Peminat Percaya Perancangan Pep Mula Rosak Selepas Beliau Menonton Rakaman Temu Bual Carlo Ancelotti

Para peminat mengesan yang Pep Guardiola sebenarnya menonton rakaman ulangan sidang media sebelum perlawanan Carlo Ancelotti menjelang aksi bertemu Real Madrid awal pagi tadi.

Kamera merakam aksi Pep Guardiola sedang menonton rakaman tersebut sementara para pemain sedang bersedia untuk beraksi di atas padang.

Para peminat hangat membincangkan tentang hal tersebut dan ramai antara mereka yang menganggap Pep Guardiola telah melakukan kesilapan kerana menonton video tersebut.

Dalam rakaman yang dimuat naik oleh BT Sport, pengurus dari Sepanyol itu dilihat sedang duduk sambil mendengar temu bual Carlo Ancelotti sebelum sepak mula aksi leg kedua.

Selepas beliau menunjukkan reaksi pening kepala, bekas pengurus Barcelona itu dilihat memegang kepalanya dalam keadaan sugul dan hal itu membuatkan ramai tertanya-tanya apa sebenarnya ucapan Ancelotti yang membuatkan beliau bersikap seperti itu.

Tidak pasti apa sebenarnya yang dikatakan oleh Carlo Ancelotti, namun menurut laporan dari @theMadridZone, pengurus dari Itali itu sebenarnya telah menunjukkan video motivasi kepada pemain menjelang sepak mula permainan.

Reaksi yang ditunjukkan oleh Pep Guardiola mencuri perhatian peminat yang menganggap beliau terlebih berfikir dan terbawa-bawa dengan emosi ketika menonton video tersebut.

“Pep overthinking lagi, saya tak faham kenapa dia tonton video itu, dia tak sepatutnya tengok.”

“Bila dia terbawa-bawa dengan emosi, dia akan buat keputusan yang mengarut dan inilah apa yang berlaku hari ini.”

“Kenapa mesti hal macam ni berlaku dalam perlawanan penting? Dia tahu dia tak boleh kawal tapi dia tetap memilih untuk ganggu emosi sendiri.”

“Pep bila dah overthinking, ini lah yang akan berlaku.”

Ketika sidang media sebelum perlawanan, Pep Guardiola sebenarnya telah menghamburkan pujian menggunung kepada pengurus pasukan lawan atas kejayaannya menjuarai saingan La Liga pada hujung minggu lalu.

“Tahniah kepada dia kerana memenangi liga Sepanyol, saya pernah lakukan, dia lakukan minggu lalu. Saya minat dia, dia dah berjaya di seluruh dunia, negara-negara terbesar bola sepak dan pasukan-pasukan hebat. Sentiasa sukar untuk berdepan dia, perlawanan yang menarik.”

“Selain dari itu dia seorang yang menakjubkan. Saya jumpa dia dahulu dan setiap kali saya jumpa dia, dia sangat tenang dan pandai kawal emosi dia dengan sempurna.”

Bercakap menjelang aksi di Bernabeu, bekas pengurus Everton itu mendedahkan yang beliau sememangnya yakin anak-anak buahnya akan mampu melakukan comeback dan bawa skuad ke perlawanan akhir.

“Kami sudah menjaringkan tiga gol bertemu Paris Saint Germain, lima gol bertemu Chelsea dan tiga gol bertemu Manchester City.”

Jelas Carlo Ancelotti.

“Kadang kala kamu perlu ambil sedikit risiko itu tapi kamu juga ada kualiti untuk lakukan hal itu.”

“Mereka ada kelebihan tapi kami mampu perbaiki. Ia sangat sukar tapi kami ada kesempatan yang menakjubkan untuk bermain satu lagi perlawanan akhir selepas menjuarai saingan La Liga.”

Hasilnya Real Madrid benar-benar berjaya melakukan comeback, seterusnya layak ke pentas perlawanan akhir untuk bertemu Liverpool.

Champions League 2021/22: Real Madrid 3-1 Manchester City (agg 6-5)

Skuad kendalian Pep Guardiola berkunjung ke Santiago Bernabeu untuk beraksi bertemu Real Madrid dalam aksi leg kedua peringkat separuh akhir saingan Champions League.

Manchester City turun dengan kelebihan satu gol dalam perlawanan ini selepas kejayaan mereka menewaskan Real Madrid 4-3 ketika aksi leg pertama di Etihad.

Kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika aksi leg pertama sebelum ini dan jelas sekali para peminat berharap agar hal sama berulang lagi hari ini.

Kedua-dua pasukan juga sebelum ini tidak turun dengan barisan terbaik mereka dengan beberapa pemain ketika itu terpaksa diketepikan atas masalah kecederaan dan sedang menjalani penggantungan.

Dalam aksi pada hari ini, kedua-dua pasukan sepertinya telah menyenaraikan kesebelasan terbaik masing-masing dan tentunya para peminat tidak sabar mahu menyaksikan apa yang akan mereka persembahkan di atas padang.

Lima minit pertama perlawanan berlangsung agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dalam usaha mereka mencari gol awal.

Real Madrid lebih kerap melancarkan serangan yang lebih merbahaya namun malangnya mereka gagal untuk mencipta percubaan tepat.

Pada minit ke-8 permainan, telah berlaku insiden panas yang mana Luka Modric dan Aymeric Laporte hampir sahaja bertumbuk di tengah padang.

Kedua-dua mereka telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan dan para pemain kedua-dua pasukan kemudiannya meneruskan permainan seperti biasa.

10 minit perlawanan berlangsung, kedua-dua pasukan masih lagi saling berbalas serangan dan masih kekal tiada jaringan yang berjaya dihasilkan.

Selepas 20 minit permainan berlangsung, kedua-dua pasukan konsisten mempamerkan aksi persembahan yang sama namun tiada jaringan yang berjaya dihasilkan.

Walau kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tiada satu pun serangan yang betul-betul merbahaya berjaya dilancarkan.

25 minit perlawanan berlangsung, bola kini sepertinya berat ke kawasan pasukan tuan rumah dengan Man City dilihat sering melancarkan serangan menguji Thibaut Courtois.

30 minit perlawanan berlangsung, Real Madrid sepertinya kembali menemui rentak persembahan terbaik mereka dengan mereka dilihat lebih dominan.

Lima minit terakhir, kedua-dua pasukan masih terikat tanpa jaringan, namun mereka tetap berjaya melancarkan beberapa siri serangan ke kubu lawan masing-masing.

Aksi 45 minit pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan kedua-dua pasukan dilihat bergelut untuk mencari gol pendahuluan.

Ia jelas sekali bukanlah aksi yang dinanti-nantikan oleh para peminat dengan jentera serangan kedua-dua pasukan dilihat tidak begitu klinikal dan serba tak menjadi.

Sebaik bermula aksi babak kedua, Real Madrid terus melancarkan serangan dan mereka hampir memperoleh gol pertama menerusi Vinicius Jr.

Dari kick-off Real terus melancarkan serangan dengan Carvajal bijak melorongkan bola masuk ke kotak penalti namun sayangnya sentuhan Vinicius membuatkan bola keluar dari kawasan permainan.

50 minit permainan berlangsung, kedua-dua pasukan masih dalam usaha mereka mahu memburu gol awal namun sayangnya usaha mereka menemui kegagalan.

60 minit permainan berlangsung, aksi serang menyerang antara kedua-dua pasukan sepertinya semakin rancak dan semakin menarik untuk disaksikan.

Walau bagaimanapun, masih tiada sebarang gol yang berjaya dihasilkan walau sudah terlalu banyak kesempatan yang dimiliki oleh para pemain kedua-dua pasukan.

70 minit perlawanan berlangsung kedua-dua pasukan masih konsisten mempamerkan aksi serang menyerang dan jelas sekali tempo permainan semakin meningkat.

Minit ke-72, Manchester City akhirnya berjaya membuka tirai jaringan mereka menerusi Riyad Mahrez yang cemerlang melepaskan rembatan padu menewaskan Courtois.

Mahrez menerima bola umpanan dari Bernardo Silva di dalam kotak penalti dengan beliau kemudiannya melepaskan rembatan padu menewaskan Courtois untuk gol pertama The Citizens.

80 minit perlawanan berlangsung Real Madrid masih gagal mencari gol penyamaan dan Man City sepertinya sudah hampir pasti untuk ke perlawanan akhir.

Minit ke-90, pemain gantian Rodrygo berjaya meledak gol pertama Real Madrid seterusnya mengikat kedudukan 1-1.

Rodrygo menerima bola umpanan cantik dari Karim Benzema dengan beliau bijak menguis bola di hadapan Ederson untuk gol pertama Real Madrid.

Satu minit sahaja selepas itu, Rodrygo sekali lagi meledak gol untuk Real Madrid seterusnya memastikan pasukan tuan rumah berjaya mengikat City 5-5 secara aggregate.

Marco Asensio menghantar bola cantik ke dalam kotak penalti dengan Rodrygo kemudiannya menanduk padu bola tersebut untuk gol kedua Real Madrid.

Agak malang untuk Man City yang selangkah kaki ke perlawanan akhir kini bertemu laluan sukar untuk melakukan hal tersebut selepas membenarkan Real Madrid menjaringkan dua gol di hujung-hujung minit permainan.

Minit ke-93, Real Madrid telah dihadiahkan sepakan penalti selepas Ruben Dias menjatuhkan Karim Benzema di dalam kotak penalti.

Karim Benzema tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut dengan beliau cemerlang menewaskan Ederson untuk membantu Real Madrid mendahului perlawanan 3-1.

Man City berusaha mencari gol penyamaan namun usaha mereka menemui kegagalan dan seterusnya mereka terpaksa akur tewas 3-1 di tangan Real Madrid.

Pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat menandakan Real Madrid berjaya mencatatkan kemenangan seterusnya layak ke aksi perlawanan akhir.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu bakal turun bertemu Liverpool di pentas perlawanan akhir dan jelas sekali ia bakal menjadi perlawanan yang sangat menghiburkan.

Manchester City: Ederson, Walker, Dias, Laporte, Cancelo, Rodrigo, De Bruyne, Bernardo, Mahrez, Jesus, Foden

Simpanan: Steffen, Carson, Ake, Sterling, Gundogan, Grealish, Zinchenko, Fernandinho, Egan-Riley, Palmer, McAtee, Lavia

Real Madrid: Courtois Carvajal, Militao, Nacho, Mendy, Casemiro, Modric, Kroos, Valverde, Benzema, Vinicius

Simpanan: Lunin, Fuidias, Alaba, Vallejo, Asensio, Marcelo, Jovic, Vazquez, Ceballos, Rodrygo, Mariano, Camavinga

Sumber: SPORTbible

BACA:  Guardiola Intai Peluang Pancing Mitoma Sebagai Pengganti Mahrez