Newcastle Sudah Berunding Untuk Mendapatkan Cavani Dan Mertens

Bakal pemilik baru pasukan Newcastle United akan membuat kenyataan mengejut berkenaan urusan perpindahan pemain bagi menghadapi musim baharu nanti.

Terdapat laporan yang mendakwa bahawa kini The Magpies sedang dalam sesi rundingan untuk menandatangani penyerang utama PSG, Edinson Cavani dan bintang Napoli, Dries Mertens.

Ia adalah langkah awal yang bakal dilakukan oleh kumpulan konsortium yang berpangkalan di Arab Saudi itu, sekiranya berjaya mengambil alih Newcastle dengan nilai £300 juta.

Menurut laporan dari ESPN, mereka mendakwa bahawa Newcastle sudah berhubung terus dengan ejen kepada Cavani dan Mertens untuk berunding.

Menurut laporan yang sama juga, pihak Newcastle turut menghantar wakil untuk berunding dengan ejen kepada pemain sayap Chelsea, Willian.

Mereka turut sedar akan risiko untuk menandatangani ketiga-tiga pemain itu dalam satu jendela perpindahan.

Cavani sejak kebelakangan ini sering dikaitkan bakal meninggalkan Ligue 1 dan tidak mengejutkan sekiranya perpindahan beliau ke Newcastle akan terjadi nanti.

Penyerang Uruguay yang kini berusia 33 tahun itu telah menjaringkan 200 gol dari 300 perlawanan untuk PSG.

Selain kejayaan cemerlang bersama PSG, Cavani turut berjaya mencatatkan 50 jaringan untuk pasukan kebangsaannya sejak dari tahun 2008.

Sementara itu, seorang lagi pemain yang diburu oleh Newcastle, Mertens, beliau antara pemain paling bersinar dalam saingan liga Juara-juara musim ini.

Pemain kebangsaan Belgium itu telah beraksi sebanyak 90 perlawanan untuk skuad negaranya dan berjaya menjaringkan 18 gol secara keseluruhannya.

Sebelum ini Newcastle turut mendedahkan bahawa mereka dalam pemburuan untuk mendapatkan Kylian Mbappe,Moussa Dembele, Boubakary Soumare dan Kyle Walker.

Semalam terdapat juga laporan yang mengatakan Arturo Vidal sudah membuat pengakuan bahawa beliau sangat berminat untuk sertai Newcastle bersama pemilik baru.

Kemungkinan besar selepas dari proses pengambil alihan selesai, pemilik baru bakal mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan pemain baru bagi jendela perpindahan pemain musim panas nanti.

Mungkin mereka tidak boleh mengeluarkan belanja besar terus untuk satu musim kerana mematuhi peraturan financial fair play.

Namun Newcastle masih boleh berbelanja kerana Mike Ashley sebelum ini tidak pernah berbelanja besar untuk mendapatkan mana-mana pemain.

Namun selain memburu barisan pemain bintang yang hebat. Newcastle turut dilaporkan mahu mendapatkan pengurus pasukan yang baru.

Mereka dilaporkan berminat untuk mendapatkan bekas pengurus pasukan Juventus Massimiliano Allegri dan Mauricio Pochettino untuk menggantikan Steve Bruce.

Namun semuanya hanya akan berlaku sekiranya Mike Ashley benar-benar mahu menjual Newcastle kepada Mohammad bin Salman’s.

Jika beliau u-turn atau mengubah keputusannya, maka semua ini sekadar dongengan dan angan-angan dari peminat Newcastle sahaja.

Sehingga kini masih belum ada apa-apa kesepakatan atau persetujuan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak.

Namun sepertinya, Mike Ashley benar-benar mahu melepaskan pasukan Newcastle sebelum bermulanya musim baru nanti.

Sekiranya perundingan ini berlaku, Mohammad bin Salman’s beruntung mendapatkan pasukan yang tidak banyak berhutang seperti Newcastle.

BACA:  Steve Bruce dan Newcastle United Akhirnya Berpisah Secara Baik