Minggu lalu pihak pengurusan Barcelona telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bakal menjual nama Now Camp untuk mencari dana membantu memerangi wabak Covid-19.
Ekoran dari tularnya berita itu, seorang pegawai media kepada Presiden Nigeria, Bashir Ahmad telah muncul untuk memberikan satu cadangan yang luar biasa.
Beliau mencadangkan agar Cristiano Ronaldo membeli hak nama Stadium Nou Camp yang dilaporkan mahu dijual.
The Nou Camp has never had another name since it opened in 1957, until now…
Barcelona are going to give a sponsor naming rights to the stadium – and will donate all the revenue to fighting coronavirus.
In full: https://t.co/9pleQA85wt pic.twitter.com/YwCP2ypRjZ
— BBC Sport (@BBCSport) April 21, 2020
Bashir Ahmad kini berusia 28 tahun dan beliau merupakan salah seorang pegawai yang bekerja di bawah presiden Nigeria, Muhamad Buhari.
Bashir mendapat idea untuk memberikan cadangan itu kepada Cristiano Ronaldo kerana mendengar berita bahawa Barcelona mahu meletakkan nama stadium mereka untuk dibida.
Tujuan Barcelona meletakkan nama Now Camp untuk dibida adalah kerana mereka mahu mengutip dana kebajikan bagi menghadapi krisis Covid-19 yang teruk melanda dunia sekarang.
Barcelona dilaporkan berharap mereka akan mampu mendapat sekitar €300 juta daripada penjualan nama stadium itu.
Ini merupakan kali pertama Barcelona meletakkan nama Now Camp untuk dibida kepada umum. Sebelum ini juga Barca pernah melakukan hal yang sama untuk jersi pasukan mereka.
Namun, pihak pengurusan Barcelona menegaskan bahawa penjualan nama itu hanya untuk satu musim sahaja. Selepas habis tempoh itu mereka akan kembali menggunakan nama Nou Camp seperti biasa.
Dear @Cristiano buy and rename it CR7. https://t.co/raylbvk3b0
— Bashir Ahmad (@BashirAhmaad) April 21, 2020
Bashir Ahmad telah memuat naik status ke laman twitter miliknya dan mencadangkan kepada Cristiano Ronaldo supaya membida nama Nou Camp dan tukarkan kepada CR7.
“Ke hadapan Cristiano Ronaldo, beli dan jenamakan ia kepada stadium CR7.”
Barcelona turut menyatakan keyakinan mereka, bahawa para pembida yang berjaya mendapatkan hak keatas nama stadium tersebut pasti sangat berbangga.
Hal ini kerana, stadium berkenaan merupakan gelanggang rasmi kepada pasukan Barcelona dan bintang besar seperti Messi akan sentiasa beraksi di sana.
8 YEARS AGO TODAY:
Cristiano Ronaldo invented one of the most ICONIC celebrations ever. The “Calma Calma.” 👐
He scored the winning goal against Barcelona silencing the 100K at Camp Nou to SEAL the La Liga title for Real Madrid. 🔥🐐
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) April 21, 2020
Agaknya apa akan berlaku sekiranya cadangan dari Bashir Ahmad ini benar-benar berlaku?
Lionel Messi akan beraksi dalam CR7 stadium, dan apa perasaan peminat Barcelona terpaksa melihat stadium keramat mereka dinamakan sempena nama bekas pemain dari pasukan seteru mereka?