Newcastle Berjaya Sailang Pemain Sasaran Utama Arsenal Dengan Bidaan Bernilai €40 Juta

Newcastle United sepertinya sedang dalam usaha untuk melengkapkan penandatanganan ketiga mereka pada jendela perpindahan Januari ini.

The Magpies bakal melengkapkan penandatanganan pemain ketiga mereka dalam masa terdekat ini dengan bidaan mereka bernilai €40 juta (£33 juta) telah diterima.

Newcastle United sebelum ini sudah melengkapkan penandatanganan Kieran Trippier dan Chris Wood pada jendela perpindahan Januari ini dalam usaha untuk memperkuat skuad sedia ada.

​Walau sudah berjaya mendapatkan dua pemain, Newcastle sepertinya masih aktif dalam pasaran pemain dan masih mencari pemain baru untuk ditandatangani.

The Magpies pada ketika ini sedang berada di zon penyingkiran dan pihak kelab mahu segera mendapatkan bintang-bintang besar dalam membantu mereka agar tidak tersingkir.

Pemain midfield Manchester United, Jesse Lingard terus hangat dikaitkan dengan bakal ditandatangani oleh Newcastle United.

The Magpies masih berusaha untuk membawa pemain berusia 31 tahun itu ke St James Park sebelum jendela perpindahan Januari ini ditutup pada hujung bulan nanti.

Walau bagaimanapun, sebelum berjaya mendapatkan Lingard, skuad kendalian Eddie Howe itu dilaporkan sudah hampir pasti untuk menandatangani Bruno Guimaraes dari Lyon.

Lyon dilaporkan sudah menerima bidaan bernilai €40 juta dari Newcastle untuk mendapatkan Bruno Guimaraes pada jendela perpindahan Januari ini.

Menurut laporan dari media Brazil, Globo yang mendakwa bahawa gergasi Perancis itu sudah menerima tawaran dari Newcastle dan urusan perpindahan akan dilengkapkan dalam masa terdekat ini.

Walau bagaimanapun, masalah terbesar yang ada pada ketika ini adalah pemain itu sendiri masih belum beri kata putus sama ada beliau mahu atau tidak sertai Newcastle.

Bruno Guimaraes dikatakan akan memberi kata putus dalam masa terdekat ini dan selepas mendapat jawapan dari beliau, kedua-dua kelab akan berunding melengkapkan urusan perpindahan beliau ke St James Park.

Guimaraes yang kini sudah berusia 24 tahun itu turut berjaya menarik minat gergasi Serie A, Juventus dan Arsenal yang sangat terdesak mahu mendapatkan khidmat pemain defensive midfielder itu.

Pemain kebangsaan Brazil itu menyertai Lyon dari Athletico Paranaense pada Januari 2020 dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai £17 juta.

Beliau sudah turun beraksi sebanyak 25 penampilan dari semua pertandingan sepanjang musim ini dan turut menjadi nadi penting dalam skuad Lyon.

​Howe sangat berharap Guimaraes akan bersetuju untuk menerima tawaran dari Newcastle, kerana beliau benar-benar buntu mahu membantu Newcastle untuk keluar dari zon penyingkiran.

Newcastle selepas diambil alih oleh Syarikat konsortium Arab Saudi mereka kini menjadi pasukan paling kaya dalam dunia bola sepak.

Malang sekali kekayaan mereka gagal untuk memancing nama-nama besar dari menyertai mereka, dengan ada beberapa pemain termasuk Anthony Martial sudah menolak tawaran dari The Magpies sebelum ini.

Selepas menolak Newcastle, Anthony Martial kini sudah sah menyertai Sevilla sebagai pemain pinjaman sehingga akhir musim nanti.

Newcastle United dijangka akan melengkapkan satu ke dua penandatanganan lagi sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.

The Magpies kini hanya satu mata sahaja dipisahkan dari Norwich untuk keluar dari zon penyingkiran, namun mereka memiliki kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan.

Melihat kepada persembahan mereka pada ketika ini, dan berkemungkinan akan ada penambahan pemain baharu, sepertinya tiada masalah untuk mereka keluar dari zon penyingkiran.

Jendela perpindahan musim panas nanti, Newcastle berkemungkinan akan membawa masuk beberapa lagi pemain baru, terutama pemain-pemain berstatus free ejen.

Seandainya mereka berjaya kekal dalam saingan Premier League, sepertinya ia bakal membantu mereka untuk mendapatkan pemain baharu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Newcastle Sudah Berunding Untuk Mendapatkan Cavani Dan Mertens