Nama De Bruyne Digugurkan Dari Senarai Ketua Pasukan City

Nama De Bruyne digugurkan dari senarai ketua pasukan City, selepas undian dari para pemain memilih untuk meletakkan beliau sebagai pilihan keempat sahaja.

Kevin De Bruyne sebelum ini merupakan timbalan ketua pasukan, namun kini beliau tidak lagi memegang jawatan tersebut dan berkemungkinan peminat tidak akan melihat lagi beliau memimpin skuad City musim ini.

The Telegraph melaporkan yang Fernandinho masih kekal di pilih sebagai ketua pasukan, selepas beliau bersetuju untuk menandatangani lanjutan kontrak selama satu tahun.

Walau bagaimanapun, Kevin De Bruyne pula kini hanyalah pilihan keempat untuk mengetuai City dengan ada dua nama lagi di atasnya selepas Fernandinho.

Pemain midfield, IIkay Gundogan dan pemain centre-back, Ruben Dias kini diundi menjadi pilihan kedua dan ketiga untuk menjadi ketua pasukan Manchester City.

Kali terakhir De Bruyne menjadi ketua pasukan Manchester City adalah ketika aksi perlawanan akhir Champions League pada Mei lalu, yang mana mereka tewas 1-0 dalam perlawanan tersebut bertemu Chelsea.

Pengurus pasukan, Pep Guardiola telah memberi tanggungjawab kepada para pemain untuk mengundi siapa ketua pasukan yang mereka mahukan, dan beliau telah menggunakan sistem sama sejak pemergian Vincent Kompany pada tahun 2019 yang lalu.

David Silva turut pernah menjadi ketua pasukan Manchester City pada musim 2019/20 sebelum beliau meninggalkan kelab untuk sertai Real Sociedad.

Selepas pemain kebangsaan Sepanyol itu kembali ke saingan La Liga, Fernandinho telah dilantik untuk menggantikan tempatnya.

Pemain kebangsaan Brazil itu ketika ini sudah berusia 36 tahun dan beliau dijangka bakal lebih kerap memanaskan bangku simpanan berbanding diturunkan untuk beraksi.

Ia bermaksud IIkay Gundogan yang bakal memimpin skuad Manchester City selepas ini, selepas beliau diundi untuk menjadi timbalan ketua pasukan.

Pemain kebangsaan Jerman itu juga sering diturunkan sebagai kesebelasan utama skuad, selepas beliau mempamerkan aksi cemerlang sejak dua musim terakhir ini.

Sementara Dias pula diangkat menjadi pilihan ketiga selepas beliau melakukan debutnya bersama City pada musim lalu, dan turut memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan (PFA) Premier League.

Pemain berusia 24 tahun itu dilihat menjadi ketua pasukan untuk skuad kendalian Pep Guardiola ketika aksi kemenangan 6-3 Manchester City menewaskan RB Leipzig kemarin.

Gol jaringan Nathan Ake, Riyad Mahrez, Jack Grealish, Joao Cancelo, Gabriel Jesus dan gol sendiri jaringan Nordi Mukiele mengesahkan kemenangan besar skuad Pep Guardiola menewaskan Leipzig dalam saingan Champions League.

Guardiola turut mencetuskan kontroversi ketika bercakap dalam temu bual selepas tamat perlawanan dengan beliau memberi komen tentang para penyokong Man City.

Kerusi kosong jelas terlihat di Etihad dalam perlawanan tersebut dengan Pep Guardiola berharap hal itu tidak akan berlaku lagi pada aksi bertemu Southampton minggu ini.

“Saya boleh katakan yang tiga perlawanan terakhir di sini, kami berjaya jaringkan 16 gol.”

Jelas Guardiola kepada BT Sport.

“Jadi saya mahu lebih ramai orang untuk datang pada perlawanan seterusnya, kita perlukan penyokong Sabtu depan. Tolonglah.”

“Kita akan jadi sangat penat. Saya tahu tentang skuad Ralph (Hasenhuttl, pengurus Southampton) adalah sama saja cara permainan mereka.”

“Mereka adalah sangat, sangat bahaya dengan kualiti yang bagus dan ia merupakan perlawanan yang sangat penting untuk kami.”

“Jadi saya jemput semua penyokong kita untuk datang Sabtu depan, jam 3PM, untuk menonton perlawanan.”

Manchester City pada ketika ini berada di kedudukan kelima dalam carta liga, dengan mereka berjaya mencatatkan tiga kemenangan serta satu kekalahan dari empat perlawanan awal liga.

Walau The Citizens memulakan kempen saingan musim ini dengan kekalahan di tangan Tottenham Hotspur, namun tidak dinafikan yang mereka masih lagi dianggap sebagai pasukan pilihan untuk kekalkan kejuaraan.

Manchester United, Chelsea dan Liverpool berada di kedudukan pertama dalam carta liga, dengan masing-masing mengumpul 10 mata serta turut berkongsi jumlah gol yang sama.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mourinho Menganggap Kemenangan 3-0 City Ke Atas Chelsea Adalah Palsu