Newcastle United Boleh Berbelanja Besar Tanpa Melanggar Peraturan FFP

Newcastle United boleh menjadi pasukan yang berbelanja paling besar pada jendela perpindahan musim panas nanti.

The Magpies akan menjadi kelab paling banyak melabur dari kalangan pasukan di premier league selepas urusan pengambilalihan benar-benar selesai dan diyakini mereka masih mengikuti peraturan financial fair play.

Newcastle United masih menunggu pengesahan dari liga samaada pengambilalihan pasukan dari Mike Ashley kepada Public Investment Fund of Saudi Arabia, Reuben Brothers dan PCP Capital Partners consortium masih boleh diteruskan atau tidak.

Sekiranya Mike Ashley dibenarkan untuk menjual kelabnya, maka Newcastle akan menjadi salah sebuah pasukan terkaya di dunia.

Menurut sumber laporan dari the Shield Gazette, pemilik baru masih boleh berbelanja besar musim panas nanti dengan tidak melanggar peraturan FFP.

Bercakap kepada north east outlet, pakar kewangan bola sepak, Kieran Maguire menjelaskan:

“Saya telah mengurangkan jumlahnya dan NUFC mempunyai keuntungan FFP sekitar £82 juta selama dua musim terakhir hingga penghujung 2018/19. kerugian yang dibenarkan adalah £105 juta dalam jangka masa tiga tahun.”

“Anggap saja pemilik baru menandatangani pemain dengan empat tahun kontrak, mereka boleh menghabiskan sekitar £150-200 juta dalam satu jendela perpindahan atau satu musim dan mereka masih dalam limit yang ditetapkan oleh premier league.”

“Itulah antara kepintaran Mike Ashley, dan sangat tepat untuk mengatakan beliau seorang ahli perniagaan yang sangat genius, dia meninggalkan kelab dengan status kewangan yang sempurna dan mampu untuk menarik minat mana-mana hartawan yang berminat untuk ceburi dunia bola sepak ini.”

Musim panas yang lalu, Arsenal merupakan pasukan yang paling banyak melabur dalam saingan liga dengan membelanjakan £161 juta.

Namun kebanyakkan dana yang mereka keluarkan pada musim lalu adalah untuk mendapatkan Nicolas Pepe dengan nilai £72 juta.

Dengan semua kelab dijangka tidak akan melabur banyak kerana keadaan ekonomi kelab yang sangat terkesan dengan wabak Covid-19, Newcastle pastinya tidak akan mengalami masalah sama.

Sekiranya pengambilalihan ini berjaya, the Magpies dengan mudah akan menjadi pasukan paling berbelanja besar musim panas nanti untuk memperkuat barisan pemain milik mereka.

Era pemilikan Mike Ashley di St James Park sebelum ini kerap menerima kritikan dari peminat kerana tidak melaburkan dana yang cukup setiap jendela perpindahan.

Permasalahan itu menyebabkan pasukan mereka sudah dua kali disingkirkan ke saingan liga Championship.

Newcastle era baru ini sudah dikaitkan dengan kemasukkan ramai pemain berprofil tinggi termasuk pengurus pasukan bertaraf dunia.

Sejak berita pengambilalihan ini mula tersebar, The Magpies sudah dikaitkan dengan nama-nama besar dalam dunia bola sepak seperti Kalidou Koulibaly, Edinson Cavani, Dries Mertens, Philippe Coutinho, Gareth Bale dan ramai lagi.

Urusan pengambilalihan ini dilaporkan sudah lama berjalan dan urusan penukaran hak milik ini sudah berada di fasa terakhir sambil menunggu pengesahan dari Liga.

Terdapat banyak persoalan tentang potensi penglibatan pemilik baru itu dengan kes yang sedang disiasat berkaitan isu siaran langsung saingan Premier League secara haram di Arab Saudi.

Namun segala keputusan muktamad akan diumumkan oleh pihak premier league sendiri samaada pengambilalihan ini berjaya atau tidak.

Sekiranya semuanya berjalan lancar maka kesemua pasukan di premier t harus bersedia untuk menghadapi Newcastle baru yang lebih luar biasa mantap.

BACA:  Senarai Pemain Yang Bakal Sertai Newcastle