Peminat Man Utd Anggap Third Kit Mereka Merupakan Antara Yang Tercantik Dalam Sejarah

Third kit Manchester United untuk musim 2021/22 telah tersebar di media sosial dengan para peminat menganggap ia antara jersi tercantik dalam sejarah kelab.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu sebelum ini menggunakan jersi belang hitam putih seperti kuda belang dan ia telah mengundang pelbagai reaksi dari kalangan peminat.

Jersi terbaru keluaran Adidas sepertinya sedikit berbeza kali ini dengan penerimaan dari para peminat juga sungguh menakjubkan.

Ia masih mengenakan kombinasi warna tradisi kelab dan penampilannya juga dilihat lebih kemas dan tidak terlihat terlalu kolot.

Dengan menggunakan kombinasi gabungan warna hitam dan kuning, jersi tersebut menunjukkan bentuk V yang besar dari atas sehingga bawah jersi tersebut.

Ia merupakan kit pertama yang akan dikeluarkan oleh Manchester United sejak mereka mengumumkan penaja baru kelab, TeamViewer.

Kali terakhir United memiliki jersi berwarna biru adalah ketika musim 2016/17, ketika mereka memenangi Carabao Cup dan Europa League dibawah kendalian Jose Mourinho.

Setan merah sebenarnya menggunakan jersi biru tersebut ketika aksi perlawanan akhir Europa League bertemu Ajax, dan mereka memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-0.

Para peminat begitu teruja melihat jersi terbaru United itu dan mereka semua sudah tidak sabar untuk membeli jersi tersebut ketika dipasarkan nanti.

“Saya mahu jadi orang pertama yang memilikinya, sangat cantik, sudah lama United tidak mengeluarkan jersi yang cantik dan seksi seperti ini.”

“Permulaan yang baik, saya sangat berpuas hati dengan jersi ini, cantik, kemas, bergaya dan nampak sempurna di mata saya.”

“Dah berapa musim beli jersi tapi saya tak rasa teruja, sekarang lepas lihat third kit ini, saya rasa saya nak pergi beli sekarang.”

“Kali terakhir kita memenangi Europa League, kita pakai jersi biru waktu itu, jadi adakah jersi biru ini akan bantu kita untuk julang Champions League?”

Cantik bukan?

Begitulah antara komen-komen dari para peminat yang begitu teruja dengan kecantikkan dan keindahan third kit Manchester United itu.

Selain memiliki jersi yang cantik, penyokong Manchester United turut bergembira ketika ini untuk meraikan kejayaan kelab menandatangani Jadon Sancho.

Seperti semua sedia maklum, United sememangnya berusaha keras untuk mendapatkan bintang Borussia Dortmund itu dan mereka telah memulakan rundingan dengan gergasi Jerman itu sejak dua tahun yang lalu.

Pada jendela musim panas tahun lalu, United dikatakan sudah benar-benar hampir untuk menandatangani Jadon Sancho, namun rundingan tersebut gagal kerana setan merah menolak untuk membayar Borussia Dortmund dengan nilai €120 juta.

Borussia Dortmund kemudiannya mengumumkan bahawa mereka akan menurunkan tanda harga Sancho pada jendela perpindahan kali ini dan United sekali lagi mencuba nasib.

Pada awalnya rundingan tersebut dilihat akan berakhir seperti sebelum ini dengan United tidak mahu mengikut harga yang ditetapkan oleh Borussia Dortmund.

Namun, menurut laporan terbaru dari Fabrizio Romano, setan merah dan Borussia Dortmund sudah bersetuju dengan yuran perpindahan bernilai €90 juta dan Sancho akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi.

Sancho akan menandatangani kontrak selama 5 tahun dan ia akan berakhir pada 2026 nanti, beliau akan menjalani medikal tidak lama lagi dan selepas itu United akan membuat pengumuman secara rasmi.

Sancho sememangnya pemain yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat dan yang paling penting beliau merupakan pemain yang paling dikehendaki oleh pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.

Ole sememangnya mahu pemain sayap kanan yang benar-benar boleh bermain di posisi itu untuk memperkuat jentera serangannya, dan kejayaan mendapatkan Sancho merupakan berita gembira untuk pengurus dari Norway itu.

Sumber: utdReport

: Fabrizio Romano

BACA:  Premier League 2019/20: Manchester United 1-1 West Ham United