Neville: Menang Liga Juara-Juara Eropah Dan Solskjaer Bakal Jadi Pengurus Tetap United

Gary Neville percaya bekas rakan sepasukannya, Ole Gunnar Solskjaer merupakan calon ideal untuk membawa Manchester United kembali ke pangkal jalan dan menyatu padukan semua pihak di Old Trafford.

Selepas berbulan-bulan lama dilanda pelbagai kontroversi baik dalam mahupun luar padang, Manchester United akhirnya mengumumkan pemecatan Jose Mourinho dari jawatannya yang berkuat kuasa serta merta.

Dengar sini ada satu cara je ko nak jadi pengurus tetap Setan Merah.. Nak dengar tak ?

Pemecatan ini sekali gus menamatkan perjalanan Mourinho di Old Trafford yang bermula pada Mei 2016 apabila beliau dinamakan sebagai pengganti kepada Louis Van Gaal yang juga dipecat walaupun berjaya membantu Red Devils memenangi Piala FA pada musim sebelumnya.

Walau bagaimanapun, pihak lembaga pengarah Manchester United tidak menunggu lama untuk mencari pengganti Mourinho buat sementara.

Terbaru, Ole Gunnar Solskjaer telah dilantik Manchester United untuk menjadi pengurus sementara sehingga penghujung musim ini bagi menggantikan Mourinho yang dipecat selepas prestasi yang agak kelakar.

Solskjaer yang pernah bermain untuk Red Devils selama 11 tahun dilantik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jose Mourinho yang baru sahaja dipecat petang semalam.

Bagi mereka yang tidak mengenali Solskjaer, pemain yang mempunyai muka ‘babyface’ seperti Justin Bieber iini pernah bermain di Old Trafford bermula pada tahun 1996 sehingga 2007.

Menang UCL musim ni, ada bran ? Liverpool Team Paling Power Abad Ni pon tak mampu

Pelantikan Solksjaer dibuat dengan pantas memandangkan kempen Liga Perdana Inggeris bakal memasuki fasa yang agak sibuk tidak lama lagi.

Dalam satu rancangan di Sky Sports, Neville telah diminta untuk memberikan pandangan mengenai Solksjaer sebagai calon untuk mengisi jawatan pengurus sementara United.

“Saya mencadangkan individu yang akan menjadi pengurus untuk 6 bulan seterusnya mestilah seseorang yang mampu menenangkan keadaan ‘kapal’ United sekarang.”

“Individu tersebut mestilah tahu selok belok kelab, mampu membuatkan semua pihak bekerjasama, dan mampu membawa kembali aura ‘bagus’ ke dalam kelab.”

“Solksjaer memenuhi setiap kriteria tersebut. Dan ada juga beberapa bekas pemain yang mampu menggalas tugas tersebut. Antara mereka yang boleh mengisi peranan tersebut selain Solksjaer adalah Laurent Blanc, Steve Bruce, dan juga Michael Carrick.”

Welkam bek to Theatre of Dreams, Sosej

“Mereka ini mampu mengemudi ‘kapal’ sehingga penghujung musim ini.”

Seperti diketahui semua pihak, pelantikan Solksjaer lebih bersifat sementara sehingga penghujung musim nanti. Namun, Neville percaya sekiranya Solksjaer berjaya membawa kejayaan kepada Manchester United, beliau boleh dinamakan sebagai pengurus tetap.

“Jika Manchester United berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah dalam jangka masa 5 atau 6 bulan yang akan datang, pihak atasan akan berkata, ‘OK, biarkan dia [Solksjaer] buat kerja’.”

BACA:  3 Defensive Midfielder Yang Man Utd Boleh Tandatangani Berbanding Declan Rice