Mbappe Tidak Menyesal Menerima Kad Merah Selepas Menolak Pemain Lawan Yang Mengasarinya

Bintang muda Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe mengakui beliau perlu mengawal panas barannya ketika berada di atas padang tetapi tidak menyesal dengan tindakannya menolak pemain Nimes, Teji Savanier yang mengasarinya pada lewat permainan.

Pemain antarabangsa Perancis itu berkata beliau tidak boleh bertoleransi dengan layanan ‘kasar’ yang diterimanya dari pemain Nimes sehingga membuatkan beliau hilang pertimbangan dan di buang padang kerana menolak pemain lawan.

Kad merah pertama Mbappe musim ini

Dalam aksi Ligue 1 yang berlangsung sengit, Nimes membuktikan mereka bukan pasukan yang calang-calang apabila memberikan tentangan yang sengit kepada juara Perancis itu.

Angel Di Maria dan Neymar terlebih dahulu menjaringkan gol untuk PSG bagi menjadikan kedudukan 2-0. Nimes menunjukkan kebangkitan luar biasa apabila berjaya mengikat kedudukan menjadi 2-2, hasil jaringan daripada Antonio Bobichon dan Teji Savanier (penalti).

https://twitter.com/goal/status/1036010002564214787

Mbappe kembali meletakkan PSG di hadapan pada minit ke-77 sebelum Edinson Cavani mengesahkan 3 mata untuk PSG pada waktu kecederaan untuk menjadikan kedudukan akhir 4-2.

Walau bagaimanapun, ketika perlawanan hampir ditamatkan, keadaan di atas padang menjadi panas apabila Mbappe hilang pertimbangan selepas dikasari Savanier yang melakukan terjahan dari belakang. Mbappe bangun dalam keadaan marah dan terus menolak Savanier yang terpinga-pinga. Kedua-dua pemain kemudiannya dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Aksi menganjing Neymar selepas menjaringkan gol pertama PSG

Selepas perlawanan berakhir, Mbappe mengakui layanan fizikal yang diterima beliau dalam perlawanan tadi merupakan perkara yang sudah biasa berlaku terhadapnya sepanjang beraksi di Ligue 1. Mbappe turut memohon maaf kepada peminat kerana menerima kad merah.

https://twitter.com/goal/status/1036006896917000197

“Ia merupakan tindak balas selepas segala yang saya terima dalam perlawanan tadi. Inilah bola sepak.”

“Saya ingin meminta maaf kepada para peminat PSG tetapi saya tidak boleh menerima layanan sebegini dari pihak lawan.”

Mbappe menerima kad kuning pada separuh masa pertama kerana tidak bersetuju dengan keputusan pengadil yang memberikan sepakan percuma kepada Nimes.

Mbappe terjatuh selepas dibentes keras Savanier

Neymar merupakan antara pemain yang cuba menenangkan Mbappe selepas beliau kerap menerima terjahan keras dari pemain Nimes.

“Biasanya, tiada masalah buat kami untuk bermain bola sepak. Tetapi di sini (Nimes), mereka langsung tidak mempunyai niat untuk bermain bola.”

“Tetapi tidak mengapa, saya akan pergi mengadap lembaga disiplin dan mempertahankan diri. Saya percaya aksi sebegini tidak mempunyai tempat dalam bola sepak. Pengadil telah membuat keputusan dan kami perlu menerimanya.”

BACA:  Ronaldo Beri Amaran Pada PSG, Yang Messi Bukan Jaminan Menang Champions League