Mourinho Bidas Anak Buah Kerana Dibolosi Seawal Minit Pertama

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho tidak gembira dengan pemainnya ketika melepaskan gol seawal minit pertama yang dijaringkan oleh Christian Eriksen.

Pada perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, United tumpas 2-0 di tangan Tottenham Hotspurs dan semakin jauh ditinggalkan seteru utama, Manchester City dalam persaingan  merebut juara liga. Mereka kini dipisahkan 15 mata dengan The Citizens.

Dengar la gapo aku nok royak ni Pogba

Eriksen berjaya menjaringkan gol ketiga terpantas dalam sejarah Liga Perdana Inggeris untuk mengejutkan pelawat yang masih lagi ‘belum panas’. Tidak lama selepas itu, hantaran Kieran Trippier ke dalam kotak penalti gagal ditangani dengan baik oleh Phil Jones yang menolak bola masuk ke dalam gawang sendiri untuk memberikan gol kedua Spurs dalam perlawanan tersebut.

Mourinho dilihat agak sugul dan tidak gembira sepanjang perlawanan. Ketika bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan, Mourinho berkata pemainnya telah melupakan segala rancangan yang dirangka sebelum perlawanan.

“Saya tidak rasa ini perkara yang normal untuk melepaskan gol seawal 15 saat perlawanan berlangsung. Perkara ini agak tidak masuk akal buat para pemain kerana mereka telah menganalisa dan bekerja keras untuk menangani pergerakan pihak lawan.”

Jones, wira Spurs

“Pemain saya tahu mengenai hantaran jauh kepada Harry Kane. Kane pula sebelum wisel perlawanan dimulakan lagi telah berada dalam kawasan pihak lawan.”

“Kami melakukan kesilapan pertama apabila tidak menekan bola. Kesilapan kedua adalah kami tidak memenangi bola di udara. Kesalahan ketiga, kami tidak memenangi bola ketika berada di lantai. Kesalahan keempat, kami tidak menutup ruang Eriksen ketika beliau mara ke dalam kotak penalti.”

“4 kesalahan pada 15 saat yang pertama dan kami ketinggalan 1-0 menentang sebuah pasukan yang bagus. Tetapi saya percaya kami bertindak balas dengan baik.”

“Kane berada dalam kawasan kami sebelum sepak mula. Jika pengadil atau penjaga garisan melihat perkara tersebut, sudah tentu gol Eriksen tidak akan dikira. Tetapi adalah tidak adil buat saya untuk mengkritik pengadil.”

Kayu yang rapuh

Mourinho turut mengesahkan Maroune Fellaini dikeluarkan kerana mengalami kecederaan selepas 7 minit dimasukkan. Fellaini masuk menggantikan tempat Paul Pogba yang gagal bermain dengan baik.

Alexis Sanche turut melakukan debut pertamanya bersama United dalam saingan liga, dan sama seperti Pogba, Sanchez gagal memberikan sebarang impak sepanjang perlawanan.

“Sanchez bekerja dengan sangat keras. Tetapi perlawanan ini bukan untuk beliau, dan pada separuh masa kedua, saya cuba meletakkan beliau bermain dekat dengan Romelu Lukaku. Akan tetapi, Sanchez berasa beliau perlu turun lebih ke bawah untuk memulakan gerakan.”

Ini merupakan kekalahan United yang ke-5 musim ini dan mereka hanya dipisahkan 3 mata sahaja dengan pasukan Liverpool yang berjaya menewaskan Huddersfield 3-0 kelmarin.

BACA:  Man Utd Disiasat Kerana Hidang Ayam Mentah