Ole Gunnar Solskjaer telah dilantik Manchester United untuk menjadi pengurus sementara sehingga penghujung musim ini bagi menggantikan Jose Mourinho yang dipecat selepas prestasi yang agak kelakar.
Solskjaer yang pernah bermain untuk Red Devils selama 11 tahun dilantik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jose Mourinho yang baru sahaja dipecat petang semalam.
Bagi mereka yang tidak mengenali Solskjaer, pemain yang mempunyai muka ‘babyface’ seperti Justin Bieber iini pernah bermain di Old Trafford bermula pada tahun 1996 sehingga 2007.
Pelantikan Solksjaer dibuat dengan pantas memandangkan kempen Liga Perdana Inggeris bakal memasuki fasa yang agak sibuk tidak lama lagi.
Solskjaer sebelum ini menguruskan pasukan dari Norway, Molde. Beliau kembali ke pangkuan Setan Merah bersama jurulatih mereka sebelum ini, Mike Phelan bagi membantu pasukan tersebut kembali ke pangkal jalan. Solskjaer dan Phelan akan dibantu staff sedia ada iaitu Michael Carrick dan Kieran McKenna.
We can confirm that Ole Gunnar Solskjaer has been appointed as caretaker manager until the end of the 2018/19 season.
He will be joined by Mike Phelan as first-team coach, together with Michael Carrick and Kieran McKenna. #MUFC
— Manchester United (@ManUtd) December 19, 2018
Menerusi laman web rasmi Manchester United, Solskjaer meluahkan perasaan gembiranya kerana dapat kembali berkhidmat dengan kelab dalam kapasiti sebagai pengurus.
“Manchester United merupakan kelab yang berada dekat dengan hati saya dan saya gembira dapat kembali ke kelab ini dengan peranan sekarang.”
“Saya melihat ke hadapan untuk bekerjasama dengan skuad yang sangat berbakat, para staff dan semua pihak di kelab ini.”
Solksjaer mencipta reputasi sebagai pemain ‘super-sub’ yang berbisa kerana sering memberikan impak kepada perlawanan sebaik sahaja dimasukkan dari bangku simpanan.
Antara jasa beliau paling terkenal adalah pada tahun 1999 ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich dimana beliau masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol kemenangan pada minit kecederaan. Gol tersebut juga berjaya menghadiahkan Sir Alex Ferguson trofi Liga Juara-Juara Eropah pertama sepanjang kariernya.
Selain itu, Solksjaer turut memenangi 6 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan 2 Piala FA sepanjang berkhidmat di Old Trafford.
Sebaik sahaja meninggalkan United pada tahun 2007, Solksjaer pulang ke Norway untuk menguruskan Molde sebelum kembali ke pangkuan United tidak lama selepas itu sebagai jurulatih skuad simpanan bermula 2008 sehingga 2011.
Pada awal 2014, beliau kembali ke Tanah Inggeris untuk menjadi pengurus Cardiff City dengan misi untuk menyelamatkan kelab tersebut dari relegasi. Malangnya, beliau gagal menghalang Cardiff dari terjunam ke liga bawahan pada musim tersebut.
Berikutan keputusan yang kurang memberangsangkan pada awal musim 2014/2015, beliau dipecat Cardiff dan Solksjaer pulang ke Norway untuk menguruskan Molde buat kali kedua sehingga sekarang.