Peminat Man United Anggap Treble Mereka Teragung Bukannya Treble Menipu Macam City

Peminat Manchester United jelas sekali tidak menghormati pencapaian treble Manchester City.

Kerana menurut mereka, Manchester City mencapai treble dengan kuasa wang. Sedangkan pada era mereka dahulu, treble dicapai dengan pemain akademi.

Satu lagi hujah yang menguatkan perdebatan itu adalah, peminat Man United mendakwa, treble yang Man City menangi adalah dengan cara menipu.

Di mana kelab itu disabitkan dengan 115 kesalahan salah laku kewangan. Namun mereka hairan bagaimana boleh City masih dibenarkan menjulang trofi dan tidak dikenakan tindakan.

Mereka malah menyatakan bahawa Fergie telah memberikan pulangan wang kepada kelab sehingga mampu membina satu stadium sekalipun.

Berbanding Pep Guardiola yang hanya tahu membeli bintang dan membeli kejayaan.

Seterusnya seorang lagi peminat merasakan treble Man City kali ini agak mudah dicapai terutama sekali Arsenal telah memberikan mereka kejuaraan liga.

Dan seorang lagi peminat menyatakan tahun depan adalah giliran Man City menyaksikan treble sebenar iaitu Manchester United.

Saksikan cuplikan di sini:

Beberapa minggu lalu, David Beckham turut menyuarakan pandangan yang sama. Di mana menurut beliau, treble Man United pada 1999 lebih bagus kerana mereka membina pasukan dengan pemain akademi. Dan ramai anak jati Manchester di dalama skuad mereka pada masa itu.

Berbanding Man City yang membeli bintang bintang ternama kelab lain untuk berjaya. Pasukan Man City rata rata dipenuhi pemain pemain luar Manchester atau England.

Pep Ikrar Akan Tinggalkan City Jika Didapati Bersalah Curang Dalam Hubungan Kewangan

Pep Guardiola pernah berikrar bahawa dia sendiri akan meninggalkan Manchester City jika didapati bersalah berlauk curang dalam hubungan kewangan serta melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP).

Tuduhan terhadap City berkaitan dengan maklumat kewangan mengenai hasil, butiran imbuhan pengurus dan pemain, peraturan UEFA, keuntungan dan kemampanan serta kerjasama dengan penyiasatan Liga Perdana.

Kenyataan liga berkata dakwaan pelanggaran dilakukan dari September 2009 hingga musim 2017-18 dan kini akan dirujuk kepada suruhanjaya bebas dengan 100 pertuduhan dikenakan.

Kini temuramah Pep Guardiola pada Mei tahun 2022 kembali tular dan dimainkan di dada media, di mana pengurus City itu bersedia untuk pergi jika benar adalah kecurangan yang berjaya dibuktikan.

https://twitter.com/TheAthleticFC/status/1622573572295196673

Bekas pengurus Bayern Munich dan Barcelona itu mengakui bahawa dia memberitahu pihak atasan dan pembesar City bahawa dia akan meninggalkan kelab jika mereka berbohong kepadanya lagi.

“Mengapa saya mempertahankan kelab dan rakyat? Ini kerana saya bekerja dengan mereka.” katanya pada April 2022.

“Apabila mereka dituduh sesuatu, saya bertanya kepada mereka, ‘Beritahu saya tentang itu’. Mereka menjelaskan dan saya percaya mereka.”

“Saya berkata kepada mereka, ‘Jika kamu berbohong kepada saya, lusa saya tidak ada di sini.’ Saya akan keluar dan saya tidak akan menjadi kawan kamu lagi.”

https://twitter.com/ESPNFC/status/1622587940630106113

Sejak hadir di Etihad, Pep Guardiola telah mempertaruhkan kepercayaannya kepada kelab dan turut mempersoalkan di mana jika City menerima penajaan pasti akan diragui walaupun kelab lain menerima tajaan yang jauh lebih tinggi nilainya.

“Saya meletakkan kepercayaan saya kepada anda kerana saya percaya anda 100 peratus sejak hari pertama dan saya mempertahankan kelab kerana itu.”

“Apabila anda meletakkan sesuatu di sini [penaja] ia terlebih bayar, tetapi [kelab] lain wang itu datang dari AS tetapi wang itu betul, walaupun ia lebih tinggi.”

“Kami perlu berurusan dengan perkara itu, kami perlu berjuang dengan perkara itu. Seperti biasa, saya peminat besar untuk menyokong organisasi ini, tidak syak lagi.”

Pada Februari 2020, kelab itu telah diharamkan daripada Liga Juara-Juara dan didenda £25 juta selepas mereka didapati telah mengelirukan badan induk bola sepak Eropah UEFA secara serius dan melanggar peraturan FFP.

Hukuman ini kemudiannya ditarik balik oleh mahkamah timbang tara untuk sukan (CAS) yang turut mengurangkan denda kelab kepada £9 juta sahaja dan Pep Guardiola berkata ketika itu dia masih di Barcelona dan mereka melakukan kecurangan itu kini sudah tiada di kelab.

“Ia adalah situasi pada 2012 atau 2013, saya masih di Barcelona, kebanyakan orang yang melakukannya tidak lagi berada di sini sekarang, tetapi sudah tentu saya tidak menyukainya.”

“Apa yang saya suka ialah mewakili kelab yang melakukan perkara dengan betul [dan] baik. Ia bukan tentang memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana, kami mahu melakukannya dengan baik untuk orang ramai dan peminat kami.”

City sejak itu mengeluarkan kenyataan sebagai tindak balas kepada dakwaan Liga Perdana, dengan kelab itu berkata ia “mengalu-alukan semakan” daripada suruhanjaya bebas itu mereke sendiri terkejut.

“Manchester City FC terkejut dengan dakwaan pelanggaran peraturan Liga Perdana ini, terutamanya memandangkan penglibatan yang meluas dan banyak bahan terperinci yang EPL telah disediakan.” kata kenyataan itu di laman web rasmi City.

“Kelab mengalu-alukan semakan semula perkara ini oleh sebuah suruhanjaya bebas, untuk mempertimbangkan secara saksama kumpulan lengkap bukti yang tidak dapat dinafikan yang wujud untuk menyokong kedudukannya.”

“Oleh itu, kami berharap perkara ini dihentikan untuk selama-lamanya.”

Pep pasti akan tinggalkan City jika terbukti bersalah dan hukuman berat menanti juara bertahan itu.

BACA:  Guardiola: 5 Pasukan Bersaing Rebut Kejuaraan Liga Perdana Inggeris