Mourinho: United Tersingkir Dari Liga Juara-Juara Bukan Perkara Baru

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata penyingkiran United dari saingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah bukanlah perkara baru untuk kelab tersebut dan memberi contoh beliau sendiri pernah menyingkirkan Red Devil sebanyak dua kali ketika bergelar pengurus Real Madrid dan Porto.

Dalam perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi tadi, Sevilla membuat kejutan menewaskan United di Old Trafford dengan jaringan 2-1, dan mara ke pusingan seterusnya dengan aggregat 2-1 selepas perlawanan pertama di Sevilla berakhir tanpa sebarang jaringan.

Macam x biasa kalah je MU, ujar Mourinho yang pasrah

Kedua-dua jaringan Sevilla hadir pada separuh masa kedua menerusi pemain gantian, Wissam Ben Yedder manakala gol sagu hati United dijaringkan oleh Romelu Lukaku pada lewat permainan.

Dalam sidang media selepas tamat perlawanan, Mourinho berkata beliau masih mampu menerima kekalahan pasukannya dimana United hanya mampu mencatatkan 4 percubaan tepat ke arah pintu gol lawan sepanjang 180 minit perlawanan.

Beliau turut berkata penyingkiran United dari kejohanan Eropah bukanlah perkara baru kerana beliau pernah menyingkirkan United sebanyak dua kali ketika bergelar pengurus Porto (2004) dan Real Madrid (2013).

“Saya pernah duduk di atas kerusi ini sebanyak dua kali dalam Liga Juara-Juara sebelum ini. Saya pernah menyingkirkan Manchester United di Old Trafford sebanyak dua kali bersama Porto dan Real Madrid. Jadi ini bukanlah perkara baru buat kelab bola sepak ini.”

42 kali terlepas bola. Badi Arsenal masih melekat dan kini berjangkit ke Old Trafford

“Saya tidak mahu membuat drama berlebihan mengenai kekalahan ini, saya tiada masa untuk itu. Kami mempunyai perlawanan Sabtu ini dan kami tidak masa untuk bersedih tentang kekalahan ini melebihi 24 jam. Itulah bolasepak tetapi ia bukanlah perkara terburuk pernah berlaku kepada kelab ini.”

Bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan ini membuat kejutan dengan meletakkan Maroune Fellaini dalam kesebelasan utama dan meninggalkan Paul Pogba di bangku simpanan. Mourinho hanya memasukkan Pogba apabila perlawanan berbaki 30 minit sahaja lagi untuk tamat.

Mourinho mempertahankan persembahan anak buahnya dan mendakwa gol pertama Sevilla menerusi Wissam Ben Yedder mengubah segala-galanya.

“Saya rasa niat dan cara kami memulakan perlawanan adalah sangat bagus dan positif. Kemudian, selepas 10, 15 minit bermain dengan baik tanpa menjaringkan sebarang gol, Sevilla mula menguasai perlawanan kerana mereka mempunyai pemain yang bagus dan pandai ‘menyembunyikan’ bola.”

Liga Perdana Inggeris adalah liga terbaik dunia, ujar rakyat Manchester berketurunan Kokdiang

“Mereka mempunyai pemain tengah yang cukup bagus melakukan perkara tersebut. Mereka melakukan perkara tersebut untuk hampir keseluruhan perlawanan. Dalam separuh masa pertama, saya tidak dapat ingat percubaan berbahaya dimiliki Sevilla. Jadi mereka menguasai perlawanan tetapi gagal mencipta sebarang percubaan bahaya terhadap United.”

“Kami memiliki percubaan berbahaya pada separuh masa pertama dan membuat permulaan yang baik pada separuh masa kedua dimana kami hampir saja menjaringkan gol. Sudah tentu, gol pertama mereka telah mengubah halatuju perlawanan.”

“Kadang kala saya bernasib baik selepas melakukan petukaran, kadang kala pengurus pasukan lawan bernasib baik selepas membuat pertukaran. Saya rasa tindakan Vincenzo Montella memasukkan Ben Yedder merupakan tindakan yang bagus. Apabila mereka berjaya menjaringkan gol pertama, ia telah mengubah perlawanan tersebut.”

BACA:  Klopp Tak Suka Media Hina Man United - "Ten Hag Manager Of The Month Bulan Lepas Kot"