana para pemenang akan memegang trofi yang tertera nama penaja.

Namun Kylian Mbappe telah melakukan perkara sebaliknya apabila menyembunyikan jenama penaja dengan memusingkan trofi bagi mengelakkan untuk mempromosikan alkohol di Piala Dunia.

Bintang penyerang Perancis itu masih belum muncul pada satu sidang akhbar di Qatar dalam usaha mengelak persoalan mengenai masa depannya bersama Paris Saint-Germain menjadi mainan media.

Persekutuan Bola Sepak Perancis, yang telah menawarkan sokongan penuh kepada Mbappe kerana boikot sidang akhbar telah memutuskan untuk membayar sebarang denda yang dikenakan kepada pemain yang enggan bercakap kepada media selepas memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan.

Perancis sanggup membayar denda dan menyokong Mbappe tidak sertai sidang media supaya fokus pemain itu tidak terganggu dan Les Blues akan mendapat yang terbaik dari Mbappe.

Kylian Mbappe setakat ini sudah dua kali dianugerahkan trofi pemain terbaik perlawanan di Piala Dunia Qatar, tidak mahu dikaitkan dengan penaja utama Piala Dunia Budweiser, menurut L’Equipe melalui AS.

Syarikat bir terkenal itu ditugaskan untuk menyampaikan trofi lelaki terbaik perlawanan selepas setiap perlawanan, dan Mbappe sengaja menyembunyikan jenama itu setiap kali dia bergambar dengan hadiah itu.

Pemain Perancis itu mematuhi dasar yang diamalkan oleh hak imejnya untuk tidak mengiklankan minuman beralkohol, serta pertaruhan sukan dan makanan ringan.

Difahamkan, Mbappe, yang telah menjadi contoh kepada ramai kanak-kanak Perancis berikutan peningkatan mendadak dalam bola sepak, tidak mahu merosakkan imejnya dengan mempromosikan minuman beralkohol seperti Budweiser.

Dasar yang bagus dari Mbappe demi menjaga imejnya selaku pemain bola sepak profesional yang menjadi idola kepada anak-anak kecil terutamanya di Perancis.

Bagi sesetengah pemain di kampung penulis mereka tidak menitik beratkan perkara ini dengan selamba mempromosikan Vape, minuman ringan dan minuman 3 in 1 yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Mungkin Budweiser menyediakan dua trofi berbeza untuk pemain terbaik perlawanan jika melibatkan pemain beragama Islam demi menjaga sensitiviti.

Di mana kesemua pemain beragama Islam yang telah memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan dilihat telah memegang trofi tanpa ada perkataan ‘Budweiser’.

Sama seperti trofi yang dipegang oleh Mbappe dan ini bermakna bukan Mbappe menyorok logo tetapi terdapat dua trofi yang berbeza.

Selain itu latar belakang untuk sesi fotografi juga berbeza untuk pemain muslim, tiada backdrop berlatarkan warna merah penaja.

Ada juga peminat menimbulkan persoalan adakah Mbappe seorang muslim?

Piala Dunia Qatar, telah menjadi kejohanan yang sukar setakat ini untuk Budweiser, yang tidak dapat menjual bir di stadium kerana pendirian Qatar terhadap alkohol.

Akibat larangan itu, beribu-ribu tin bir Budweiser dibiarkan bertimbun di sebuah gudang.

Sportsmail melaporkan bulan lalu bahawa Budweiser sedang menuntut kembali kira-kira $47 juta daripada FIFA selepas keputusan pusingan U untuk melarang bir di dalam stadium pada Piala Dunia.

Perancis meneruskan misi mempertahankan kejuaraan Piala Dunia mereka menentang Poland dalam pusingan 16 terakhir.

Didier Deschamps kelihatan bersedia untuk memanggil semula kesebelasan utamanya selepas kekalahan 1-0 yang mengecewakan dan tidak dijangka kepada Tunisia.

Mbappe kini mendahului perlumbaan Kasut Emas kejohanan dengan tiga gol setakat ini, jumlah yag dikongsi bersama Lionel Messi, Marcus Rashford, Enner Valencia, Cody Gakpo dan Alvaro Morata.

BACA:  Zlatan Nasihat Mbappe 'Cederakan Diri Sendiri' Untuk Capai Tahap Lebih Tinggi