Messi Beri Ucapan Kepada Peminat Berusia 100 Tahun Yang Mencatat Setiap Gol Jaringan Beliau

Lionel Messi telah menghantar ucapan yang sungguh beremosi kepada peminatnya yang sudah berusia 100 tahun selepas kejayaan beliau memenangi Copa America.

Walau sudah berusia 100 tahun, peminat sejati Argentina itu mempunyai satu buku catatan yang mana beliau akan mencatatkan setiap gol yang berjaya dijaringkan oleh pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu menggunakan pensil.

Kenapa beliau dianggap istimewa hanya kerana mencatatkan setiap gol Messi dalam buku notanya? Jawapannya ada dalam artikel, baca sampai habis.

Dalam dunia serba modern dan canggih, untuk melihat statistik Messi semuanya di hujung jari sahaja, segala jenis statistik sudah tersedia untuk dilihat.

Namun tidak untuk Don Hernan, seorang penyokong Argentina yang ketika ini sudah berusia 100 tahun.

Don Hernan bersama buku rekodnya

Beliau lebih memilih cara yang klasik dengan mencatatkan setiap jaringan Messi dalam satu buku catatan dan beliau hanya menulisnya dengan pensil sahaja.

Penyokong setia Argentina itu tular di laman Tik-Tok selepas cucunya, Julian Mastrangelo memuat naik kisah tentang datuknya yang begitu taksub dengan Lionel Messi.

Selepas videonya tular, kisah tentang Don Hernan mula menjadi buah mulut pelbagai lapisan masyarakat dan ramai yang kagum dengan cara bagaimana beliau menghargai bola sepak Argentina.

Hernan akan memastikan yang beliau mencatit setiap gol yang dijaringkan oleh Messi dan beliau akan hubungi Julian setiap kali beliau terlepas untuk menonton perlawanan.

Beliau akan pastikan yang dirinya tidak akan terlepas untuk merekodkan gol jaringan Messi, dan apa yang menariknya, Hernan telah mengikuti pemain berusia 34 tahun itu sejak dari awal kariernya.

Selepas hal tentang Hernan sampai ke telinga Messi, penyerang Argentina itu dengan segera telah menyediakan sebuah video ucapan yang penuh beremosi untuk peminat veterannya itu.

“Hello Hernan. Cerita tentang kamu sampai kepada saya.”

Jelas Messi.

“Ia sangat gila bagi saya bila tahu yang kamu rekodkan semua gol jaringan saya dengan cara seperti itu, dan kerana itu saya kirimkan kepada kamu pelukan kasih sayang dan terima kasih atas apa yang telah kamu lakukan, dan atas kerja keras kamu yang indah itu.”

Selepas menonton video tersebut, dengan matanya yang berair, Don menyatakan:

“Saya selalu mengikuti kamu dan saya akan terus ikuti kamu. Sehingga akhirnya, saya akan terus berjalan dibelakang kamu.”

Don telah menambah empat lagi gol jaringan Lionel Messi dalam buku catatan beliau selepas bintang Argentina itu menjaringkan kesemua empat gol tersebut dalam saingan Copa America baru-baru ini.

Messi akhirnya berjaya juga memenangi Piala pertamanya bersama skuad kebangsaan Argentina selepas kejayaannya memenangi Copa America minggu lalu.

Legenda Barcelona yang ketika ini berstatus free ejen itu memenangi anugerah kasut emas dalam saingan Copa America, dan beliau turut memenangi anugerah pemain terbaik dalam kejohanan yang sama.

Messi memeluk Neymar pada akhir perlawanan tersebut dengan kedua-dua mereka telah mempamerkan aksi permainan yang sungguh menakjubkan sepanjang kejohanan ini.

Lionel Messi dijangka akan kekal bersama Barcelona untuk tempoh lima tahun akan datang, selepas beliau akhirnya bersetuju untuk menandatangani perjanjian baru dengan kelab.

Bintang Argentina itu juga dilaporkan telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian baru dengan pemotongan gaji yang agak banyak.

Seperti yang dijangka, beliau sememangnya akan kekal bersama kelab di mana membantu beliau memenangi enam gelaran Ballon D’or sebelum ini.

Namun sehingga kini, hal tersebut masih belum boleh disahkan memandangkan beliau masih belum menandatangani perjanjian tersebut.

Walau bagaimanapun, hal tersebut sudah hampir pasti untuk berlaku selepas Messi mengesahkan yang beliau sanggup menerima pemotongan gaji yang banyak untuk kekal di Nou Camp.

Media Sepanyol, SPORT mendakwa yang bintang berusia 34 tahun itu akan menandatangani perjanjian baru selama lima tahun dan turut sanggup menerima pemotongan gaji kerana faham dengan kedudukan ekonomi kelab pada ketika ini.

Keadaan ekonomi kelab pada ketika ini sama sekali tidak mengizinkan Barca untuk menawarkan gaji yang tinggi kepada Messi, bahkan turut tidak mampu untuk menawarkan kadar gaji yang sama seperti sebelum ini.

Walau secara dasarnya kedua-dua belah pihak sudah bersetuju dengan perjanjian tersebut, namun hal ini tidak akan diumumkan sehingga penghujung Julai ini.

Masih ada beberapa hal lain yang harus diutamakan dan peguam kedua-dua belah pihak akan meneliti keseluruhan perjanjian tersebut terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, klausa perlepasan untuk pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu dilaporkan bernilai €350 juta.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bintang Venezuela Ini Hampir Tamatkan Karier Messi Dengan Melakukan Terjahan Teramat Bahaya