Mourinho Sah Pecat Pogba !

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengesahkan Paul Pogba bukan lagi pemangku kapten pasukan tersebut tetapi menafikan laporan yang mengatakan berlaku pergaduhan di antara mereka berdua.

Sepanjang ketiadaan Antonio Valencia, Pogba telah memakai lilitan kapten Manchester United sebanyak tiga kali. Walau bagaimanapun, berikutan keputusan seri menentang Wolves tempoh hari, Pogba telah meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap taktikal pasukan yang didakwanya terlalu defensif.

Mourinho mengesahkan Pogba tidak akan menjadi penolong kapten lagi. Tindakan ini berkait rapat dengan kritikan pedas Pogba terhadap taktikal Mourinho ketika menentang Wolves

“Kami bermain di tempat sendiri, dan kami sepatutnya bermain lebih baik daripada Wolves.”

“Apabila bermain di tempat sendiri, kami sepatutnya menyerang, menyerang, dan menyerang. Ini adalah Old Trafford. Kami berada di sini untuk menyerang. Saya percaya pasukan lawan akan berasa takut apabila melihat Manchester United melakukan serangan bertali arus.”

Namun begitu menerusi akaun Twitter, Pogba mendakwa kenyataannya telah disalah anggap pihak media supaya kelihatan beliau mempersoalkan Jose Mourinho.

Menurut beberapa akhbar kelmarin, Mourinho telah memberitahu Pogba yang beliau tidak akan mengetuai pasukan Manchester United lagi kerana kecewa dengan kenyataan yang keluar dari mulut Pogba. Laporan tersebut juga mengatakan berlaku perbalahan di antara Mourinho dan Pogba dan ia berlaku di hadapan pemain-pemain lain dalam bilik persalinan.

Apabila ditanya pemberita selepas tumpas di tempat sendiri kepada Derby County dalam aksi Piala Carabao awal pagi tadi, Mourinho telah diminta untuk mengesahkan berita berkenaan.

No more Captain Pogba.

“Tidak benar. Hanya satu perkara yang betul dari berita tersebut iaitu saya telah mengambil keputusan untuk tidak menjadikan Pogba sebagai penolong kapten pasukan ini lagi.”

“Tetapi tiada pergaduhan, tiada masalah antara kami. Individu yang membuat keputusan Pogba bukan lagi penolong kapten adalah individu sama yang memberi tanggungjawab tersebut kepada beliau sebelum ini. Individu itu adalah saya.”

“Saya adalah pengurus pasukan in dan saya boleh membuat keputusan sebegini. Tiada pergaduhan dan tiada sebarang masalah yang berlaku. Cuma satu keputusan yang saya tidak perlu terangkan.”

Pogba tersenyum riang melihat Manchester United dimalukan anak buah Frank Lampard

Pogba pernah mencetuskan kontroversi pada awal musim ini apabila mendakwa beliau akan menerima denda daripada pihak kelab jika bercakap jujur mengenai situasi semasanya di Manchester United. Ia berkait rapat dengan hubungan dingin beliau dengan Mourinho.

Selain itu, Pogba juga hangat dikaitkan dengan beberapa kelab ternama Eropah seperti Barcelona dan Juventus tetapi memilih untuk kekal di Old Trafford buat masa sekarang. Jika ‘perang dingin’ Mourinho dan Pogba terus berlarutan, tidak pelik untuk kita lihat juara Piala Dunia 2018 itu meminta untuk dilepaskan pada Januari nanti.

BACA:  3 Defensive Midfielder Yang Man Utd Boleh Tandatangani Berbanding Declan Rice