Paul Pogba Sah Tolak Tawaran Lumayan Dari Manchester City

Paul Pogba telah menolak tawaran dari Manchester City dengan beliau dijangka akan menyertai antara Real Madrid, Paris Saint Germain atau Juventus pada musim panas ini.

Pemenang Piala Dunia bersama skuad Perancis itu dengan tiba-tiba menjadi pemain sasaran untuk skuad kendalian Pep Guardiola sejak beberapa hari yang lalu.

Kontrak beliau bersama Manchester United akan tamat pada penghujung musim ini dan kerana beliau tidak mahu menandatangani kontrak baru, maka banyak kelab yang mula berusaha mahu mendapatkan khidmatnya.

Menurut sumber laporan dari The Athletic, pemain kebangsaan Perancis itu telah menerima tawaran yang sungguh lumayan dari Manchester City yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya pada musim panas ini.

Pogba sebenarnya sempat mempertimbangkan tentang tawaran tersebut sebelum akhirnya beliau memutuskan mahu memilih tawaran yang dilakukan oleh kelab lain.

Real Madrid, Paris Saint Germain dan Juventus antara kelab lain yang turut sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Paul Pogba pada musim panas ini.

Ketika berita tentang Manchester City sangat berminat mahu mendapatkan Paul Pogba tersebar, telah berlaku perdebatan panas di studio Sky Sports tentang hal tersebut.

Jamie Redknapp dan Micah Richards percaya yang keputusan City mahu menandatangani Paul Pogba merupakan satu tindakan yang sangat bijak.

Sementara Jamie Carragher pula tidak bersetuju dengan hal tersebut dan beliau turut memberi amaran kepada Pep Guardiola supaya tidak menandatangani bintang berusia 29 tahun itu.

β€œSaya tak akan menghampiri dia sama sekali. City menang liga setiap tahun, mereka dapat 95/100 mata setiap tahun. Dia tak cukup bekerja keras seperti mana usaha yang ditunjukkan oleh pemain lain.”

Jelas Carragher.

β€œJika Pep boleh dapatkan yang terbaik dari dia, ia akan jadi sangat menakjubkan, tidak diragukan lagi tentang bakat dia. Tak ada sesiapa pernah meragui itu.”

β€œTapi ketika kamu lihat pemain yang City ada, pemain yang kreatif, kehadiran Phil Foden, Bernardo Silva, pemain seperti ini yang sangat menakjubkan dan tak pernah berhenti berusaha, tak berhenti berlari dari minit pertama hingga minit ke-90.”

β€œItu yang menjadikan City siapa mereka sekarang, mereka kelab yang hebat, memiliki pengurus yang menakjubkan dan pemain yang luar biasa.”

Paul Pogba ketika ini sedang menghabiskan musim keenam beliau bersama Man United selepas beliau kembali semula ke kelab pada tahun 2016 yang lalu.

Beliau pada ketika ini masih menghabiskan masa di bilik rawatan kelab selepas mengalami kecederaan ketika aksi bertemu Liverpool.

Dek kerana itu beliau tidak akan membuat sebarang penampilan lagi bersama kelab sebelum sah meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini.

Manchester United sementara itu sedang melalui musim yang sangat sukar pada musim ini dan lebih teruk lagi gaji para pemain akan turut terjejas dek kerana hal tersebut.

Gaji pemain Man Utd terjejas kerana tak layak ke saingan Champions League

Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukannya berpotensi untuk berdepan pemotongan gaji bermula musim hadapan selepas kegagalan skuad setan merah untuk layak ke pentas saingan Champions League.

Skuad setan merah baru sahaja dibelasah 4-0 oleh Brighton & Hove Albion pada hujung minggu lalu dengan mereka kini secara matematiknya sudah sah bakal terlepas kesempatan beraksi di pentas saingan Champions League musim hadapan.

Dek kerana kegagalan mereka layak ke pentas saingan Champions League, maka beberapa pemain bakal berdepan pemotongan gaji yang agak tinggi selepas mereka melalui musim yang mengecewakan.

The Daily Mail ada melaporkan yang kini semuanya terserah kepada pimpinan kelab tentang bagaimana mereka mahu menstrukturkan semula kontrak para pemain.

Hal ini kerana penghasilan pihak kelab akan berkurangan dek kerana mereka tidak beraksi di pentas saingan Champions League dan kerana itulah mereka terpaksa memotong gaji beberapa pemain dari skuad utama.

Menurut laporan sama, para pemain mungkin akan berdepan pemotongan gaji sehingga 25% dari gaji sedia ada mereka pada ketika ini.

Man Utd akan terima hadiah kemenangan yang lebih rendah kerana mereka hanya beraksi di pentas Europa League atau Europa Conference League.

Manchester United pada musim 2022/23 berpotensi untuk beraksi di pentas saingan Europa League atau Conference League namun mereka juga turut berpotensi untuk tidak membuat sebarang kemunculan di pentas Eropah.

Gaji para pemain juga akan dikurangkan bergantung kepada di mana mereka beraksi musim hadapan sama ada Europa League, Conference League atau langsung tidak beraksi di pentas Eropah.

Cristiano Ronaldo kembali menyertai Man United pada musim panas lalu dengan beliau pada ketika ini dilaporkan menerima gaji tertinggi dalam skuad.

Gaji beliau pada ketika ini dilaporkan bernilai Β£385,000 seminggu dan mencecah Β£500,000 seminggu termasuk bonus.

Gaji beliau dilaporkan akan dikurangkan kepada Β£288,000 seminggu dan ia bakal menjadi pendapatan tahunan terendah yang akan beliau terima dalam tempoh sedekad lebih ini.

Penjaga gol setan merah, David De Gea juga merupakan antara penerima gaji tertinggi skuad dengan beliau dilaporkan menerima Β£375,000 seminggu dan akan dikurangkan kepada Β£281,000 seminggu.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Man United Akan Gunakan 80% Bajet Yang Ada Untuk Beli De Jong