‘Meme’ Aksi Penjimatan David De Gea Bertaburan Di Alam Maya

Penjaga gol Manchester United, David De Gea menampilkan antara persembahan penjaga gol terbaik yang pernah disaksikan dalam Liga Perdana Inggeris ketika Manchester United menumpaskan Tottenham beberapa hari yang lalu.

Seperti biasa, jikalau terdapat pemain yang beraksi cemerlang dalam sesuatu perlawanan, peminat akan menjulang pemain itu setinggi langit. Itulah yang berlaku kepada De Gea ketika ini.

Dari selamatkan dinosour sehingga menepis peluru macam cerita Matrix, De Gea trending di Twitter dengan pelbagai meme memuji ketangkasan beliau.

Jika anda ada terserempak dengan rakan anda yang menyokong Manchester United, tentu member anda akan membuka topik mengenai keunggulan De Gea dalam perlawanan tersebut. Boleh naik rimas jika tidak dibendung.

Sepanjang 90 minit permainan, De Gea berjaya menyelamatkan 11 percubaan dari pemain seperti Harry Kane, Dele Alli dan Toby Alderweireld.

Ia merupakan jumlah penyelamatan tertinggi yang pernah dicatatkan De Gea sepanjang kariernya dalam perlawanan yang beliau tidak dibolosi dan juga ‘clean sheet’ ke-3 beliau dalam liga musim ini.

Disebabkan persembahan tersebut, peminat Manchester United khususnya tidak henti-henti memuat naik ‘meme’ puji-pujian terhadap penjaga gol Sepanyol itu.

Berikut adalah koleksi ‘memes’ De Gea yang kini viral di laman sosial.

BACA:  Mesej Berbunga Sir Alex Ferguson Kepada Musuh Lamanya